theAsianparent Logo

Anak perempuan ini akur berhubungan seks dengan bapa sendiri. Apa yang terjadi sebenarnya?

Anda pasti akan terkejut membaca kisah sumbang mahram ini! Mengapa seorang anak perempuan "akur" dengan perbuatan yang salah ini?

Cerita sumbang mahram yang bakal kami ceritakan ini menunjukkan bagaimana manusia bijak “menyembunyikan kebenaran”. Kes sumbang mahram selalu terjadi di Malaysia, namun ramai yang enggan berbincang tentangnya.

Bukan saja di Malaysia, kes sumbang mahram atau incest ini juga kerap berlaku di seluruh dunia. Ikuti kisah sumbang mahram ini yang pasti akan mengejutkan anda!

Baru-baru ini, seorang bapa didakwa di Singapura atas kesalahan sumbang mahram. Menurut laporan media, bapa tersebut adalah lelaki pertama yang didakwa atas kesalahan itu. 

Sumbang mahram di rumah, akhirnya semua terbongkar

sumbang mahram, bapa rogol anak, anak dirogol bapa, bapa perkosa anak, incest

Kredit: theriseandshine.com

Ketika melakukan sumbang mahram dengan anak perempuan sendiri, mangsa baru saja berusia 20 tahun. Manakala bapanya pula berusia 46 tahun. Kejadian ini berlaku di rumah pangsa mereka. 

Menurut laporan, semuanya bermula pada satu malam selepas mereka pulang dari kedai kopi. Si anak perempuan terbabit memang selalu menemani bapanya ke kedai kopi. Ibunya bekerja di salah sebuah kedai kopi yang mereka gemar pergi. 

Yang lebih menggemparkan, anak perempuan itu tidur sekali dengan ibu bapanya dalam bilik utama! Selepas pulang ke rumah, si bapa merebahkan badan ke katil.

Si anak perempuan pula sedang menyemak emel di komputer ribanya. Tiba-tiba, mereka berselisih pendapat. Anak perempuan itu akhirnya meminta maaf pada si bapa dan dia diminta untuk memberi pelukan pada bapanya.

Nampak macam hubungan biasa antara bapa dan anak perempuan, kan? Ha… di sini baru semuanya mula berubah…

Hubungan yang rapat akhirnya menjadi incest

Benda jadi lebih mengelirukan selepas ini. Tiba-tiba, si bapa dan anak perempuannya itu mula membelai satu sama lain di tempat yang tidak sepatutnya. 

Ini membawa kepada hubungan sumbang mahram! Berita AsiaOne mendedahkan remaja perempuan itu risau dia akan mengandung. Namun si bapa menjaminkan yang dia “pancut luar” dan takkan mengandung.

sumbang mahram, bapa rogol anak, anak dirogol bapa, bapa perkosa anak, incest

Kisah ini berlanjutan selama beberapa tahun sebelum ia betul-betul terbongkar. Semuanya kerana si anak perempuan terbabit telah bergaduh dengan bapanya tentang pendidikannya.

Anak perempuan itu kemudiannya menelefon rakan untuk meminta rakannya menghubungi pihak polis. Apabila polis sampai, dia mendedahkan yang dia telah dicabul dan dirogol oleh bapanya sendiri.

Si bapa yang bekerja sebagai tukang paip itu akhirnya mengaku melakukan hubungan terlarang dengan anak sendiri. Ibu mangsa terpaksa menuntut cerai. 

Anak perempuan itu kini telah keluar dari rumahnya dan hidup berdikari.

Sumbang mahram di Malaysia

Walaupun remaja perempuan itu sudah berusia 20 tahun ketika kejadian sumbang mahram ini berlaku, namun kesalahan masih diletakkan pada si bapa. Ini kerana si bapa sebenarnya lebih matang dan memiliki kuasa untuk menghalang kejadian seperti ini.

Malah menurut laporan pakar psikiatris, Dr Brian Yeo, susunan tidur di rumah mangsa juga sebenarnya sudah pelik.

Mengapa anak perempuan terbabit dibenarkan tidur di bilik ibu bapa mereka, sedangkan anak-anak yang lain duduk dalam bilik yang berasingan?

Beliau menambah, apabila si anak tidur dalam bilik yang sama dengan ibu bapanya, ia mungkin akan mencipta “hubungan yang lebih rapat” hingga boleh melebihi batas. 

Perbuatan sumbang mahram di Malaysia boleh dihukum bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

Malah, individu yang mempunyai maklumat tentang sebarang kes rogol dan sumbang mahram, namun enggan melaporkan ke pihak polis juga boleh disabitkan kesalahan. 

Ibu ayah, perbuatan sumbang mahram atau pencabulan seksual terhadap kanak-kanak adalah satu masalah yang serius. Jangan ambil ringan peristiwa ini. Percaya cakap anak-anak anda. Perhati tanda-tanda amaran yang boleh terjadi. 

Mari kita hukum pelaku incest dan mencipta persekitaran yang lebih selamat untuk anak-anak kita!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber rujukan: AsiaOne

Baca juga:

Bapa Ini Cabul Anak Kandung Hingga Jadi Hamba Seks Dan Beranak 8 Anak!