Cadangan pemakanan buat ibu menyusu di bulan Ramadhan

lead image

Kekalkan minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari bagi menggantikan susu yang sudah hilang semasa diperah.

Hakikat mana-mana ibu, anak menjadi kepentingan utama. Tidak kira masa dan ketika. Dilema ibu menyusu di bulan Ramadhan, cukupkah susu mereka buat si kecil? 

Mungkin ada diantara kita yang terfikir, apakah makanan yang boleh amalkan di bulan Ramadhan bagi mengekalkan susu badan tanpa perlu berbuka puasa. 

Ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalori sehingga 700 kalori sehari. Semasa berpuasa, kita perlu makan tiga kali sehari iaitu ketika sahur, berbuka dan waktu moreh. 

Untuk ketiga-tiga waktu ini, makanan yang dimakan haruslah seimbang. Seimbang di sini ialah mengikut saranan piramid makanan. Bagi bersahur, ibu menyusu sangat digalakan makan makanan yang mempunyai INDEKS GLISEMIK (GI) yang rendah. 

Cadangan pemakanan buat ibu menyusu di bulan Ramadhan

Foto ehsan the fit indian

GI ialah unit pengiraan  bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa proses penghadaman ialah GI yang tinggi.

Manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah ialah makanan GI yang rendah. 

Antara makanan yang mempunyai GI rendah ialah:

  1. Pasta. Fettucini, makaroni dan spageti adalah antara pasta yang mempunyai indeks glisemik yang rendah dan sesuai dijadikan sahur.
  2. Kekacang.
  3. Yogurt asli rendah lemak yang dicampur buah-buahan segar.
  4. Nasi beras perang dan oat.
  5. Tortila gandum dan jagung

Bagi waktu berbuka, makanan yang cepat membekalkan tenaga adalah pilihan yang bagus buat ibu menyusu. Ini kerana ia akan menggantikan tenaga yang digunakan sepanjang hari berpuasa.

Jus buah asli dan kurma adalah dua menu yang ideal buat ibu menyusu semasa berbuka.

Cadangan pemakanan buat ibu menyusu di bulan Ramadhan

Kurma mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada tubuh. Kurma turut kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium.

Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah di antara 1.8-2.0% manakala kandungan gulanya pula adalah 50-57%. 

Selain itu, semasa berbuka, elakan makanan yang lemak tinggi dan tidak berkhasiat untuk mengelakan ketidakcernaan makanan.

Elakan makanan yang boleh mengganggu perut seperti makanan segera dan air bikarbonat. Amakan pembahagian pinggan kepada tiga, separuh sayuran, suku protein dan suku nasi.

Sementara untuk moreh, disarankan makanan ringan yang tidak terlalu manis. Buah-buahan kering, seperti kurma sangat digalakan. Susu badam juga bagus. Paling penting ialah memastikan dehidrasi badan anda. 

Kekalkan minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari bagi menggantikan susu yang sudah hilang semasa diperah. Pelbagai tips bagaimana anda boleh mencukupkan dua liter air semasa bulan Ramadhan. Contoh paling mudah ialah: 

  • dua cawan air suam (250ml x 2 ) semasa sahur
  • dua cawan air suam (250ml x 2 ) selepas berbuka / solat maghrib
  • dua cawan air suam (250ml x 2 ) selepas solat isyak / terawikh
  • dua cawan air suam (250ml x 2 ) sebelum tidur

Cukup bukan dua liter air sehari? Jadi, anda masih boleh mengekalkan meminum dua liter air sehari bagi mengelakan badan dari dehidrasi.

Sumber: diabetis melitus

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner