Susu Formula Kanak-Kanak: Semua Persoalan Terjawab!

lead image

Ibu ayah, adakah anda sedang mencari susu formula kanak-kanak yang sesuai buat si kecil? Mari ikuti pendapat pakar tentang hal menyediakan susu penuh khasiat buat anak anda.

Sebagai ibu ayah, kita selalu tercari-cari produk bayi yang terbaik untuk anak-anak kita, terutamanya apabila ia melibatkan keperluan nutrisi dan perkembangan mereka.

Apabila anak anda sudah mencapai usia yang sesuai untuk mengambil susu formula, antara persoalan yang mula bermain di fikiran adalah – jenis susu apakah yang anda perlu berikan pada anak kecil anda?

Image result for formula milk for kid

Kami ada menemubual Dr. Tan Zhen Han, pakar pediatrik dari Klinik SBCC Bayi dan Kanak-Kanak dari Bukit Panjang Plaza, Singapura.

Kami ingin memahami dengan lebih mendalam tentang pengambilan susu dan keperluan nutrisi anak kecil.

Mari tonton video di bawah untuk mengetahui antara faktor yang perlu anda pertimbangkan ketika memilih susu formula.

4 Perkara Penting Yang Ibu Bapa Perlu Tahu Tentang Susu Yang Anak Anda Minum

1. Susu Formula Vs. Susu Segar

Menurut Dr. Tan, ibu bapa boleh memberi anak mereka yang berusia 1 tahun susu lembu atau susu formula bayi, di samping makanan pejal. Ia membantu membekalkan tenaga buat bayi anda.

Kanak-kanak yang sedang membesar di bawah usia 2 tahun memerlukan khasiat lemak yang sihat, di mana ia penting untuk pembesarannya secara keseluruhan.

Jadi, mulakan pemberian susu penuh lemak kepada anak anda yang berumur 1 tahun jika dia:

  • mempunyai berat yang sihat
  • tiada sejarah obesiti, kolesterol tinggi atau lemah jantung dalam keluarga

Susu rendah lemak pula disarankan pada kanak-kanak:

  • yang ada berat badan berlebihan atau mempunyai risiko untuk ada berat badan berlebihan
  • ada sejarah obesiti, tekanan darah tinggi atau lemah jantung dalam keluarga

Susu formula adalah pilihan yang baik dan seimbang untuk kanak-kanak yang:

  • cerewet dalam hal pemakanan
  • anak kecil yang masih mencuba makanan pejal

Ia dipenuhi dengan tenaga dan mempunyai vitamin, zat besi dan asid lemak penting yang menggalakkan perkembangan dan tumbesaran anak anda.

fakta susu formula kanak-kanak

Kredit: Babycenter.com

2. Apakah saranan julat pengambilan susu untuk kanak-kanak?

Oleh sebab susu merupakan sumber kalsium yang utama, Badan Promosi Kesihatan Singapura menyarankan pengambilan harian:

  • 750ml susu untuk kanak-kanak usia 1 hingga 3 tahun
  • 500ml susu untuk kanak-kanak usia 4 hingga 6 tahun

Tetapi, anda tidak digalakkan untuk menjadikan susu sebagai sumber makanan utama untuk kanak-kanak yang lebih besar.

Untuk memberikan anak anda nutrisi terbaik yang mereka perlukan, susu sepatutnya menjadi sampingan kepada diet seimbang yang meliputi bijirin, sayuran, buah-buahan dan protein.

Pengambilan susu secara berlebihan sepatutnya ditegah kerana ia akan menggantikan selera makan anak anda yang sepatutnya mengambil makanan penuh dan berkhasiat.

3. Kerisauan tentang pergerakan usus

Walaupun kanak-kanak yang mengambil susu formula sering ada najis yang keras, ia tidak bermakna mereka mengalami sembelit.

Faktor lain yang memainkan peranan adalah:

  • kekerapan pergerakan usus
  • kepekatan dan rupa fizikal najis

Disebabkan oleh bahannya, susu formula dengan tambahan prebiotik menggalakkan penghadaman yang sihat dan boleh membawa kepada najis yang lebih lembut dan meningkatkan kekerapan si kecil membuang air besar.

4. Pilihan susu formula

susu formula berasaskan lembu

Kredit: We-care.co.za

  • Susu formula berasaskan susu lembu atau kambing

Kebanyakkan susu formula bayi adalah berasaskan susu lembu, selalunya diperkaya untuk memberi nutrisi yang seimbang.

Ini menjadikannya mudah untuk dihadam dan memberikan manfaat khasiat yang tertentu.

Mineral seperti zat besi dan kalsium adalah antara khasiat yang penting untuk perkembangan dan tumbesaran bayi.

Susu formula berasaskan kambing juga ada di pasaran tetapi bayi yang mempunyai alahan pada susu lembu patut mengelak dari mengambilnya kerana ia mempunyai protein susu yang sama.

  • susu formula berasaskan soya

Susu berasaskan soya adalah bebas daripada protein dan laktosa susu lembu.

Doktor anda mungkin menyarankan susu jenis ini jika anda seorang vegan, atau anak anda alah pada susu berasaskan susu lembu.

  • Formula khas

Susu formula ini direka untuk kanak-kanak yang memerlukan keperluan formula yang khas, contohnya seperti bayi yang mempunyai berat kelahiran yang kurang.

susu formula berasaskan kambing

Kredit: Kabritausa.com

Friso Gold’s memperbaiki formula menggunakan proses LockNutri™

Adakah anda tahu yang pemanasan berlebihan akan merosakkan khasiat asli? Friso sentiasa berusaha untuk menyediakan nutrisi yang optimum kepada anak anda.

Dan, inilah sebabnya kenapa teknologi baru ini membolehkan protein susu dipelihara dalam bentuk semulajadinya dengan menggunakan pemanasan sederhana semasa proses penghasilan susu tersebut.

Ini bermakna, anak kecil anda akan lebih mampu menyerap semua kebaikan dalam setiap sedutan yang diambilnya.

Dengan ini, anak anda bukan sahaja sihat tetapi mempunyai tenaga, khasiat, dan kemampuan untuk menjalani hari-hari dengan sepenuhnya, bersedia untuk melalui cabaran dalam hidupnya!

Sumber: The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

5 Mitos Yang Anda Tidak Tahu Tentang Susu Untuk Anak Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Noor

app info
get app banner