Sunway Putra Mall Bakal Jadi Mall Mesra Autisme Pertama Di Malaysia Dengan 3 Kelebihan Ini!

lead image

Sunway Putra Mall telah membuat keputusan untuk menjadikan pusat membeli belah mereka sebagai tempat mesra autisme. Baca bagaimana mereka melakukannya.

Ramai orang masih belum faham dengan cabaran yang dialami oleh penghidap autisme dan keluarga mereka. Jadi, Sunway Putra Mall telah mengambil keputusan untuk membuat pusat membeli-belah mereka mesra autisme!

Sunway Putra Mall akan jadi mall mesra autisme pertama di Malaysia

Autisme adalah gangguan yang sering disalah anggap oleh orang ramai kerana kurang kesedaran tentang gangguan ini. Orang dengan autisme biasanya menghadapi cabaran dengan kemahiran sosial, percakapan dan komunikasi tanpa lisan.

Kebanyakan orang autistik juga mengalami masalah deria penglihatan, bunyi dan sensasi lain yang akan buat mereka rasa tak selesa.

sunway putra mall, pusat membeli belah, kesedaran autisme, autisme, kanak-kanak autistik, terapi untuk anak autisme, masalah anak autisme,

Jadi, Sunway Putra Mall telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang gangguan autisme dengan menjadikan pusat membeli belah mereka mesra autisme.

Pihak pengurusan pusat membeli belah ini telah mengumumkan yang bermula Januari 2019, mereka akan menangani masalah yang dialami oleh penghidap autisme yang sering kita ambil mudah.

Bagaimana Sunway Putra Mall jadi pusat membeli belah mereka mesra autisme?

Wakil pengurusan Sunway Putra Mall (SPM) Phang Sau Lian mengumumkan yang setiap hari Selasa bermula Januari 2019, SPM akan menjadi pusat membeli belah mesra autisme. Bagaimana?

sunway putra mall, pusat membeli belah, kesedaran autisme, autisme, kanak-kanak autistik, terapi untuk anak autisme, masalah anak autisme,

1. Mendapat layanan utama

Setiap hari Selasa, penyewa kedai akan memberikan laluan utama untuk keluarga yang mempunyai ahli keluarga autistik di kaunter pembayaran untuk memudahkan urusan pembelian mereka.

2. Lampu dan muzik dikurangkan

Pusat membeli belah ini juga akan mengurangkan pencahayaan lampu dan muzik di antara pukul 10 pagi hingga 5 petang pada setiap hari Selasa.

3. Manfaat maksimum

sunway putra mall, pusat membeli belah, kesedaran autisme, autisme, kanak-kanak autistik, terapi untuk anak autisme, masalah anak autisme,

Orang dengan autistik juga akan mendapat manfaat maksimum apabila mereka mendaftarkan diri di kaunter concierge.

Selepas pendaftaran, mereka akan mendapat gelang getah istimewa bagi menikmati manfaat seperti keistimewaan tempat letak kereta.

Phang juga menambah yang ini hanyalah fasa pertama usaha mereka untuk menjadikan pusat membeli belah ini mesra autisme. Mereka juga mengalu-alukan cadangan orang ramai untuk membantu mereka menambah baik perkhidmatan mereka ini.

Selain dari ini, pusat membeli belah ini juga telah menjadikan Autism Behavioral Center sebagai rakan kongsi mereka untuk inisiatif ini.

Autism Behavioral Center adalah pusat terapi terbesar di Malaysia yang membantu keluarga yang mempunyai ahli keluarga autistik.

Pengarah pusat ini Charlene Marine Samuel berharap, usaha sama mereka ini dapat memberi banyak peluang kepada penghidap autisme untuk menikmati  kehidupan di luar rumah.

Ini adalah permulaan yang baik untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang autisme. Harapnya, pusat membeli belah yang lain akan mengikuti jejak langkah Sunway Putra Mall ini.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: World Of Buzz

Kredit gambar: Cyber-tech & Asia Pacific Curriculum

Baca juga:

9 Sebab Mengapa Autisme Berisiko Terjadi Pada Anak Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!