Sadis! Ibu Bapa Sunatkan Bayi Sendiri Di Rumah Hingga Bayi Akhirnya Maut!

lead image

Jangan sekali-sekali lakukan sendiri sunat anak di rumah tanpa orang yang bertauliah ya!

Masih adakah ibu bapa yang melakukan sendiri sunat di rumah?

Berkhatan atau sunat bayi biasanya dilakukan oleh seseorang yang berpengalaman dan melakukan prosedur tersebut terhadap kanak-kanak sebelum akil baligh. Kemudahan berkhatan khususnya di Malaysia lebih mudah didapati dan ibu bapa mempunyai akses mudah untuk mendapatkan pakar bagi melakukan prosedur berkhatan.

Namun kisah yang terjadi di Itali baru-baru ini akibat sunat di rumah telah mengakibatkan kematian pada seorang bayi berusia 5 bulan! 

Bayi 5 Bulan Maut Selepas Ibu Bapanya Melakukan Sunat Di Rumah

sunat di rumah, berkhatan di rumah, prosedur berkhatan, penjagaan selepas berkatan, apa itu sunat, sunat untuk bayi lelaki, masuk jawi, risiko bersunat, berita viral 2019, manfaat bersunat, manfaat berkhatan

sumber: the telegraph

Seorang bayi lelaki di Itali telah meninggal dunia setelah ibu bapanya melakukan sendiri prosedur berkhatan di rumah, menurut laporan media Itali.

Badan berita ANSA melaporkan bayi berusia 5 bulan itu dibawa ke sebuah hospital di Bologna oleh helikopter apabila mengalami serangan jantung pada hari kejadian dan meninggal pada malam itu juga.

Bayi yang bernasib malang tersebut akan melalui bedah siasat bagi siasatan lanjut.

Tragedi tersebut menyusul selepas kes sunat di rumah yang telah berlaku pada Disember lalu, di mana seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun meninggal dunia kaibat kehilangan darah yang teruk! Dalam kes itu, saudara kembarnya juga hampir mendapat nasib yang sama namun sempat diselamatkan.

Sunat di Rumah: Kos Berkhatan Di Hospital Itali Terlalu Mahal

sunat di rumah, berkhatan di rumah, prosedur berkhatan, penjagaan selepas berkatan, apa itu sunat, sunat untuk bayi lelaki, masuk jawi, risiko bersunat, berita viral 2019, manfaat bersunat, manfaat berkhatan

Berkhatan tidak dipraktikkan di kalangan majoriti Katolik Roma di Itali.

Ramai pendatang di Itali adalah orang Islam dan mengamalkan berkhatan untuk sebab-sebab budaya dan agama, namun mempunyai masalah untuk meneruskan amalan ini apabila ingin melakukannya di hospital.

Ini kerana kos hospital terlalu tinggi bagi sesetengah penduduknya. Tambahan lagi, di beberapa hospital Itali, para doktor enggan melakukan sunat sehinggalah kanak-kanak lelaki mencapai umur 4 atau lebih tua.

Foad Aodi, pengasas persatuan doktor-doktor asing di Itali (AMSI), telah merayu kepada pihak berkuasa kesihatan untuk membenarkan sunat pada harga yang berpatutan dan mengurangkan usia untuk membenarkan prosedur sunat dijalankan dengan sah di hospital.

Berkhatan anak lelaki: Maklumat untuk ibu bapa

Berkhatan anak lelaki adalah prosedur pembedahan pilihan untuk membuang lapisan kulit (dipanggil kulup atau prepuce) yang menutup kepala (glans) pada zakar. Ia sering dilakukan dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran.

Ibu bapa yang membuat keputusan untuk menyunat anak lelaki mereka yang baru lahir sering berbuat demikian atas alasan agama, sosial atau budaya.

Jika anda cuba membuat keputusan mengenai sunat, berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan bayi anda. Minta maklumat terkini mengenai potensi manfaat perubatan dan risiko sunat.

sunat di rumah, berkhatan di rumah, prosedur berkhatan, penjagaan selepas berkatan, apa itu sunat, sunat untuk bayi lelaki, masuk jawi, risiko bersunat, berita viral 2019, manfaat bersunat, manfaat berkhatan

sumber: mike leake

Manfaat Berkhatan

Beberapa kajian menunjukkan lelaki yang telah disunat mungkin:

  • Tidak mungkin menghidap kanser zakar di kemudian hari – walaupun jenis kanser ini sangat jarang berlaku.
  • Kurang risiko mendapat jangkitan HIV dan HPV.
  • Tidak akan mendapat jangkitan saluran kencing pada zaman kanak-kanak.
  • Pasangan kepada lelaki yang telah disunat lebih kurang berisiko untuk mendapat kanser serviks.

Risiko Berkhatan

Penyunatan adalah prosedur yang menyakitkan. Masalah yang timbul akibat pembedahan biasanya kecil.

Walaupun komplikasi serius sangat jarang terjadi, namun ia masib boleh berlaku. Ini termasuklah:

  • Terlalu banyak pendarahan atau jangkitan di kawasan itu.
  • Kulit terlalu banyak dikeluarkan.
  • Kesan sampingan dari kaedah atau ubat yang digunakan untuk melegakan kesakitan.

Risiko komplikasi lebih rendah pada bayi muda berbanding pada kanak-kanak yang lebih tua. Untuk meminimumkan risiko, prosedur harus dilakukan oleh seorang pengamal terlatih dan berpengalaman menggunakan teknik steril.

Seseorang perlu membuat susulan dengan anda pada hari selepas prosedur untuk memastikan pendarahan tidak meningkat.

Semoga bermanfaat.

Macam mana penjagaan lepas disunat?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

7 tips agar sunat cepat sembuh untuk kanak-kanak lelaki – Perkongsian doktor

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!