Sukar Untuk Tidur Semasa Trimester Ketiga

lead image

Trimester Ketiga untuk ibu mengandung ialah saat yang paling kritikal, di mana masa-masa ini ibu tidak lagi boleh tidur lena.

Trimester ketiga berlaku pada bulan ke 6 sehingga bulan ke 9 kehamilan. Kesihatan haruslah dijaga semasa trimester ketiga. Perut pula terlalu besar sehingga menyukarkan ibu mengandung tidur lena.

Pada masa ini, amat mustahil bagi ibu mengandung untuk meniarap. Cuba tidur mengiring ke kiri dengan beberapa biji bantal di belakang anda. Risiko untuk bayi mati di dalam kehamilan kurang apabila ibu mengandung tidur di sebelah kiri.

Kerap kali si ibu mengandung berasa hendak ke tandas kerana pundi air kencing telah mengalami tekanan dari bahagian atas. Cara untuk mengurangkan kekerapan pergi ke tandas dengan kurangkan minum air pada waktu petang dan malam dan juga pergi ke tandas sebelum tidur.

feature

Kontraksi yang dialami si ibu sangat menyakitkan, dan "strechmark" yang terjadi di perut menyebabkan perut ibu gatal. Strechmark yang gatal akan berakhir setelah melahirkan bayi. Dengan cara menyapu minyak, ia boleh mengurangkan kegatalan akibat strechmark.

Pada trimester ketiga, ibu mengandung juga mengalami mimpi ngeri. Pada masa-masa ini juga, ibu mengandung juga bermimpi melahirkan tetapi jantina atau muka bayi tidak jelas. Selain itu, bengkak kaki juga terjadi semasa kehamilan. Pada masa ini, dinasihatkan ibu mengandung kurangkan bergerak dengan aktif.

Ibu mengandung juga berpotensi untuk berdengkur kerana tekanan dari perut telah menolak ke dada. Selain itu, ibu mengandung haruslah mengamalkan senaman yang ringan dan pemakanan sihat.

“Obstrutive Sleep Apnea” berlaku di kalangan ibu hamil. Ibu mengandung haruslah memperbetulkan posisi tidur dengan meninggikan bantal di kepala. Penggunaan nasal strip juga membantu untuk mengurangkan dengkur.

Masalah tidur ketika hamil adalah perkara normal. Berikut adalah tips untuk memudahkan tidur bagi ibu hamil:

Dapatkan jadual tidur yang tetap

Cuba latih badan untuk tidur dan bangun pada masa yang sama pada setiap hari. Tidur awal dan bengun awal. Jika anda bangun awal dan tidur awal, ini akan membuatkan anda berasa lebih segar dan lebih bersedia untuk hari esok.

Rehat dan tenangkan fikiran sebelum tidur

Anda mungkin rasa panas daripada biasa sebelum tidur semasa hamil. oleh itu, bilik tidur haruslah mempunyai pengudaraan yang baik ketika hamil. Jika bilik menghadap cahaya matahari, gunakan langsir dan jika berkemampuan, anda digalakkan untuk memasang penghawa dingin.

Gunakan katil untuk tidur sahaja

Gunakan katil hanya untuk tidur sahaja. Elakkan menggunakan katil untuk menonton TV dan membaca surat khabar ataupun buku.

Amalkan tidur ke posisi kiri

Posisi kiri membantu bayi dalam proses perkumuhan semasa kandungan sedang sarat. Kurangkan posisi menelentang dan letakkan bantal di sebelah kanan anda untuk menghalang anda daripada menelentang semula.

Elakkan mengambil kafein

Pada sesetengah orang, kafein memang berkesan untuk membuatkan anda berasa segar dan terjaga sepanjang hari. Tetapi, ia tidak sesuai untuk ibu mengandung. Ibu mengandung perlukan rehat yang cukup. Denagn menghadapi gangguan tidur semasa trimester ketiga, ibu mengandung harus mengelakkan kafein terlebih dahulu.

Makan snek ringan sebelum tidur

Jika anda menghadapi “morning sickness”, anda boleh mengunyah biskut atau kismis sebelum tidur. Elakkan perut anda kosong. Minum air susu ataupun milo sebelum tidur. Anda akan terlena dengan cepat pada malam hari.

Ibu mengandung dinasihatkan bersabar, kerana gangguan yang anda hadapi semasa trimester ketiga kehamilan adalah sementara kerana itu adalah latihan untuk anda menjadi ibu. Sedarlah bahawa cabaran melahirkan dan menjaga anak lebih hebat daripada mengandungkan anak anda.

Tetapi, nikmat untuk menjadi ibu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata apabila anda melahirkan bayi anda yang sihat dan sempurna.

Rujukan: Baby Centre