Suami Sembelih Isteri Dan Bakar Diri Sendiri Lepas Pos Gambar Kahwin Di Facebook

lead image

Beberapa jam sebelum menyembelih isteri dan membakar diri sendiri, suami ini sempat pos gambar kahwin di Facebook. Apa yang terjadi sebenarnya?

Tragedi suami sembelih isteri dan bakar diri sendiri

Dengan peredaran zaman yang makin canggih dan pantas, semuanya seperti boleh berlaku dalam sekelip mata.

Dan inilah yang terjadi dalam tragedi menyayat hati ini.

Seorang suami telah mengambil keputusan drastik “menyembelih” isteri sendiri di leher sebelum membunuh dirinya selepas itu.

Suami tersebut, James Barnes, 30 tahun membakar diri di halaman belakang rumah ibunya di London.

suami sembelih isteri

Kredit: Facebook

Polis kemudian pergi ke rumah James dan isteri yang sejauh 20 batu dari tempat kejadian pertama.

Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati di rumah perkongsian suami isteri itu, Amy (isteri) pula ditemui mati dengan kesan kelar dan tikam di leher. 

Polis mempercayai tragedi ngeri ini adalah insiden bunuh kemudian membunuh diri.

Pos gambar kahwin di Facebook

Beberapa jam sebelum membunuh diri, James sempat memuatnaik gambar perkahwinannya pada Mei 2014 di Facebook.

suami sembelih isteri

Kredit: The New York Post

James dan Amy telah berkahwin selama 3 tahun

Manakala Amy pula didapati kerap memuatnaik gambar dirinya “berseorangan” tanpa James di Facebook.

Kejadian ini amat tidak disangka kerana para jiran dan ahli keluarga terdekat mereka mengatakan pasangan ini kelihatan seperti “amat menyayangi antara satu sama lain.”

suami sembelih isteri

Kredit: Facebook

Amy bekerja sebagai seorang jururawat untuk penjagaan bayi baru lahir. 

Media sosial seperti Facebook dan bagaimana ia bahaya untuk kesihatan mental

Bagi saya, kejadian seperti ini membuktikan satu perkara: media sosial bukanlah gambaran sebenar tentang realiti

Memang media sosial seperti Facebook memberi kita peluang untuk lebih berhubung dengan masyarakat, ilmu dan perniagaan. 

Namun, media sosial juga mempunyai keburukan yang tersendiri. Keburukannya adalah konsep realiti yang salah.

Dan kita sebagai pengguna sebenarnya yang menyumbang kepada konsep ini. 

Menurut pakar, kebolehan pengguna untuk mengedit dan memanipulasi media sosial menyebabkan kita buat media sosial sebagai satu platform untuk “menayangkan” versi diri yang ingin kita lihat.

Ia bukan diri kita yang sebenar dan ia boleh mendatangkan pelbagai tanggapan pada masyarakat.

Terlalu obses dengan imej dalam media sosial juga menyebabkan pengguna tidak betul-betul membina hubungan emosi dengan pasangan. 

Lihat video ini untuk memahami bagaimana media sosial merosakkan persepsi realiti pada pengguna dan mengapa kita tak sepatutnya menganggap media sosial sebagai terlalu penting.

Dalam kes ini, James sempat memuatnaik gambar perkahwinannya dengan sweet caption sebelum membunuh isterinya.

James menulis caption ini dalam gambar perkahwinan mereka itu – 

Semuanya kelihatan sempurna. Namun, ia lebih sempurna daripada yang sepatutnya.

Isteri saya telah buat saya jatuh cinta dengannya. Dia amat cantik dengan gaun perkahwinan itu.”

Namun, hal ini tak membuktikan perkahwinan James dan Amy benar-benar bahagia

Guna media sosial untuk kepentingannya saja

Apa yang boleh kita belajar daripada insiden menyayat hati ini? Gunalah media sosial untuk kepentingannya saja.

Faham satu perkara, di sebalik gambar indah yang kita nampak di Instagram, Facebook atau Twitter, pasti ada ketidaksempurnaan yang tidak dimuatnaik.

Suami Sembelih Isteri Dan Bakar Diri Sendiri Lepas Pos Gambar Kahwin Di Facebook

Kredit: The Cabin Chiang Mai

Jangan ingat semuanya sempurna saja.

Kan lebih bagus kalau pengguna juga memuatnaik sebarang gambar “tidak sempurna” di sebalik semua pos itu?

Atau mungkin kita boleh muatnaik apa yang sebenarnya terjadi. Realiti sebenar!

Yang paling penting – JADI DIRI ANDA SENDIRI.

Semoga kita (pengguna media sosial) mendapat pengajaran daripada perkongsian ini.

Sumber rujukan: New York Post, The Sun, Today Pictures dan NCBI

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

Tergempar: Seorang Ayah Membunuh Anaknya Secara ‘Live’ Di Facebook Sebelum Membunuh Diri!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner