Pengakuan Jujur Sugar Baby KL Tentang Hidup Mewah Yang Ditaja Sugar Daddy

Anda pasti terkejut membaca pengakuan jujur dari sugar baby KL ini! Tak sangka rupanya begini kehidupan mereka ditaja sugar daddy...

Seorang sugar baby KL telah membuat pengakuan jujur di Reddit tentang gaya hidup dalam kancah sugar bowl ini untuk tatapan anda. Pengakuan jujurnya itu mendapat perhatian netizen kerana netizen boleh menyoal sebarang soalan kepada mereka. Ini mendatangkan jawapan yang kita mahukan!

Bagi sesiapa yang sering tertanya-tanya tentang sugar baby dan bagaimana mereka boleh ditaja oleh sugar daddy, baca kisah ini dengan lebih lanjut. 

Artikel ini akan menjelaskan lebih lanjut tentang:

  • Pengakuan sebenar daripada seorang sugar baby di Kuala Lumpur
  • Bayaran sugar baby dapat sebulan
  • Apa yang sugar baby dan sugar daddy lakukan apabila berjumpa?

Pengakuan jujur sugar baby KL

sugar baby kl

Kredit: Freepik

Nama saya Sufia *bukan nama sebenar. Saya berusia 22 tahun dan berbangsa Melayu. Saya sedang belajar di Kuala Lumpur. 

Saya memiliki 2 sugar daddies. Satu hanya bertahan selama 4 bulan manakala satu lagi masih menaja kehidupan saya sehingga kini. Saya jadi sugar baby  kerana ingin membayar kos pembelajaran di KL.

Malah, saya juga nak simpan duit untuk sambung Masters di luar negara. Berikut antara pengalaman saya ketika menjadi sugar baby di Malaysia.

Sudah banyak aplikasi untuk sugar baby yang ada. Dengan aplikasi itu, senang sugar daddy mahu mencari sugar baby. Ada 2 jenis lelaki yang sering mahu menjadi sugar daddy saya.

sugar baby kl

Satu diberi nama salt daddy. Lelaki jenis ini selalunya pakcik tua yang berlagak kaya, namun mereka sebenarnya hanya mahukan seks semata-mata. Potential sugar daddy pula lelaki yang ada ciri-ciri untuk jadi sugar daddy.

Biasanya, sugar baby Malaysia akan berjumpa sugar daddynya melalui temu janji yang diatur. Sama ada dalam website atau menerusi match. 

Berapa banyak sugar daddy awak ada?

Dalam masa 2 tahun bergelumung dengan hidup sugar baby ini, saya sudah jumpa 3 salt daddies. Semua pak cik-pak cik tua ini akan cakap tentang seks sebelum kami berjumpa pun.

Mereka akan minta gambar bogel anda dan cuba untuk sexting. Setiap kali kami merancang nak jumpa, dia akan cancel last minute.

Kemudian dia akan beri alasan bodoh dan menggoda saya untuk ke rumah atau hotel yang dia sudah tempah. Ada salt daddy yang sengaja tinggalkan bil makan dekat saya!

Adakah kawan-kawan tahu kerja awak sebagai sugar baby?

sugar baby kl

Kredit: Unsplash

Ya, semua kawan-kawan saya yang mengajar dan memperkenalkan kerja ini pada saya. Kami ada sugar baby sisterhood di mana jika kami perlu berjumpa klien yang berpotensi, akan ada kawan yang teman kami ke sana.

In case anything happens…

Berapa kos yang sugar baby akan kenakan pada pelanggan?

sugar baby kl

Kredit: Freepik

Sebenarnya, tiada kos tetap. Sugar daddy saya mahu beri saya allowance setiap bulan sebab mereka mahu hubungan jangka panjang. Sugar daddy pertama saya beri RM2k setiap bulan. 

Sugar daddy kedua saya pula beri RM2k kemudian ia semakin meningkat sehingga RM5k sekarang! Itu tak termasuk hadiah…

Sebagai sugar baby, apa yang awak perlu buat?

Biasanya, saya hanya menawarkan khidmat untuk menemani dan menyayangi sugar daddy tersebut. Mereka selalu tidak dilayan oleh isteri mereka yang sibuk.

Jika sugar daddy itu tidak mahu melakukan seks, kami hanya akan cuddle dan saya akan dengar apa yang dia sembang.

Kadang-kadang, saya masak makanan yang dia suka. Dia juga pernah memasak untuk saya. Mereka suka buat benda-benda yang couple suka buat.

Apa yang mereka akan buat pada pertemuan pertama dengan sugar daddy?

Pengakuan Jujur Sugar Baby KL Tentang Hidup Mewah Yang Ditaja Sugar Daddy

Kredit: Unsplash

  1. Bincang tentang hubungan itu. Adakah mereka mahukan hubungan intim atau hubungan platonik semata-mata
  2. Bincang tentang allowance
  3. Berapa kerap kalian akan perlu berjumpa
  4. Adakah hubungan ini perlu dirahsiakan?
  5. Allowance setiap kali jumpa atau setiap bulan? Biasanya, ramai sugar daddy jarang dapat jumpa selalu, maka mereka rasa allowance setiap bulan itu merugikan
  6. Hadiah – sugar baby gemar ditaburkan dengan hadiah
  7. Bagaimana bayaran dibuat? Adakah dengan tunai, paypal atau online transfer? Biasanya sugar baby Malaysia akan ambil cash.

Apa pandangan anda tentang perkahwinan dan ajaran Islam?

Ibu bapa saya sendiri bercerai dan tidak mampu menjaga kesucian rumah tangga yang dibina. Saya tidak lagi percaya tentang semua itu. 

Menurut akhbar daripada Berita Harian, Malaysia dengan 42,500 ‘sugar daddy’ berada di kedudukan ketiga dalam kalangan negara Asia. Tinjauan ini dilakukan oleh laman sesawang temu janji terbesar di dunia, SeekingArrangement.

Jadi, apa pandangan anda tentang pengakuan jujur dari sugar baby Malaysia ini? 

Artikel ini diterbitkan semula dari Asian Money Guide

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Pernah Jaga Anak Tanpa Bantuan Isteri Tak? Ini Cara Mudah Eratkan Hubungan Ayah & Anak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!