11 sebab kenapa susu badan anda kurang - apa anda patut buat seterusnya?

lead image

Susu badan kurang boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya seperti 11 perkara ini. Adakah ibu menyusu mengalaminya?

Ada banyak sebab kenapa susu badan kurang. Antara sebab-sebab yang paling umum ialah kerana anda beri susu formula pada anak, pemakanan ibu menyusu tak sihat, tak cukup tisu kelenjar dan masalah kesihatan.

Tapi ibu-ibu menyusu jangan risau jika susu badan kurang. Dengan sokongan dan info yang tepat, anda masih boleh menambah susu badan! 

Dalam sesetengah kes, ibu mungkin perlu bantuan pakar untuk meningkatkan penghasilan susu. Ada juga ibu yang perlu laktasi semula setelah beberapa lama.

Hari ini, kami akan dedahkan apa 11 sebab kenapa susu badan kurang dan bagaimana anda boleh mengatasi masalah ini. Jom kita semak!

Susu badan kurang: Kenapa susu anda tak cukup untuk bayi?

Susu badan kurang mungkin disebabkan oleh beberapa benda yang anda buat. Contohnya anda mungkin tidak menyusu dengan betul atau bayi sendiri tidak menyusu dengan tepat.

Jika anda mengalami masalah kesihatan atau memberi susu formula pada bayi, itu juga boleh menyebabkan susu badan kurang.

Ini antara 11 sebab kenapa susu badan kurang:

#1 Susu lambat keluar

susu badan kurang, cara perbanyakkan susu badan, cara perbanyakkan susu badan, susu ibu kurang,

Bagi sesetengah ibu baru, susu badan mereka lambat keluar — biasanya sampai 3 hari! Ia dipanggil sebagai delayed lactation.

Namun, walaupun susu lambat keluar, ia tak bermaksud susu badan anda kurang. Jika anda stres sebab susu lambat keluar, akan semakin sedikit susu anda!

Dapatkan nasihat, sokongan dan tunjuk ajar dari pakar laktasi. Makan juga makanan yang boleh menambah susu badan.

#2 Ibu beri susu formula

Jika anda memberi susu formula pada anak, peluang untuk susu ibu kurang makin meningkat. Ini kerana setiap kali anda beri susu formula, payudara akan mengurangkan penghasilan susu badan.

Dalam sesetengah kes, memang perlu untuk bagi bayi anda susu formula tambahan. Contohnya seperti bayi kena demam kuning, berat badan turun atau bayi pramatang. 

Kalau anda tergolong dalam kes ini, apa kata cuba perah atau pam susu untuk meningkatkan susu badan anda.

#3 Bayi tak menyusu dengan betul

susu badan kurang, cara perbanyakkan susu badan, cara perbanyakkan susu badan, susu ibu kurang,

Kadang-kadang, bayi nampak saja seperti menyusu, tapi sebenarnya tak! Mereka mungkin tertidur. 

Cara paling terbaik untuk memeriksa mereka ialah dengan mendengar bunyi hisapan. Malah, lihat pergerakan rahangnya. Adakah dia betul-betul menyusu? Lihat najis dan berat badannya.

Sesetengah bayi tidak menyusu dengan betul kerana sakit, ada perubahan rasa dalam susu ibu atau kerana tongue tie. Jadi, penting untuk ibu periksa!

#4 Bayi tak melekap dengan betul

Pastikan anda telah mencuba posisi menyusu yang membantu bayi untuk melekap pada puting payudara dengan betul.

Kebanyakan ibu selalu menyusu dalam posisi yang salah. Ini menyebabkan bayi tertidur atau tidak menghisap dengan tepat.

Antara posisi menyusu yang anda boleh cuba ialah cradle hold, rugby hold, cross cradle dan sleep hatch.

#5 Anatomi payudara yang luar biasa

Anatomi payudara anda juga mungkin sebab mengapa susu badan kurang. Cuba check, adakah anda ada puting leper, terkeluar, panjang, besar atau dalam bentuk yang aneh? 

Puting payudara ibu memainkan peranan penting dalam penyusuan. Apa yang anda boleh buat ialah dengan mengepam susu.

#6 Tisu kelenjar yang tak mencukupi

susu badan kurang, cara perbanyakkan susu badan, cara perbanyakkan susu badan, susu ibu kurang,

Salah satu sebab mengapa susu badan kurang ialah kerana tisu kelenjar yang tak mencukupi. Ia mungkin terjadi selepas anda telah mencuba pelbagai kaedah menyusu. 

Tisu kelenjar tidak mencukupi sering dikenali sebagai hypoplastic breast atau failed lactogenesis. Ia disebabkan oleh payudara yang kecil atau yang mengecil.

#7 Gangguan hormon

Sebarang gangguan hormon mampu menyebabkan susu badan kurang. Malah, rawatan kesuburan juga boleh menyebabkan penurunan kadar susu ibu. 

Antara gangguan hormon yang boleh menyebabkan masalah susu badan ialah:

  1. Sindrom polycystic ovary (PCOS)
  2. Gangguan fasa luteal
  3. Masalah tiroid
  4. Kencing manis
  5. Berat badan berlebihan

#8 Ibu ambil ubat yang berbahaya

Sesetengah ubat, vitamin atau mineral juga boleh menjejaskan penghasilan susu badan anda.

Konstrateptif atau alat yang dimasukkan dalam badan mampu melemahkan penghasilan susu.

#9 Faktor-faktor yang lain

Ada juga beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan susu badan kurang. Antaranya seperti ibu berusia lewat 30-an atau 40-an, minum banyak alkohol, merokok, menghisap ganja dan memiliki sindrom meroyan.

Malah, sokongan dari keluarga dan juga pasangan pun amat penting. Jika anda tidak mendapat sokongan, anda mungkin akan lebih cepat berputus asa.

Apa saya patut buat jika susu badan kurang?

susu badan kurang, cara perbanyakkan susu badan, cara perbanyakkan susu badan, susu ibu kurang,

Anda perlu ingat benda ini: Penghasilan susu badan berdasarkan demand dan supplyJika bayi meminta susu badan, badan anda akan menghasilkan susu untuk memuaskan keperluan bayi.

Tapi kadang-kadang, badan anda juga memerlukan sedikit push untuk menghasilkan susu yang mencukupi. Apa yang anda boleh buat ialah:

#1 Cari milk boosters

Milk booster atau penggalak susu boleh menggalakkan penghasilan susu secara semula jadi. Antara milk booster semula jadi yang anda boleh guna:

  • Biji Fenugreek (selalu dalam teh)
  • Serbuk kunyit dan daun turi
  • Herba China seperti Dang Gui dan kurma
  • Betik hijau dan sup ikan
  • Kacang seperti badam, walnut dan buah ara kering
  • Minum banyak air sepanjang hari

#2 Pam susu dari payudara

Anda juga boleh mengepam susu dari payudara. Cuba power pumping untuk menggalakkan penghasilan susu badan yang lebih banyak.

Kami di theAsianparent mengharapkan agar informasi berguna ini mampu membantu anda mengatasi masalah susu badan kurang.

Semoga anda berjaya menyusukan anak sehingga mereka bersedia untuk makan makanan pejal!

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis asal: Deepshikha; Artikel ini mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

9 petua banyakkan susu badan selepas bersalin, barulah susu ibu lancar!