theAsianparent Logo

Ini rupanya cara sunat anak lelaki dengan rawatan pakar bertauliah. Ibu bapa wajib tengok dan kumpul maklumat!

Mungkin ada ibu dan ayah yang risau apabila mahu sunatkan anak lelaki. Dengan perkongsian video ini, ibu ayah tak perlu bimbang lagi. Semuanya mudah dan selamat.

Sunat anak lelaki adalah satu kewajipan dalam Islam

Sunat anak lelaki pada dasarnya merupakan perkara yang dituntut dalam Islam. Bahkan, sunat anak lelaki ini menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat kita di Malaysia.

Bukan hanya Melayu yang merasakan kebersihan dalam bersunat ini, kaum lain di Malaysia seperti India dan Cina juga turut merasai perkara yang sama apabila anak lelaki mereka disunatkan.

Sunat biasanya dilakukan ketika anak berumur 6 tahun ke 12 tahun. Tapi ia terpulang kepada ibu bapa itu sendiri, jika ingin sunatkan anak kala usia masih bayi.

Sunat anak lelaki juga tidak sama sekali dengan anak perempuan. Ini kerana bagi anak lelaki, lebih banyak perkara yang harus dititikberatkan dan pelbagai kaedah disediakan sama ada secara tradisional atau moden.

Sunat anak lelaki sudah terbukti mempunyai kebaikan dan manfaatnya sejak dulu lagi. 

Kebaikan sunat anak lelaki: alat kelamin mudah dibersihkan 

sunat anak lelaki, anak lelaki bersunat, bersunat, anak lelaki, lelaki bersunat

Pada zaman dulu, perbuatan sunat anak lelaki tidak memerlukan nasihat dari doktor kerana pada ketika dulu ada seseorang yang digelar ‘tok mudim’ yang akan memberikan rawatan sunat kepada anak lelaki.

Bahkan, proses bersunat juga dijalankan secara tradisional. 

Dalam bersunat, lapisan kulit di luar yang biasanya disebut sebagai kulup akan dibuang. Jika tidak, kulit di hujung bahagian alat sulit lelaki itu akan membiak dengan bakteria yang menyebabkan penyakit.

Ini terutamanya jika anak lelaki tidak membersihkan alat sulit dengan bersih.

Kebaikan sunat anak lelaki: Mengurangkan risiko penyakit

sunat anak lelaki, proses bersunat anak lelaki, luka bersunat cepat sembuh

Terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh dicegah daripada proses bersunat. Antaranya seperti

  • Penyakit pada saluran air kencing
  • Menghindari daripada kanser zakar
  • Risiko kanser serviks pada pasangan perempuan akan berkurangan
  • Pencegahan phimosis iaitu ketidakmampuan untuk menarik kulup dan paraphimosis.
  • Mengurangkan risiko terkena jangkitan penyakit kelamin pada diri sendiri dan juga pasangan.

Dewasa kini, masyarakat Melayu mendapat pendedahan untuk sunatkan anak pada usia yang masih bayi.

Kebaikan yang diperkatakan seperti mengurangkan risiko pendarahan akibat terlalu banyak bergerak.

Penulis sertakan video sunat anak lelaki seperti di bawah ini:

Apa yang pasti ibu bapa boleh memilih untuk mengadakan rawatan bersunat ini di klinik kesihatan, hospital swasta atau dengan bantuan tok mudim. Pilihan di tangan anda!

Walau apapun, pilihlah yang terbaik untuk anak-anak agar proses bersunat berjalan lancar dan dipermudahkan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia 

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia

Baca juga:

7 Tips Perawatan Pasca Sunat