6 Jenis Susu Fernleaf Yang Terbaik Untuk Seisi Keluarga, Anda Minum Susu Ini Tak?

undefined

Susu Fernelaf merupakan susu yang paling terbaik dan sangat sesuai bagi kanak-kanak serta seisi keluarga!

Lambakan susu formula di pasaran memang sangat banyak. Namun pilihan utama yang sesuai buat seisi keluarga tentunya susu Fernleaf.

Dengan minum susu ini, ia dapat mengembalikan tabiat yang baik dalam rumah sekaligus menjaga kesihatan badan dengan lebih sempurna.

Susu Fernleaf diperbuat dari New Zealand yang dihasilkan dari lembu sihat yang makan rumput segar di padang New Zealand sepanjang tahun. Di samping itu, Syarikat Fonterra juga mempunyai piawaian keselamatan makanan yang berkualiti tinggi bagi menghasilkan susu Fernleaf full cream ini.

Bagi membantu anda, di sini kami senaraikan jenis-jenis susu Fernleaf yang sesuai untuk anak dan seisi keluarga.

6 Jenis Susu Fernleaf Yang Terbaik Untuk Anda Sekeluarga

#1. Susu formula UHT Fernleaf 

susu fernleaf full cream

Susu ini mendapat Ultra High Temperature (UHT) bagi mematikan risiko pencemaran dari bakteria berbahaya sekaligus seisi keluarga dapat khasiat daripadanya seperti Protein, Kalsium, Vitamin A, B, C dan D.

Susu formula UHT Fernleaf ini didatangkan dengan tiga pek berbeza iaitu susu penuh krim, coklat dan rendah lemak.

#2. Susu Fernleaf untuk 1 hingga 3 tahun (RM 27.50)

Susu ini dirumus khusus untuk kanak-kanak yang dihasilkan dari dua formulasi berbeza iaitu bagi kanak-kanak yang berumur 1 hingga 3 tahun dan 4 hingga 6 tahun.

Kandungan nutrisi di dalamnya seperti DHA, Vitamin A dan Vitamin C.

#3. Susu Fernleaf Calcium (RM 24.16) 

susu fernleaf

Semestinya anak yang sedang membesar dan aktif memerlukan diet yang mempunyai tinggi kalsium supaya mereka kekal aktif, sihat, cergas dan tinggi.

Fernleaf Calciyum ini didatangkan dengan perisa enak seperti vanila dan coklat yang tentunya memberikan kelazatan pada anak.

Apatah lagi, susu ini mengandungi Phocuslipids dan kaya dengan mineral seperti kalsium dan zink.

Anda boleh berikan susu ini pada anak semasa waktu sarapan pagi setiap hari.

#4. Fernleaf full cream (RM 29.89 ke RM 152)

Susu ini mengandungi Vitamin A, B2 dan B12 yang sesuai dinikmati oleh seluruh ahli keluarga. Selain itu, Fernleaf full cream ini sesuai bagi remaja dan ke atas.

Apa yang paling disukai adalah susu ini tiada gula tambahan dan hanya perisa asli.

#5. Fernleaf family (RM 26.50 ke RM 51.55)

Kebaikan susu ini adalah terdapat khasiat penting di dalamnya iaitu Vitamin A, C, D B1, B2, B3 dan B12.

Dengan minum susu ini maka satu keluarga dapat menyediakan nutrien yang penting kepada tubuh yang lebih sihat.

#6. Fernleaf instant 

susu fernleaf penuh krim

Susu jenis ini mempunyai lebih kurang 32 peratus kurang lemak berbanding susu penuh krim.

Apa yang best tentang Fernleaf instant ini adalah ia tidak mempunyai gula tambahan yang tidak baik untuk kesihatan badan. Selain turut mempunyai vitamin dan mineral yang penting untuk membantu keluarga lebih aktif dan ceria.

Kelebihan minum susu formula Fernleaf

– Harga susu yang mampu milik bagi semua lapisan masyarakat.
– Mudah didapati pada semua kedai runcit, pasaraya mini, pasaraya besar dan lain-lain.
– Boleh didapati dalam pelbagai pek kecil atau besar.
– Satu keluarga boleh minum susu Fernleaf bermula dari anak berusia setahun sampai umur orang tua.

Cara membancuh susu ini

1. Baca label bagi menentukan sukatan air dan susu yang tepat.
2. Tuang air panas ke dalam cawan separuh kemudian tambah air sejuk supaya air menjadi suam.
3. Masukkan sukatan susu yang diperlukan.
4. Kacau sebati dan sedia untuk diminum.

Walau bagaimanapun, pastikan susu yang diberikan pada anak adalah sesuai mengikut masalah kesihatan yang dihadapi supaya dapat menghindari gejala yang tidak baik.

Sekiranya terdapat masalah tertentu, bincang dengan doktor dalam kadar segera supaya anda tahu jenis susu yang sesuai dengan kesihatan anak.

Jika anda merupakan pengguna susu formula Fernleaf ini kongsikan pengalaman anda di ruangan komen bawah.

Semoga bermanfaat!

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Ibu Syurga

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comsusu-formula-terbaik

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!