"Suami saya curang ketika saya sedang hamil"
Norah* sedang mengandung 6 bulan ketika dia mendapat tahu suaminya curang. Dengan kecewa, dia berdepan dengannya, dan dia mengakuinya. Hari ini, selepas lebih setahun penemuannya, dia membesarkan anak mereka sorang diri dan keluarganya masih belum tahu sebab sebenar kepada dia dan Adam* berpisah.
Saya pernah mempunyai perkahwinan yang sempurna. Saya jumpa Adam* setelah seorang sahabat memperkenalkan kami, keadaan sangat bagus ketika itu. Setelah 3 tahun bercinta, kami berkahwin. Saya mengandung selepas setahun berkahwin dan ketika itulah bila dia mula membuat perangai dan segala mula runtuh dengan pantas.
Adam mula kerap balik lewat malam, dengan alasan terpaksa membawa klien keluar minum. Saya tahu ini adalah helah kolot, namun saya tetap percaya… kerana dia, lelaki yang sentiasa jujur dan terbuka dengan saya sejak hari pertama. Lelaki yang saya benar-benar cintai. Lelaki yang merupakan bapa kepada anak di dalam kandungan saya.
Kadang-kala dia mendapat panggilan di waktu lewat malam dan dia mengatakan ia adalah dari majikannya yang tinggal di luar negara. Saya percayakan dia. Dia mula pergi memandu lewat malam. Bila saya meminta dia bawa saya sekali, dia enggan dan hanya pulang beberapa jam kemudian. Saya masih tidak ragu-ragu dengan dia.
Ada satu ketika, saya mengalami kekejangan yang teruk (semasa bulan kedua kehamilan) dan saya terpaksa mengambil teksi sendiri kerana tidak dapat menghubungi Adam. Dia datang melawat, namun semuanya bertukar menjadi pergaduhan tentang bagaimana saya menjadi beban kepada dia. Namun saya ketepikan semua ini – hanya kerana saya mahu melihat yang baik sahaja – dan waktu itu bukanlah waktu yang terbaik untuk mencari keburukan perkahwinan kami. Kami bakal mendapat anak – kami harus pastikan ia berjaya.
Kami berhenti melakukan hubungan intim – dia berulang kali memberitahu saya yang dia penat dan stress sebab kerja. Pada masa itu saya masih di awal kehamilan, dan saya baca hubungan intim masih selamat untuk saya, tetapi saya juga meminta nasihat doktor saya dan dia kata ia selamat (kerana ini adalah perkara baru untuk saya).
Saya memulakan ia beberapa kali, tetapi dia akan menolak ajakan saya. Alasannya ialah “Saya tidak mahu mencederakan bayi. Bagaimana anda boleh teransang dalam waktu begini?” Ini berlaku beberapa kali ketika saya masih di dalam trimester pertama. Anda perlu ditolak banyak kali sebelum anda faham maksud sebenar. Saya rasa tidak selamat kerana perubahan badan saya, tapi ia ada sebahagian dari kehamilan, bukan?
Saya rasa terluka, tidak diperlukan dan tidak disayangi.
Kemudian tiba harinya (saya sudah di bulan keenam kehamilan), bila kawan rapat saya mesej saya memberitahu yang dia ada perkara mustahak untuk memberitahu saya. Dia menghantar pautan Facebook kepada saya dan bertanya jika lelaki di dalam gambar itu adalah Adam. Dengan rasa gementar, saya mengetik pautan itu dan di situ – gambar Adam sedang mencium perempuan lain di bibir! di dalam album foto sebuah kelab malam terkenal di Singapura.
Adama, suami saya, si kaki perempuan? Saya tidak pernah melihat dia yang ini. Saya meneliti gambar itu – perempuan itu tinggi, mempersonakan dan sangat cantik. Dan saya di sini… bulat dengan kehamilan. Saya dapat merasa keyakinan diri saya meninggalkan badan saya.
Ya, memang banyak petunjuk, tetapi saya tidak pernah terlintas dia curang, lebih-lebih lagi ketika kami sedang membina keluarga! Saya hanya fikir dia terlampau sibuk dengan kerja.
Apa saya patut buat? Tinggalkan dia? Bagaimana saya akan membesarkan anak saya sendirian? Apa orang akan fikir? Segala persoalan mula menyesakan kepala saya.
Saya dapat rasa bilik berputar. Saya tidak dapat bernafas. Saya pitam dan mula berdarah. Saya hanya sedar… saya sudah berada di katil Hospital KK.
Apa terjadi dengan Norah? Baca di halaman selanjutnya…
Dalam diterangi cahaya wad hospital, dalam keadaan masih pening, saya dapat melihat Adam di sana. Dia datang kepada saya, bertanya apa yang membuatkan saya jadi begitu dan dia mahu tahu apa yang berlaku di rumah.
Saya hilang kawalan. Saya tunjukan dia gambar di telefon saya dan meminta penjelasan. Air muka dia berubah. Dia tidak menipu dan berterus terang yang dia curang – ia sudah berjalan lebih setahun. Nama dia ialah Kelly* dan dia merupakan model dari Thailand. Mereka berjumpa di kelab dan dia tidak terfikir yang godaan biasa akan bertukar menjadi sesuatu yang lebih intim dan bahaya.
Dia menyalahkan saya kerana tidak menjadi wanita yang sama dia kahwini. Perubahan mood dan sikap saya yang kurang menyenangkan mengubah dia. Rupa-rupanya sayayang membuat dia rasa sesak, walaupun sebelum kehadiran bayi kami. “Saya hamil! Apa yang awak harapkan daripada saya? Untuk tidak mengalami perubahan mood dan sentiasa kelihatan cantik dan kemas setiap masa?” Saya luahkan segala kekecewaan saya.
Saya terasa seperti saya sedang berdepan dengan kanak-kanak. Dia sungguh tidak matang. Adakah dia fikir kehidupan akan sama setelah bayi ini lahir? Jelas dia tidak mampu menjadi bapa.
Mengambil jalan mudah dan mencari perempuan lain ketika waktu ini adalah penyelesaian yang dia pilih. Bukanlah sesuatu yang saya boleh tahan. Dia memberitahu saya yang dia jatuh cinta pada perempuan itu kerana dia kurang rumit dan sangat menarik hingga dia tidak mampu menahan diri dia. Dia sedar yang dia tidak bersedia untuk menjadi bapa. Reaksi saya terhadap itu ialah: “Kau tidak layak menjadi lelaki.”
Saya tidak mahu tahu perincian hubungan mereka. Apa yang saya kisah ialah apa saya perlu buat seterusnya. Saya tidak pernah merancang untuk menjadi ibu tunggal. Segalanya telah berubah, dalam masa yang singkat. Adakah saya mempunyai pelan sandaran? Tentu sekali tidak. Mana ada ibu hamil yang fikir dia akan menyambut bayinya berseorangan, tanpa suami?
Saya mempunyai banyak persoalan… adakah saya bersedia dari segi kewangan untuk menjaga bayi ini seorang diri? Di mana saya akan tinggal? Adakah saya perlu bersalin seorang diri? Siapa yang akan membantu saya bersalin? Bagaimana orang akan menerima anak saya tanpa ayah, bagaimana saya akan menyokong diri saya secara emosi dalam perjalanan ini?
Kenapa dia perlu menjadi teruk dan hancurkan segala yang kami ada? Segala impian untuk mengecat bilik bayi, mendaftar bayi kami dengan kelas berenang, membeli-belah barangan bayi – mengapa dia perlu membuat segala janji sedangkan dari awal dia sudah tidak ada hati?
Pada malam yang sama, sejurus saya dapat keluar dari hospital (nasib baik pendarahan yang saya alami tidak serius), saya berpindah keluar ke rumah ibu bapa saya. Saya beritahu mereka yang saya memerlukan orang untuk menjaga saya kerana Adam tidak tahu menjaga saya untuk sihat semula. Saya perlu kuat untuk bayi saya. Saya tidak berani memberitahu ibu bapa saya tentang perkahwinan saya yang sudah hancur- saya tidak rasa mereka boleh menerima tekanan itu.
Abang saya membantu mengemas barang-barang saya dan membawa semuanya untuk saya. Saya memberitahu segalanya kepadanya, dan dia bertanya jika saya mahu bercerai. Dia memberitahu saya yang ia tidak bagus untuk bayi saya membesar tanpa bapa, dan saya perlu bersedia dengan apa yang orang akan cakap terhadap anak saya (saya bakal mendapat anak lelaki). Dan dia bertanya jika saya cukup kuat dan bersedia untuk semua itu?
Sudah tentu saya mahu yang terbaik untuk anak saya, dan saya tidak mahu dia membesar tanpa ayah. Tetapi kesakitan untuk bersama dengan suami yang curang adalah terlalu teruk untuk saya hadapi. Saya tidak akan dapat melihat Adam dengan cara yang sama lagi, tidak akan. Saya perlu membuat keputusan yang baik untuk kami.
Saya membuat keputusan untuk bercerai dengan Adam dan ini telah mendatangkan kemarahannya. Adam mula mengganggu saya dan menghantar masej ugutan kepada saya. Saya cuba untuk mengabaikan masej tersebut, namun saya akui ianya bukan mudah. Saya menangis setiap malam sehingga tertidur dan saya sangat risau keadaan ini akan meninggalkan kesan kepada bayi saya.
Ibubapa saya tidak tahu sebab yang sebenar kenapa kami bercerai dan mereka tidak bertanya mengenainya. Nasihat ayah, “Sayang, anak kamu memerlukan kamu. Jangan difikirkan yang telah terjadi, ia akan membuatkan kamu lebih sedih. Ayah tahu ianya berat. Walau apapun punca kamu meninggalkan Adam, kamu perlu memikirkan tentang membesarkan bayi ini dan memberi yang terbaik untuknya. Adam ialah masa silam kamu dan walaupun dia bukan masa depan kamu, bayi ini adalah masa depan kamu.
Anak saya, Greg* sudah berumur setahun setengah dan sebahagian daripada kebahagian di rumah. Dia seorang yang ceria dan kasih sayang tidak putus dicurahkan kepadanya. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi pada kami di masa hadapan, namun keadaan saya kini lebih baik dan kehadiran Greg merupakan pemberian paling besar dalam hidup saya. Pada masa sukar (masa saya benar-benar susah) iaitu ketika saya baru melahirkan Greg dan mengambil tugas sebagai ibu baru, mempunyai keluarga yang kuat memberi sokongan dan kasih sayang serta rakan-rakan yang menakjubkan menjadikan segalanya berlainan. Saya sangat bersyukur.
Bakal bapa tidak mendapat tiket percuma untuk berburuk sikap hanya kerana isteri sedang mengandung. Meraka perlu tahu bahawa seorang wanita melalui perubahan fizikal dan emosi yang besar semasa tempoh kehamilan. Sedikit persefahaman antara dua belah pihak adalah memadai.
******
Kami doakan Norah dan Greg dengan setiap kegembiraan dan kebahagiaan di dunia ini. Kami tabik kepada Norah kerana menjadi seorang yang sangat berani dan mengambil alih tugas sebagai ibu tunggal dengan baik.
*Semua nama di dalam cerita ini telah ditukar demi keselematan mereka yang terlibat. (Cerita seperti yang diberitahu kepada Pavin Chopra dari theAsianparent Singapura)