Di Sebalik Ketenangan Seorang Isteri Yang Menulis "Wahai Perempuan Simpanan Suamiku"

Di Sebalik Ketenangan Seorang Isteri Yang Menulis "Wahai Perempuan Simpanan Suamiku"

Perempuan simpanan suami hadir dalam hidupnya, lalu menghancurkan perkahwinan dua insan secara perlahan-lahan. Hati isteri musnah, namun enggan menyerah kalah kerananya.

Curang – kes perempuan simpanan suami…

Kecurangan sememangnya menjadi mimpi ngeri dalam sesuatu perkahwinan.

Hadirnya orang ketiga sebagai perempuan simpanan suami mampu membuatkan hati isteri hancur luluh, namun hidup perlu diteruskan.

Inilah yang ditunjukkan oleh seorang isteri, Ary Yogeswary. 

Dia menunjukkan ketenangan tersebut. Ia membuktikan bahawa tidak kiralah badai apa sekalipun yang melanda, ia tidak akan membuatkan dirinya jatuh tersungkur.

Dia siap berlari-lari dan terus berdiri, bahkan lebih kuat berbanding sebelum ini.

Kecurangan yang dilakukan oleh suaminya memang menjadi luka mendalam di lubuk hatinya. Walaupun begitu, dia masih mencari cara untuk terus boleh berdiri tegak, atas kakinya sendiri.

Dia ingin memastikan yang dirinya berhak untuk hidup bahagia, tidak kiralah bagaimana caranya.

Untuk mengubati luka dalam dirinya, Ary telah menjadikan aktiviti menulis sebagai terapi yang dapat membantunya meneruskan kehidupan.

Kini, kekuatan diri bukan sahaja membantu diri untuk terus hidup, malah memberi inspirasi kepada wanita lain yang turut menempuhi perkara yang sama.

Daripada pelbagai tulisan yang dikongsikan dalam blognya, ada satu tulisan khas yang didedikasikan buat perempuan simpanan suaminya.

Di Sebalik Ketenangan Seorang Isteri Yang Menulis

Kredit gambar: Cosmopolitan

Ia ditulis bukan dengan tujuan untuk memalukan wanita simpanan suaminya itu, tetapi supaya dijadikan pengajaran buat wanita lain agar saling memahami antara kaum hawa.

Berikut adalah tulisan yang sempat dikongsikan olehnya:

Wahai wanita yang curang bersama suamiku, awak berasa tak selesa dengan tulisan ini?

Rileks sahaja, saya bukan mahu menghakimi dirimu, apatah lagi untuk mendapatkan semula suamiku. Dia boleh terus bersamamu, saya rela.

Saya menulis ini khas buat wanita lain di luar sana yang sedang atau masih berfikir untuk berpasangan dengan suami orang.

Curang itu mahal!

Untuk saya yang telah dicurangi, kisah asmara kalian berdua telah membuat saya rugi:

  • 1588 hari saya bersamanya. Ini jumlah hari saya bersama dengan bekas suami saya, dari hari pertama kami bertemu sehingga saat saya keluar dari rumah.
  • 216 minggu bersama anak-anak. Ini adalah jumlah minggu dan hari cuti yang kami habiskan bersama anak-anak.
  • 5 kali ulang tahun, 4 hari krismas, 5 Father’s Day, 3 Thanksgiving.
  • Begitu banyak mainan, buku cerita, baju, tiket wayang/games, hadiah serta hiburan lain untuk dia dan anak-anak.
  • Sekian banyak rasa marah, sedih, tertekan, tangisan yang saya alami, serta yang dia alami dan usaha saya membantu menanggung keluarga.
  • Kerjaya saya, kerana saya berhenti kerja demi bersiap untuk berpindah dan hidup bersamanya.
  • Keluarga dan teman-teman saya, yang saya tinggalkan untuknya.
  • Umur saya, yang pastinya tidak bertambah muda.
  • Pasangan saya adalah pelaburan saya untuk masa depan yang saya rancang dengan baik dan jelas, dan awak dengan berjayanya menghancurkan semua itu.

Awak bangga tak?

Iya, awak mungkin dengar dari bekas suami saya yang saya tidak lagi mencintainya, hubungan kami tidak lagi dapat diselamatkan, mungkin kami akan bercerai.

Tapi, adakah awak tahu yang:

perempuan simpanan, wanita simpanan, suami curang, suami main kayu tiga, suami ada perempuan simpanan, surat dari perempuan simpanan, perempuan tak guna, wanita simpanan suami, perempuan simpanan suami, suami ada wanita simpanan, suami ada kekasih, suami ada kekasih hati, kekasih hati suami

  • Ketika kalian berdua bertemu, saya yang membelikan tiket buatnya untuk pergi berjumpa awak, kerana saya takut dia akan ditipu oleh orang asing di tempat orang.
  • Saya sibuk risau dan berharap dia baik-baik sahaja kerana saya jarang dengar khabar darinya ketika dia berada bersama awak selama seminggu, alasannya telefon tiada signal!
  • Keluarga saya yang sedikit pelik kenapa dia balik kampung tanpa saya tetap menyambutnya dengan mesra.
  • Saya mengirimkan bunga ke pusara ibunya untuk Mother’s Day ketika dia sedang asyik bersama dengan awak.
  • Sebelum dia pergi untuk berhibur (baca:curang) dan sehingga saya minta cerai, saya masih tinggal serumah dengannya, menjalankan hubungan suami isteri seperti biasa.
  • Selepas kalian berdua berhubungan di Facebook (tanpa pengetahuan saya), saya masih membawanya ke restoran untuk meraikan hari jadinya, dan membelikan hadiah Father’s Day untuk dirinya serta anak-anak. Yang “istimewanya”, ia adalah Hari Bapa yang special kerana 3 hari sebelumnya, saya sudah menemui bukti yang kalian berdua curang di belakang saya.

Boleh tak awak bayang apa rasanya menjadi saya? Boleh tak awak bayangkan saya membaca “Baby, I miss you” di Facebook suami?

Boleh tak awak bayang saya baca mesej awak yang berbunyi “Saya sayang anak abang”?

Saya yang berada di sampingnya ketika itu, yang menjaga anak-anaknya sementara awak dengan senang lenang menyatakan “Saya sayang anak abang”!

Boleh tak awak bayangkan saya meminta suami dengan bersungguh-sungguh supaya melepaskan awak, berusaha mengingatkannya soal anak-anak?

Boleh tak awak bayangkan anak-anaknya yang keliru kerana tiba-tiba ibu tirinya menghilang, dan tiba-tiba ada wanita baru yang diperkenalkan kepada mereka?

Inilah hasil dari kecurangan awak bersama suami saya. Ini keluarga yang hancur kerana pilihan awak. Puas?

Iya, awak sudah memohon maaf dari saya, tapi adakah awak tidak memikirkannya di saat awak curang? Apa gunanya lagi? Tidakkah awak berasa malu?

Janganlah beralasan yang awak masih muda, yang awak ditipu oleh suami saya dan sebagainya.

Sebagai seorang penulis, penulisan saya boleh dibaca oleh orang ramai, jadi takkanlah awak tidak boleh mengambil tahu atau ‘stalk’ saya di blog?

Kalaulah awak tak dapat nak tahu siapa saya sekalipun, takkanlah awak tidak boleh berfikir dari sudut pandangan seorang perempuan?

Bagaimana rasanya jika perkara yang sama terjadi pada awak?

Dan ini adalah sesuatu yang awak akan tanggung seumur hidup: dikenali sebagai perosak rumah tangga orang, perempuan murahan.

Orang-orang yang tahu cerita sebenar pasti akan memandang rendah pada awak, dan ini termasuklah keluarga dan rakan-rakannya.

Juga orang yang membaca blog saya kerana saya sering menulis tentang perceraian saya di blog sebagai satu bentuk terapi diri.

Dan awak perlu tahu, dalam hal ini, siapa yang benar itu tidak penting, tapi siapa yang membuat skandal itulah yang orang akan beri perhatian.

Walaupun awak menyatakan awak curang atas nama cinta, ia masih lagi curang. Dan mulut orang akan bercakap.

Buat para wanita yang sudah terlanjur dan berlaku curang, ingatlah tulisan ini. Buat wanita yang sedang berkira-kira untuk berpasangan dengan suami orang, bawa-bawalah berfikir lagi!

Adakah dengan menghancurkan perasaan wanita lain (dan sebuah keluarga) itu berbaloi demi harga sekeping cinta yang anda idamkan?

Adakah rasa malu dan kehinaan yang orang lain pandang pada anda senilai cinta yang anda inginkan?

Kalau benar cinta itu tak kemana, mengapa tidak anda menunggunya sehingga dia benar-benar bujang (kalaulah itu terjadi hasil cerai atau putus dengan pasangannya)?

Akan ada orang-orang yang hanya membaca berita ini sebagai skandal sensasi, tapi akan ada, dan ini target saya sebenarnya, orang yang membaca surat ini dan boleh memahami mengapa berlaku curang itu salah.

Orang sebegini akan meninggikan harga diri mereka dan berkata ‘TIDAK’ pada tawaran untuk berpacaran dengan suami orang, dan akan mengingatkan anak-anak mereka untuk tidak curang, terutamanya anak gadis.

Kenapa? Kerana kitalah perempuan yang akan paling dilihat jelik ketika saat kita berlaku curang dengan suami wanita lain!

Berbalik kepada awak, wahai perempuan simpanan suamiku, selamat dan semoga hidup awak bahagia.

Terlepas sudah semua kepahitan saya, saya membuang seorang suami yang tidak setia dan hidup membujang dengan ceria!

Tabah dan terus berusaha demi masa depan

ary surat untuk wanita simpanan suami

Keluarga bahagia mereka sebelum kehadiran insan ketiga – wanita simpan suaminya

Selain menulis, Ary turut mengubati kepedihan hatinya dengan berbagai kegiatan positif yang dapat menghibur hatinya.

Dia beruntung kerana tempat dia mana dia tinggal sekarang, Los Angeles, mempunyai berbagai pilihan hiburan yang mengisi masanya.

Kini, Ary aktif mengikuti kumpulan dan persatuan yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.

Dia berharap, para wanita di luar sana dapat mengambil pelajaran berharga dari kisah hidupnya. Dia masih akan menulis untuk berkongsi kisah dan menguatkan sesama wanita.

Semoga suatu hari, kita, para wanita, boleh saling menguatkan. Bukan menyakiti, apalagi menjatuhkan.

Sumber: The Asian Parent Indonesia dan Blog Kucing Hitam Jalan-Jalan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

“Sebelum Pasang Niat Nak Curang, Ingat Janji Anda Masa Akad Nikah Dulu!”

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

app info
get app banner