Surat terbuka buat suamiku, si perokok

lead image

Surat terbuka buat perokok di luar sana, tulisan khusus jujur dari hati seorang yang bergelar ibu, mungkin juga bagi pihak mereka yang merasakan perkara yang sama.

 

Imej dari shutterstock

Imej dari shutterstock

Wahai suamiku si perokok…

Saya tahu, anda merasakan anda layak merokok di mana sahaja kerana itu hak anda. Namun sedarkah anda yang anda memaksa kami merokok bersama anda? Tahukah anda tentang perokok pasif? Biar saya terangkan sedikit apa itu perokok pasif… Kami yang terpaksa menghidu asap rokok yang anda hembus. Ya, itulah perokok pasif.

Imej dari budakmedik

Lindungi anak kecil (Imej dari budakmedik)

Wahai suamiku si perokok…

Tahukah anda, kami, ibu bapa terpaksa berhati-hati memilih tempat makan, tempat berjalan malah tempat beriadah kerana ingin mengelak dari anda-anda semua. Kebebasan anda merokok menyekat kebebasan kami untuk menghirup udara bebas rokok. Kenapa mesti kami yang perlu beralah dengan anda semua? Maaf, tapi ini sangat tidak adil.

Wahai suamiku si perokok…

Anda bertanya, mengapa perlu kami mengelak dari anda? Tahukah anda kesan buruk asap rokok yang anda hembus kepada kami? Terutamanya anak-anak kecil kami. Adilkah mereka yang kecil tidak bersalah dicemari dengan asap rokok anda? Sejak dari kecil asyik berulang ke klinik dan hospital kerana kamu! Asma, infeksi paru-paru, kematian secara mengejut (SIDS) ini semua bukanlah perkara yang main-main.

Kesan asap rokok anda kepada kami (imej dari BBC)

Kesan asap rokok anda kepada kami (imej dari BBC)

Wahai suamiku si perokok…

Anda menyuruh kami pergi ke tempat lain. Tapi sedarkah anda yang bau anda ada di merata-rata tempat. Tempat riadah seperti Taman Burung, taman permainan, taman rekreasi, penuh dengan kaum anda merokok. Di dalam pusat beli belah, anda masih mengambil kesempatan merokok di dalam tandas, laluan tangga malah di tempat letak kereta.

Di kedai-kedai makan, saya bersama anak di sebelah, belakang dan depan, namun kamu masih tergamak merokok berhampiran kami sehingga kami yang terpaksa beralih tempat. Bukankah sepatutnya anda yang patut berlalu pergi dari kami?

Malah di dalam kereta, di ruangan rumah, anda masih setia dengan rokok anda tanpa menghiraukan ketidak selesaan kami. Bertapa anda sangat mementingkan diri.

Imej dari prezi

Asap rokok boleh membunuh (Imej dari prezi)

Wahai suamiku si perokok…

Tahukah anda, sisa bau asap rokok di baju anda juga bahaya untuk anak saya? Jika anda adalah seorang perokok dan selalu merokok, tolong jauhi anak saya. Jangan peluk atau dekati anak saya. Anda mungkin tidak tahu, namun sisa bau asap rokok di baju anda boleh mengundang bahaya kepada anak kecil.

Wahai perokok…

Anda rasa anda bijak berbicara tentang pelbagai jenis rokok, pelbagai cara merokok… Gunakan kebijaksaan anda mencari ilmu tentang kesan rokok kepada kami, terutamanya anak kecil. Berhentilah mementingkan diri. Fikirkan orang lain juga.

Saya ingin udara yang bersih tanpa dicemari asap rokok untuk anak saya. Saya ingin anak saya berhenti sakit kerana asap rokok. Saya ingin anak saya bebas berlari dan bermain di taman permainan tanpa anda mencemarkan kawasan ini dengan asap rokok serta puntung rokok.

Sekian, kiriman surat terbuka buat suaminya si perokok dari seorang ibu tanpa nama yang inginkan yang terbaik untuk anaknya.