Perlukah bayi saya ambil suplemen seperti yang disaran artis Neelofa ini?

Neelofa menggemparkan masyarakat apabila mempromosi suplemen untuk bayi yang dikatakan boleh merawat ekzema. Bayi boleh makan suplemen ke?

Neelofa mempromosi suplemen untuk bayi

Baru-baru tular di Facebook gambar IG Neelofa yang menyokong malah mempromosikan produk Chew and Glow untuk wajah berseri. Malah, produk itu juga dikatakan boleh diambil sebagai suplemen untuk bayi!

Neelofa adalah seorang pelakon tempatan terkenal, penyampai televisyen, model komersial dan usahawan. Pemenang Dewi Remaja 2009/2010 itu juga duta kepada banyak jenama besar-besaran di Malaysia.

Produk Chew and Glow dikatakan boleh merawat ekzema, alahan, rambut gugur, jerawat dan jeragat serta menjanjikan kulit putih berseri.

Chew and Glow turut dikatakan selamat untuk bayi dan kanak-kanak.

Tetapi Khairul Yoi, salah seorang pengguna Facebook tidak bersetuju dan menyalahkan duta popular itu kerana menyebarkan info yang tidak tepat kepada ibu bapa.

Post itu telah dikongsi lebih 6 ribu kali dan mendapat banyak komen. Berikut antara ulasan beliau:

suplemen untuk bayi

“Aku bagitau skali lagi, kenapa BAYI DILARANG AMBIL MAKANAN PEJAL DAN SUPPLEMENT.

Mudah, hati dia blom berfungsi sepenuhnya. Tu pasal jadi jaundice. Buah pinggang pon masih “warming up” untuk berfungsi.

Ada mak mak yang anak umur 2 bulan dah bagi makan bubur. Punyalah lack of knowledge, bila kita tegur cakap kita blom kawen, tak payah sibuk hal anak orang.

Kita yang tua bangka ni pon buah pinggang tak mampu tapis kalau telan supplement yang dos dan kandungan merapu2, apatah lagi bayi yang organ2 masih belum function dengan baik.

Ni smua sebab taksub nak putih la ni. Dari mak, bapak, sampai ke anak dia taksub nak bagi putih.”

Perlukah bayi diberi suplemen?

Malah, lebih ramai netizen dan doktor pakar berkongsi agar ibu bapa tidak memberi suplemen pada bayi. Walaupun sebarang suplemen, tanpa kebenaran doktor!

Menurut KellyMom, ibu bapa tidak perlu memberi vitamin dan suplemen kepada bayi sihat yang dilahirkan genap bulan sehingga mereka berumur 1 tahun.

Malah terdapat kajian yang menunjukkan kebanyakkan vitamin, fluorida, zat besi, air, jus, dan makanan pejal tidak sesuai dan boleh memudaratkan bayi yang menyusu dengan baik untuk 6 bulan selama kehidupannya.

Hanya bayi dalam kes tertentu boleh diberi suplemen tetapi itupun kena ikut arahan doktor pakar.

Mengapa bahaya beri suplemen untuk bayi tanpa arahan doktor?

Kredit: medicalnewsbulletin.com

Biarpun ibu bapa dan pengguna berhak untuk memberi sebarang produk yang dianggap baik untuk anak, namun tahukah anda sesetengah suplemen juga mengandungi vitamin dan bahan-bahan lain?

Sebaik- baiknya bincang dengan doktor anak anda dulu sebelum memberi suplemen untuk bayi.

Jangan beri sebarangan walaupun ia diperbuat dari bahan-bahan semulajadi.

Terlalu banyak vitamin dan suplemen untuk bayi yang boleh memudaratkan. Ibu bapa mesti selalu mengikut sukatan yang betul dan jangan sebarang campur 2 jenis suplemen untuk bayi supaya tidak terlebih beri.

Ibu bapa juga tidak perlu memberi suplemen untuk bayi berusia 4-6 bulan yang sudah memulakan makanan pejal jika tidak disuruh oleh doktor.

Ibu bapa cuma perlu memastikan anak diberi makanan yang seimbang, berkhasiat dan minum air yang secukupnya.

 

 

Sumber: Post Facebook Khairul Yoi, KellyMom, Momtastic

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

101 Asas Tentang Makanan Bayi: Semua Benda Ibu Bapa Perlu Tahu