Suami Kantoi Suka Tengok Video Lucah! Isteri Luahkan Rasa Kecewa dan Mula Rasa Kurang Keyakinan

Jika kantoi suami suka tengok porno, pasti isteri akan terfikir "aku tak cantik lagi" dan banyak fikiran negatif. Tapi, macam mana nak atasi masalah ini?

Isteri mana yang tidak terkejut, kecewa, malah cemburu apabila mengetahui suami suka tengok porno. Sama jugalah seperti *Tengku (bukan nama sebenar) ini. Dia meluahkan rasa hatinya dan meminta pendapat theAsianparent Malaysia tentang isu bagaimana ingin menghadapi situasi suami suka tengok porno. Jom ikuti luahan isteri ini.

“Pertama sekali, saya bukanlah seorang wanita yang suka “check” telefon atau laptop suami. Sepanjang 15 tahun berkahwin, saya percayakan *Farid (bukan nama sebenar). Tapi semuanya “terkantoi” hari itu… Suami tengah sibuk dalam bilik dengan laptopnya. Kemudian, dia ke tandas. Kebetulan saya masuk nak letak baju yang telah dilipat.

Saya tak terus “menyerbu” laptopnya kerana itu bukan apa yang saya selalu buat. Tapi hari itu, saya terlanggar tetikusnya dan terlihat tab yang banyak dibukanya. Selepas melihat kandungan tab itu, saya tersentak…. Saya menyesal terlihat tab-tab tersebut! Hingga ke hari ini, saya masih belum cakap apa-apa dengan Farid.

Tapi saya rasa terkilan, kecewa, sedih. Kenapa suami suka tengok porno? Adakah hubungan kami tidak memuaskan baginya? Sebab badan saya lepas bersalin ini ke? Adakah saya tak cantik lagi di matanya? Adakah sebab saya selalu penat dan menolak “permintaannya” kadang-kadang? Saya penat menguruskan rumah sambil bekerja. Dia tidak fahamkah itu? Apa patut saya buat?”

Suami suka tengok porno boleh jejas hubungan suami isteri

suami suka tengok porno

Kredit: Pexels

Pasti banyak isteri di luar sana yang diam-diam “menyimpan rasa” dan berduka kerana suami suka tengok porno. Perbuatannya itu seolah-olah satu cara mencurangi anda dari belakang. 

Malah, apa yang lebih membimbangkan, kajian sendiri telah membuktikan habit suka tengok video lucah ini mampu mengakibatkan penceraian!

Kajian tersebut mendapati habit suka tengok video lucah boleh menjejaskan hubungan suami isteri secara negatif kerana filem lucah atau pornografi tersebut memberi satu “jangkaan yang tak realistik“.

Tapi, takkan sebab suami suka tengok porno, kalian berdua harus berpisah? Ha… sebab itu anda perlu menghadapi situasi ini dengan bijak. 

Ini antara beberapa cara untuk menghadapi situasi suami suka tengok porno dengan bijak, menurut Dr Vanessa Marin, pakar terapi dari San Francisco. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

5 cara hadapi isu suami suka tengok porno

#1 Kerisauan anda itu adalah normal. Anda tidak bersalah!

Suami Kantoi Suka Tengok Video Lucah! Isteri Luahkan Rasa Kecewa dan Mula Rasa Kurang Keyakinan

Kredit: Pexels

Yakinlah bahawa kerisauan dan kekecewaan yang anda rasa kerana suami suka tengok porno itu adalah normal

Memang ada kebaikannya jika video lucah ini ditonton bersama-sama pasangan, tapi ia juga ada kesan buruknya, seperti menjatuhkan keyakinan seorang wanita.

Jadi, anda layak untuk marah dan kecewa jika suami “kantoi” suka tengok blue

#2 Fikir tentang apa makna masalah video lucah ini pada hubungan anda

suami suka tengok porno

Kredit: Freepik

Setiap orang memiliki pendapat yang berbeza-beza tentang video lucah. Dalam Islam, menonton video lucah itu haram. Tapi, anda tidak boleh terus meluru ke suami dan memaki-hamunnya dengan segala hukum dan fatwa. 

Tugas anda sekarang adalah untuk mengenal pasti apa ertinya masalah ini pada hubungan anda. Fikir tentang had-had yang anda boleh terima, dan apa yang anda tak boleh terima langsung.

Sesetengah isteri hanya tidak boleh terima jika suami mereka menonton video lucah dalam jenis tertentu (seperti seks ganas dll). Sesetengah lagi tahu tentang isu ini dan berharap suami hanya tidak akan “kantoi” di hadapannya.

Ada juga yang memang tidak mahu langsung suaminya menonton porno. Jadi, tetapkan di mana had anda. 

#3 Cakap dan berbincang dengan pasangan

suami suka tengok porno

Kredit: Freepik

Isu ini memerlukan perbincangan yang mendalam antara pasangan itu sendiri. Sampai bila anda nak elak? Ini antara apa yang boleh anda mulakan:

  1. Cakap apa benda yang mengganggu fikiran & emosi anda: Cuba cakap dengan cara paling sopan dan tanpa menghukum.
  2. Tanya pasangan apa maksud video lucah ini padanya: Percaya atau tidak, salah satu sebab kenapa lelaki (sedar atau tidak sedar) menonton porno kerana ingin relaks. Ada juga yang menggunakan porno untuk menghilangkan stres di tempat kerja, kurang yakin dengan badan sendiri, atau kemurungan. Jadi, tanya apa ertinya pada pasangan anda.
  3. Buat rancangan sama-sama: Untuk menamatkan perbincangan, kalian kena buat rancangan seterusnya. Bina “peraturan” tertentu tentang video lucah ini. Kesemua peraturan tersebut haruslah dipersetujui kedua-dua pihak

#4 Sokong pasangan, jika dia perlukan bantuan

suami suka tengok porno

Kredit: Freepik

Sebenarnya, memang mudah untuk menjadikan porno sebagai satu habit. Mungkin pasangan anda tidak sedar habitnya itu telah jadi “tidak sihat”.

Apapun, sokong mereka untuk melalui situasi ini dengan peraturan yang telah kalian rancang dan persetujui. Masa inilah mereka amat memerlukan sokongan seorang isteri.

 #5 Buat keputusan berat dan… angkat kaki

Suami Kantoi Suka Tengok Video Lucah! Isteri Luahkan Rasa Kecewa dan Mula Rasa Kurang Keyakinan

Kredit: Pexels

Tapi jika pasangan anda tidak dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan masih melukakan hati anda dengan perbuatannya itu, mungkin sudah tiba masanya untuk anda membuat keputusan yang berat…

Semoga dengan perkongsian ini, anda dapat menghadapi masalah suami suka tengok porno dengan bijak dan sewajarnya.

Sumber rujukan: Bustle

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: 5 Tanggungjawab Suami Dalam Islam – Ehem, Suami Jangan Ambil Lewa Pula!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!