Malu Nak Ambil Epidural, Akhirnya Sakit Tak Tertanggung, Ibu Makin Lemah, Tak Larat Teran Bayi!

Pengambilan suntikan epidural ketika bersalin antara kebimbangan ibu hamil. Ada yang sehingga menolak pengambilannya kerana takut dikatakan 'lembik'.

Pengambilan suntikan epidural ketika bersalin menjadi antara isu yang sering menjadi buah mulut ibu yang hamil. Ada yang sehingga menolak pengambilannya kerana takut dikatakan ‘lembik’ kerana tak mampu menanggung sakit bersalin secara semula jadi.

Hakikatnya, tahap toleransi setiap manusia terhadap kesakitan adalah berbeza, jadi jangan anggap jika orang lain boleh menahan sakit berpuluh jam lamanya, anda juga boleh.

Anda patut tahu tahap toleransi anda terhadap kesakitan, kerana bak kata doktor, sakit bersalin ini bukan main-main. Ada yang mungkin boleh senyum saja layan contraction tapi ada juga yang sakit seperti hingga mahu hantuk kepala. Jadi di sini terbuktilah tahap toleransi seseorang terhadap kesakitan adalah sangat berbeza antara satu sama lain.

Sebab itu ketika di bilik atau dewan bersalin, ada pelbagai ragam manusia, ada yang anda lihat menjerit jerit, ada yang hanya menahan sakit dalam senyap saja. Malah ada yang mengalir air mata tetapi langsung tak berbunyi. 

Suntikan epidural ketika bersalin bukan punca utama sakit belakang

Suntikan epidural ketika bersalin

Menurut perkongsian Dr Muhammad Izzat, epidural adalah salah satu teknik pelega kesakitan yang diberikan untuk pesakit dalam konteks ini untuk orang mahu bersalin.

Ada je sebab-sebab lain boleh pakai epidural ni, memandangkan saya ni doktor bersalin, so saya cite apa yang saya tahu saja ye. Takda ler ianya hilangkan 100% kesakitan tu, tapi rasa sakit tu akan jadi kurang dan ibu rasa selesa dan tenang nak ‘bertarung’ untuk berjam-jam lamanya.

Ia tidaklah boleh hilangkan 100 peratus kesakitan, tetapi rasa sakit itu akan kurang dan ibu rasa selesa dan tenang dan ‘bertarung’ jika perlu berjam-jam lamanya.

Ada satu plastik halus dimasukkan ke dalam ruang epidural L3-L4 atau L4-L5 Memakan masa 20 minit untuk nak buat dan 20 minit untuk bertindak balas. Dipasang oleh doktor bius, bukan doktor bersalin tau.

Perlu berjaga-jaga jika seseorang tu pernah buat pembedahan pada tulang belakang atau ada masalah pembekuan darah. Kalau da pasang epidural ni kena ada pemantauan graf jantung anak (CTG) secara terus menerus dan pemantauan tekanan darah ibu.

Apa bagusnya epidural ?

  • Antara banyak-banyak cara untuk mengurangkan rasa bersalin ni, epidural adalah jenis yang terbaik
  • Tidak mengantuk. Bayi dalam rahim pun tidak mengantuk
  • Kalau perlu caesaerean, tak perlu ubat lain atau cucuk lain tempat untuk bius. Doktor akan ‘top up’ epidural sebelum caesarean dilakukan

Kesan buruk yang boleh timbul  akibat penggunaan epidural

Suntikan epidural ketika bersalin

  • Epidural tak berkesan mengurangkan sakit ( 1 dalam 10 )
  • Menggigil dan gatal-gatal
  • Tekanan darah menjadi terlampau rendah ( 1 dalam 50 )
  • Sakit kepala yang amat sangat ( 1 dalam 100 )
  • Gangguan sistem saraf sementara ( 1 dalam 1000)
  • Gangguan sistem saraf kekal ( 1 dalam 13000)
  • Jangkitan meningitis ( kurang 1 dalam 50000)

Bersalin tanpa epidural pun ibu dapat sakit belakang

Suntikan epidural ketika bersalin

Dilaporkan bahawa hampir 25% ibu mengandung akan menghidapi sakit belakang sehingga 6 minggu selepas bersalin. Terdapat banyak kajian membandingkan ibu mengandung yang mendapat epidural dengan yang tak diberi epidural (hanya suntikan Pethidine sebagai penahan sakit) menunjukkan peratusan insiden sakit belakang yang sama dalam kedua-dua kumpulan.

Kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan dalam insiden sakit belakang selepas bersalin diantara kumpulan ibu yang tak mendapat epidural dan ibu yang mendapat epidural pada hari pertama dan hari ketujuh selepas kelahiran. Namun 3 bulan selepas bersalin, ibu yang tak mendapat epidural pula lebih ramai yang masih sakit belakang berbanding yang mendapat epidural. Acaner tu? Tak dapat epidural pun sakit belakang ?

Sewaktu mengandung, perubahan hormon menyebabkan ligamen tulang termasuk ligamen di pelvis menjadi longgar dan memudahkan kecederaan terjadi kepada ibu. Bayi dan rahim yang membesar boleh menekan saraf-saraf dalam rongga pelvis menyebabkan sakit belakang.

Kandungan yang besar dan perubahan hormon juga menyebabkan perubahan kepada struktur tulang belakang (lebih melentik; lumbar lordosis) bagi menstabilkan pusat graviti ibu; malah proses tulang belakang untuk kembali ke kedudukan asal selepas bersalin itulah yang menyebabkan sakit belakang.

Sakit belakang antaranya disebabkan postur badan yang tak betul (jalan dan duduk membongkok), kurangnya senaman (tulang belakang jadi keras dan tak fleksibel), otot perut dan belakang (core muscles) yang lemah, cara kerja yang tertumpu kepada satu posisi (duduk lama di pejabat) dan cara mengangkat barang berat yang tak betul.

Pendek kata, postur yang salah menyebabkan sakit belakang. Penggunaan epidural semata-mata bukan punca utama sakit belakang. Betulkan fakta. Jangan dengar cakap cakap orang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Dr Muhammad Izzat

Baca juga:

5 perkara TIDAK patut berlaku apabila anda pilih ubat penahan sakit epidural

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!