Nak Cuba Resipi Aiskrim Dari Susu Ibu Untuk Kanak-Kanak Sihat Ini?

lead image

Susu badan anda itu ada pelbagai kegunaan. Antaranya ia boleh dibuat aiskrim lazat lagi enak yang pasti anak-anak anda akan suka!

Boleh ke buat ais krim dari susu badan?

Beberapa tahun lalu, sebuah kedai aiskrim di London telah melancarkan satu aiskrim kontroversi yang bernama “Baby Gaga”. 

Kenapa pula aiskrim ini telah menimbulkan kontroversi? Ha…. ia kerana aiskrim ini dibuat dari susu badan! Pada mulanya, aiskrim mereka dibuat menggunakan susu badan sumbangan seorang ibu sahaja, tetapi sekarang kedai itu telah menerima sumbangan susu badan dari beberapa ibu menyusu. 

Aiskrim itu telah diuji mengikut taraf kelulusan hospital dan kemudian diperisakan dengan vanilla dan kulit lemon.

Nak Cuba Resipi Aiskrim Dari Susu Ibu Untuk Kanak-Kanak Sihat Ini?

Aiskrim dari susu badan

Aiskrim Baby Gaga sangat lemak, sedap dan berkrim! Belum ada orang yang berani melakukan aiskrim yang luar biasa seperti ini,” kata pemilik kedai aiskrim itu Matt O’Connor, memberitahu The Daily Mail.

Kami telah berjaya menggabungkan aiskrim biasa dengan susu badan dan memberi pelanggan kami sesuatu yang luar dari biasa.

Kami mahu meluaskan perspektif orang ramai tentang aiskrim dan aiskrim susu badan ini hanya satu daripada beberapa perisa dan jenis aiskrim baru yang kami jual.

Tidak lama selepas ais krim Bayi Gaga dilancarkan, khabar berita mengatakan ia telah dirampas oleh Majlis Westminster kerana bimbang tentang penyebaran penyakit dan keselamatan orang ramai.

Tetapi ini tidak bermakna ibu-ibu tidak boleh mencuba resipi ini di rumah masing-masing untuk anak tersayang. Jangan buang bekalan susu ibu yang lama. Kalau susu itu masih baik lagi, cubalah resipi ini!

Sebenarnya, anda boleh menggantikan susu badan dalam semua resipi yang memerlukan susu. Tetapi untuk membuat aiskrim susu badan dalam kuantiti yang banyak, jumlah susu yang dipam dari seorang ibu mungkin tidak akan mencukupi.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat aiskrim dari susu badan:

Nak Cuba Resipi Aiskrim Dari Susu Ibu Untuk Kanak-Kanak Sihat Ini?

Sumber gambar: Joyosity | Flickr

  • ½ cawan susu ibu
  • ½ sudu vanila
  • 1 sudu gula
  • 4 cawan ais dihancurkan
  • 4 sudu garam
  • 1 tin milo kosong saiz kecil
  • 1 tin milo kosong saiz besar
  • sarung tangan (untuk melindungi tangan anda)

Cara untuk buat aiskrim susu badan

Campurkan susu ibu, vanila, dan gula ke dalam tin milo bersaiz kecil yang bersih dan campur  hingga sebati.

Tudung dengan penutup dan letakkan tin kecil itu ke dalam tin lebih besar yang diisi dengan ais yang telah dihancurkan. Taburkan garam ke atas ais itu.

Sekarang, gunakan sarung tangan atau tuala tangan anda untuk melindungi tangan anda dan golekkan tin itu ke depan dan belakang sehingga aiskrim itu set. Masa yang diperlukan bergantung kepada jumlah campuran di dalam tin itu.

Tips penting

  1. Fungsi garam ialah untuk menurunkan titik pembekuan air. Air membeku pada suhu 0° C. Air dengan 10% garam akan membeku pada -6° C.
  2. Anda juga boleh menggunakan beg beku ziplock plastik, caranya sama sahaja. Anda cuma perlu pastikan beg beku plastik yang digunakan tidak bocor. Layari sini untuk melihat video cara membuatnya.
  3. Ianya hanya mengambil masa 8 minit untuk menyediakan satu hidangan aiskrim.

Cubalah resipi ini dan kongsi pengalaman anda di bahagian komen!

 

Sumber: Wonder How To

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ibu Ini Berkongsi Resipi Mi Susu Ibu Buatan Tangan Yang Sungguh Lazat!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner