7 surat budak minta izin cikgu tak mahu hadir ke sekolah. No 5 paling kelakar!

lead image

7 surat budak untuk cikgu ini sungguh kelakar kerana ia ditulis sendiri oleh budak-budak sekolah dengan pelbagai alasan jujur tak mahu hadir ke sekolah.

Selalunya ibu bapa akan tulis surat jika anak tak dapat hadir ke sekolah, kan? Kalau surat budak untuk cikgu minta tak nak hadir ke sekolah macam mana pula?

Ha… hari ini kami akan menunjukkan kepada anda 7 surat jujur budak minta izin cikgu tak mahu hadir ke sekolah. Ia dari anak-anak Sekolah Menengah Atas di Indonesia. Semuanya memang mencuit hati!

Jom tengok apa yang mereka tulis!

#1 Surat budak untuk cikgu

surat budak untuk cikgu, surat kelakar, budak jujur, surat tak nak ke sekolah

Saya tak boleh hadir ke sekolah kerana sakit. Saya minta maaf zahir-batin jika ada tersalah cakap. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tulis guna pensil kerana saya tak ada pen. Orang tua saya semuanya sibuk. Saya tulis surat ini sendiri kerana tak ada siapa yang nak tulis.

Harapnya, cikgu maafkanlah adik ini ya?

#2 Surat budak untuk cikgu

surat budak untuk cikgu, surat kelakar, budak jujur, surat tak nak ke sekolah

Dengan segala hormat, nama saya Adit. Hari ini saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana pintu rumah terkunci. Harap cikgu izinkan saya tak hadir ke sekolah. Saya buat surat ini dengan jujur.

Kalau terkunci di rumah, macam mana boleh hantar surat ke sekolah ya? Amboi bijak sungguh budak-budak ini ya!

#3 Surat budak untuk cikgu

surat budak untuk cikgu, surat kelakar, budak jujur, surat tak nak ke sekolah

Keperluan: Balik sekejap untuk tutup air.

Dik, kenapa tak suruh saja jiran sebelah tutupkan? 😂

#4 Surat budak untuk cikgu

surat budak untuk cikgu, surat kelakar, budak jujur, surat tak nak ke sekolah

Saya tak dapat hadir ke sekolah hari ini kerana sedang menggali ubi.

Patutnya adik beritahu adik gali ubi sebab tolong ibu bapa atau tengah bermain di ladang orang.

#5 Surat budak untuk cikgu

surat budak untuk cikgu, surat kelakar, budak jujur, surat tak nak ke sekolah

Sebenarnya kekasih saya ugut saya. Katanya, “awak kena keluar dengan saya hari ini atau kita putus” Jadi saya terpaksa tipu cikgu. By the way, kekasih saya adalah anak cikgu yang nombor tiga. Saya takkan apa-apakan dia. Restui kami…

Ini paling kelakar. Sudahlah jujur, bercinta pula dengan anak cikgu. Agak-agak apa alasan anak cikgu itu tak hadir ke sekolah ya?

#6 Surat budak untuk cikgu

surat budak untuk cikgu, surat kelakar, budak jujur, surat tak nak ke sekolah

Dengan ini saya minta izin untuk tak masuk ke kelas kerana saya putus cinta dicurangi kekasih. Saya harap cikgu dapat memahami keadaan saya.

Sakitnya putus cinta, sampai tak boleh ke sekolah.

#7 Surat budak untuk cikgu

surat budak untuk cikgu, surat kelakar, budak jujur, surat tak nak ke sekolah

Semoga cikgu tetap menjadi bunga yang paling indah dan menawan. – Ayah Amel

Puitis sungguh. Cikgu jangan sampai jatuh cinta dengan ayah Amel ya?

***

Jujur betul surat-surat budak untuk cikgu ini ya? Ibu-ibu ada yang nak share surat dari anak-anak yang kelakar? Jom kongsikan ia di komen!

 

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di theAsianparent Malaysia

Baca juga:

 

20 Persoalan Lucu Yang Bermain di Fikiran Ibu Yang Tidak Cukup Tidur!