5 sebab jadi suri rumah LAGI SUSAH DAN MEMENATKAN dari keluar bekerja

lead image

Kajian mendedahkan yang ramai ibu bapa mengatakan bahawa menjadi suri rumah dan menjaga anak sepenuh masa lebih susah dari pergi bekerja. Kenapa?

Ramai yang menganggap jadi suri rumah ini mudah. Mana taknya, tak payah nak bersusah-payah pergi kerja, “hanya duduk rumah jaga anak saja”.

Tapi jangan silap! Kajian mendedahkan yang duduk rumah jaga anak sepenuh masa lagi susah dari pergi kerja mencari rezeki. 

Kajian: Menjadi suri rumah lagi susah dari menjadi wanita bekerjaya

suri rumah, surirumah, jaga anak sepenuh masa, tak bekerja, jaga anak, cara jaga anak, penat jadi ibu bapa,

Kajian yang dilakukan oleh AVEENO Baby ini memberikan keputusan yang sangat luas – termasuk bagaimana media sosial menjadi salah satu dari punca tekanan.

Tinjauan yang dilakukan oleh AVEENO Baby mendapati 31% ibu bapa baru bersetuju yang menjaga anak di rumah sepenuh masa lebih susah, dengan 55% mengakui yang mempunyai anak merupakan ‘kerja keras’, walaupun mempunyai sokongan yang kuat.

20% mendapati yang menjaga anak sepenuh masa merupakan tugas yang sangat sukar.

Walau bagaimanapun, suku dari ibu bapa ini tak bersetuju dan mengatakan bahawa menjaga anak adalah tugas yang sangat mudah.

71% dari mereka juga mengatakan yang impak sosial media dalam dunia moden sekarang membuatkan mereka tertekan untuk bersaing menjadi ibu bapa yang baik.

5 sebab kenapa jadi suri rumah adalah kerja yang paling susah

1. Tak dapat dijangka

suri rumah, surirumah, jaga anak sepenuh masa, tak bekerja, jaga anak, cara jaga anak, penat jadi ibu bapa,

Tak seperti kerja di pejabat di mana situasi setiap hari adalah lebih kurang sama, jadi ibu yang menjaga anak sepenuh masa di rumah, kita sering terperangkap dalam situasi yang tak dapat dijangka.

Anak demam, cranky, tak nak tidur dan macam-macam lagi yang menyebabkan kita tak boleh buat kerja rumah yang kita rancang pada hari sebelumnya.

Ramai yang menggambarkan jadi seorang suri rumah buat kita mudah untuk memastikan rumah sentiasa bersih dan dapat menyiapkan makan malam yang berkhasiat untuk keluarga.

Tapi realitinya, ia adalah sangat normal apabila kadang-kadang kita tak sempat nak membersihkan rumah dan terpaksa makan luar kerana tak sempat memasak.

2. Tak ada penilaian prestasi

Kalau di pejabat, kita akan tahu yang kita melakukan kerja yang bagus melalui penilaian prestasi. Tapi bila kita menjaga anak di rumah, kita tak tahu cara kita mendidik anak itu betul atau tak dan bila anak tak berjaya kita pula yang akan disalahkan nanti.

Jadi, apa yang boleh kita lakukan adalah dengan  membantu mereka membuat kerja rumah, sentiasa ada di sisi mereka dan mengharapkan satu hari nanti mereka akan menghargai apa yang kita buat.

3. Kerja tanpa henti

Menjadi suri rumah bermakna anda perlu bekerja 24 jam tanpa henti. Kita sentiasa diperlukan dan kalau dapat masa bersendiri untuk ke tandas pun dah rasa sangat bersyukur.

Tapi, kalau nak dilihat dari sudut positifnya, kita sentiasa ada masa utntuk menghadiri semua aktiviti anak tanpa perlu meminta cuti atau berkejar ke pejabat semula.

4. Mencabar tapi tak merangsang minda

Menjaga anak sepenuh masa sudah tentunya satu kerja yang mencabar, kita cuba untuk tak hilang akal apabila mendengar nama kita dipanggil berulang kali.

Selain menjalankan tanggungjawab sebagai ibu, kita juga perlu, memasak, menjadi cikgu, membersihkan rumah dan macam-macam lagi ini membuatkan kita fleksibel dan setiap hari pasti akan ada cabaran baru yang akan kita perlu lalui.

Tapi kadang-kadang mesti kita rindu untuk memikirkan tentang perkara lain yang lebih mencabar minda dan berbual dengan orang dewasa yang lain dan tak bercakap soal anak.

5. Tak ada gaji

suri rumah, surirumah, jaga anak sepenuh masa, tak bekerja, jaga anak, cara jaga anak, penat jadi ibu bapa,

Oleh kerana kita dah biasa mendapat gaji pada setiap hujung bulan, apabila kita menjadi suri rumah sepenuh masa tanpa mendapat gaji hasil dari titik peluh sendiri sudah tentu lain rasanya.

Walaupun suami mampu untuk menyara dan membelikan apa yang kita mahu, tapi kepuasan mempunyai duit sendiri dan membelanjakan duit sendiri tanpa perlu meminta atau fikir dua kali memang berbeza.

Walau bagaimanapun, suri rumah atau wanita bekerjaya mempunyai cabaran dan kelebihan masing-masing. Ia memang tak dapat dinafikan.

Anda rasa bagaimana? Susah tak jadi suri rumah? Jom kongsi pendapat anda di ruangan komen.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: OK!, Society Letters 

Baca juga

5 langkah mengajak suami bantu isteri dengan kerja rumah dan jaga anak