X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sunat Bayi Perempuan: Umur Berapa Kena Sunat, Hukum Dan Cara Penjagaan

5 min bacaan
Sunat Bayi Perempuan: Umur Berapa Kena Sunat, Hukum Dan Cara Penjagaan

Sunat bayi perempuan adalah wajib mengikut mazhab Syafie. Kebanyakan doktor menyarankan ibu ayah sunat bayi seawal usia yang mungkin

Sebaik sahaja menimang cahaya mata perempuan, ibu ayah pasti tertanya-tanya bila waktu sesuai sunat bayi perempuan. Adakah perlu menunggu usianya mencapai tiga bulan atau sebelum dua tahun?

Isi Kandungan

  • Apa Itu Sunat Bayi Perempuan
  • Hukum Sunat Bayi Perempuan
  • Sunat Bayi Perempuan Umur Berapa?
  • Kaedah Sunat Bayi Perempuan
  • Persediaan Sebelum Bayi Perempuan Sunat
  • Penjagaan Selepas Sunat Bayi Perempuan
  • Kenapa Baby Perempuan Kena Sunat?

Apa Itu Sunat Bayi Perempuan

Sunat bayi perempuan adalah prosedur membuang sedikit lebihan kulit pada bahagian klitoris atau kelentit. Proses ini adalah ringkas, pantas, tidak memerlukan jahitan, dan jarang menyebabkan kesakitan kepada bayi berbanding sunat bayi lelaki.

Amalan bersunat atau khitan bayi perempuan sebenarnya sudah lama menjadi amalan masyarakat dahulu termasuklah dalam kalangan bangsa Arab.

Pada zaman Rasulullah, amalan ini telah wujud dan Baginda mengiktiraf amalan khitan bayi perempuan.

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda dengan maksud:

“Nabi Ibrahim A.S berkhatan dengan menggunakan Qaddum (alat seperti kapak kecil) ketika umur baginda 80 tahun.”- (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan juga Muslim)

Hadis tersebut jelas menyatakan bahawa amalan khitan merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S.

Berbeza dengan cara sunat anak lelaki, sunat anak perempuan hanya melibatkan proses membuang lebihan kulit pada bahagian kelentit (klitoris).

Sedikit torehan dibuat dan tiada sebarang jahitan dilakukan.  Ia sama sekali tidak menyakitkan bayi. Malah, prosedurnya juga agak ringkas dan cepat. Tak sampai 5 minit pun!

Hukum Sunat Bayi Perempuan

Bagi yang mendakwa bayi perempuan sunat ini bukanlah suatu perkara wajib dalam Islam, ia sebenarnya kurang tepat. Hal ini kerana Rasulullah telah bersabda dengan maksud:

“Dan apabila bertemunya dua khitan (iaitu kemaluan lelaki dan juga kemaluan wanita), maka wajiblah untuk mandi.”

Dalam hadis ini, ia menunjukkan bahawa bukan kaum lelaki sahaja yang wajib berkhatan, tetapi juga kepada kaum perempuan.

Mazhab Syafie’ menjelaskan hukum yang paling masyhur berkenaan berkhitan bagi perempuan ini adalah wajib, dan ia juga telah diputuskan oleh Imam Syafie’ sendiri.

Mufti Wilayah Persekutuan mengatakan bahawa wajib hukumnya bagi lelaki dan perempuan sunat.

  • Bagi lelaki, bahagian kulit yang menutupi hasyafah (kepala zakar).
  • Bagi perempuan, bahagian kulit diatas saluran kencing (klitoris), yang seperti balung ayam jantan.
  • Bagi perempuan disunatkan agar dinipiskan atau dikemaskan sahaja, dan jangan melampau-lampau dalam memotong seperti amalan female genital mutilation
    yang mana sehingga merosakkan dan mencacatkan klitoris. Bahkan perbuatan seperti itu diharamkan dalam Islam.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan berdasarkan pendapat Imam Shafie memutuskan berkhitan hukumnya wajib bagi perempuan. Tetapi sekiranya boleh membawa kemudaratan pada diri maka ia perlu dielakkan. 

Sunat Bayi Perempuan Umur Berapa?

Proses khitan atau sunat lazimnya dilakukan pada dua peringkat usia utama, iaitu ketika bayi masih kecil (sebelum berumur 6 bulan), yang dikenali sebagai ‘khitan bayi’, serta apabila kanak-kanak berusia antara 5 hingga 12 tahun.

Kaedah Sunat Bayi Perempuan

Berkhatan, berkhitan atau sunat perempuan adalah prosedur yang selamat, tidak menyakitkan dan tidak menjejaskan perkembangan bayi.

Namun bayi perempuan sunat dan bayi lelaki sunat adalah berbeza. Hal ini kerana prosesnya lebih mudah dan cepat. Ia hanya memotong sebahagian kecil selaput daging pada bahagian atas saluran kencing yang menutupi klitoris.

Prosesnya yang sedikit sahaja tidak mencacatkan atau mencederakan bayi.

Menurut Dr Phia, terdapat tiga cara yang biasa dilakukan oleh pakar perubatan untuk berkhitan iaitu menggunakan peralatan tajam seperti:

  • pisau
  • gunting
  • jarum disterilkan

Jelasnya, ketiga-tiga kaedah ini tidak mendatangkan kecederaan secara keterlaluan. Ia hanya memotong sebahagian kecil daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing, iaitu pada bahagian kelentit atau klitoris.

Kebiasaannya, proses penyembuhan hanya mengambil masa dua hingga lima hari sahaja. Namun jika ibu ayah memilih teknik menggunakan pisau atau gunting, pemulihannya lebih cepat dan tiada kesukaran penjagaan luka.

Persediaan Sebelum Bayi Perempuan Sunat

  1. Sebelum anda membawa bayi ke klinik, si manja hendaklah dalam keadaan sihat dan bebas jangkitan seperti demam, respiratori atau jangkitan di bahagian kemaluan

  2. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu mengenai kesesuaian umur dan keadaan kesihatan semasa. Sebaiknya, carilah doktor berpengalaman dan mahir mengendalikan proses ini

  3. Bawa beberapa keping lampin baharu. Biasanya klinik akan meminta ibu ayah memakaikan lampin baru sebelum mula sunat bayi perempuan.

Penjagaan Selepas Sunat Bayi Perempuan

Penjagaan selepas sunat bayi perempuan tidak rumit seperti sunat bayi lelaki. Ini kerana bayi perempuan tidak perlu melalui proses ‘berpantang’ dan boleh sembuh lebih cepat. 

Bahkan, ada sesetengah bayi yang terus aktif bergerak walaupun baru disunatkan. Selalunya selepas proses berkhitan, bahagian tersebut akan ditampal dengan kapas luka supaya darah tidak mengalir lagi. 

Antara penjagaan yang ibu ayah boleh peka ialah:

  • Kerap menukar lampin bayi 
  • Pastikan bahagian luka sentiasa kering
  • Letakkan kapas lembut pada luka supaya tidak terengsa

 Faktor kebersihan amatlah dititikberatkan agar luka bayi cepat sembuh seperti sediakala. Ia bagi mengelakkan sebarang jangkitan lain berlaku pada bahagian luka tersebut.

Kenapa Baby Perempuan Kena Sunat?

Apa yang disarankan oleh agama pasti mengandungi manfaatnya. Begitu juga apabila bayi perempuan dianjurkan untuk berkhitan lebih awal.

Antara sebab kenapa baby perempuan kena sunat adalah:

  • Menjaga kebersihan kemaluan
  • Menghindari dari pelbagai penyakit yang berkaitan
  • Tanda kesempurnaan agama
  • Menambahkan kelazatan syahwat apabila berhubungan intim 

Ini berdasarkan dengan hadis Rasulullah S.A.W. daripada Ummu Atiyyah al-Ansariyyah ketika perlaksanaan sunat bayi perempuan di Madinah:

لَا تَنْهِكِي فَإِنَّ ذَلِكَ أَحْظَى لِلْمَرْأَةِ، وَأَحَبُّ إِلَى الْبَعْلِ

Maksudnya: “Janganlah engkau potong semuanya, kerana itu menguntungkan bagi wanita dan disukai oleh suami.” – Hadis riwayat Imam Abu Daud

Semoga bermanfaat!

Harian Metro, Mufti WP

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Himpunan Nama Bayi Perempuan Islam Bermula Huruf A Hingga F Yang Indah & Ringkas

Baca juga:  Bersalin Bayi Lelaki Terbukti Lebih Sakit Berbanding Bayi Perempuan! – Kajian

Baca juga:  Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Sunat Bayi Perempuan: Umur Berapa Kena Sunat, Hukum Dan Cara Penjagaan
Kongsikan:
  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

    Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

    Bayi Berak Berlendir, Cair Dan Warna Najis Berubah? Ini Apa Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham