7 Susu Formula Terbaik Di Pasaran Untuk Perkembangan Si Manja

lead image

Ibu keliru nak pilih susu formula terbaik untuk bayi? Jom semak 7 pilihan dan jenis susu formula yang disiarkan ini. Buatlah pilihan bijak, pilih susu yang benar-benar sesuai dengan bayi anda!

Ya, siapa yang tidak mahu menyusukan anak hingga dua tahun, tapi disebabkan masalah tertentu, terdapat sesetengah ibu terpaksa memilih susu formula. Untuk itu, hari ini, kami di theAsianparent Malaysia akan senaraikan susu formula terbaik untuk membantu anda! 

Hal ini kerana, nak beli susu formula perlu ada ilmu juga. Takut tersalah beli nanti membazir. Di bawah ini kami senaraikan susu formula terbaik yang popular di pasaran, dikongsikan oleh ibu tempatan, Ibu Syurga.

Jom kita semak!

Dalam banyak-banyak susu formula terbaik, mana satu jadi pilihan buat si manja? 

Susu formula terbaik #1. Susu formula Enfalac A+ 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/331870.jpg 7 Susu Formula Terbaik Di Pasaran Untuk Perkembangan Si Manja

Enfalac A+ langkah 1 kaya dengan DHA + ARA yang direka khas untuk bayi baru lahir hingga 12 bulan. DHA dan ARA ini menyumbang kepada perkembangan bayi supaya sihat, cergas dan aktif.

Selain itu, susu ini juga mengandungi kanji beras bagi membantu memekatkan susu supaya dapat mengurangkan risiko anak muntah. 

Enfalac A+ dirumus dengan gabungan campuran prebiotik seperti GOS dan PDX yang dipatenkan di Amerika, Eropah, Malaysia, Singapura dan Hong Kong. Namun begitu, hati-hati ketika membeli susu formula ini. Pastikan ia asli dan bukan tiruan. 

Susu formula terbaik #2. Susu formula Dumex Mamex

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/ShotType1 328x328.jpg 7 Susu Formula Terbaik Di Pasaran Untuk Perkembangan Si Manja

Susu ini dirumus khas untuk bayi baru lahir hingga 12 bulan dan mengandungi khasiat penting buat si manja. 

Jika umur anak enam bulan ke atas, selain beri susu ini, anda harus melengkapi pemakanan si kecil dengan makanan pejal seperti bijirin bayi, bubur, isi ikan, ayam dan buah-buahan. 

Namun begitu, dapatkan rujukan doktor terlebih dahulu untuk panduan pemakanan si kecil. 

Susu formula terbaik #3. Susu formula S26 SMA 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/S26 GOLD LUTEIN 900GR.jpg 7 Susu Formula Terbaik Di Pasaran Untuk Perkembangan Si Manja

Susu ini dirumus khas untuk bayi baru lahir sehingga 12 bulan supaya dapat meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan bayi. Ia diperkaya dengan kalsium, Lutein, A-Protein, AA&DHA dan 5 Nukleotida. 

Ramai juga ibu yang mengakui susu formula S26 bantu menaikkan berat badan bayi hingga mencapai berat ideal

Susu formula terbaik #4. Susu Friscolac 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/ShotType1 328x328 1.jpg 7 Susu Formula Terbaik Di Pasaran Untuk Perkembangan Si Manja

Susu ini dirumus khas untuk bayi yang ada masalah pencernaan seperti muntah, kembung perut dan sembelit.

Ia juga mengandungi formula seimbang dengan pelbagai nutrien penting seperti asid linoleik dan lima jenis nukleotida. 

Ini adalah susu formula terbaik untuk bayi sembelit yang ada di pasaran. 

Susu formula terbaik #5. Lactogen 1 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/b67cc980d14c0c7b57ae0b7af876392e.jpg 7 Susu Formula Terbaik Di Pasaran Untuk Perkembangan Si Manja

Susu Lactogen dikeluarkan oleh Nestle dan harganya lebih murah berbanding susu jenama lain. Menurut perkongsian dari laman Mumcuddle.com, susu ini mudah dicerna oleh bayi.

Namun, susu Lactogen tiada kandungan probiotik dan ia mungkin boleh membuatkan bayi kembung perut. Akan tetapi, jika tiada masalah yang timbul, anda boleh terus memberinya pada si manja. 

Susu formula terbaik #6. Anmum Infacare langkah 1

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/Anmum Infacare step 1.jpg 7 Susu Formula Terbaik Di Pasaran Untuk Perkembangan Si Manja

Susu ini merupakan pilihan ramai ibu dan ketika hamil, ibu juga disarankan ambil susu Anmum Materna yang bantu meningkatkan kandungan kalsium dalam tubuh. 

Selepas dilahirkan, anda boleh sambung dengan Anmum Infacare pada bayi dan jika menyusu badan boleh minum Anmum Lacta. 

Susu formula terbaik #7. Nan Pro langkah 1 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/11/45 2.jpg 7 Susu Formula Terbaik Di Pasaran Untuk Perkembangan Si Manja

Direkomenkan untuk bayi baru lahir hingga setahun, ia mengandungi bifidobacterium lactis yang bantu meningkatkan mikrolora usus yang bermanfaat dan mengurangkan cirit birit.

Ditambah bersama asid lemak tepu yang berpanjangan seperti Asid Docosahexanoic (DHA) dan Arachidonic Acid (ARA). 

Sebab-sebab tukar susu formula anak 

Ada masanya, kita terpaksa menukar susu formula anak jika mereka mengalami keadaan berikut:

Namun, tak semestinya masalah ini akan hilang jika anda tukar susu dan ia mungkin boleh jadi bertambah teruk. Apapun, dapatkan rawatan doktor terlebih dahulu

Bagaimana ingin jaga daya tahan susu formula?

  • Ikut panduan di belakang bungkusan susu formula.
  • Sila lihat expiry date pada tin atau bungkusan susu.
  • Elakkan membeli bungkusan yang sudah terkoyak. 

Sebaiknya, lakukan perancangan penyusuan susu ibu seawal mungkin seperti belajar tentang teknik penyusuan susu badan, sediakan pam susu badan, botol simpanan susu dan milk booster.

Tapi merancang saja tak cukup jika keadaan tidak mengizinkan untuk anda menyusu anak dengan susu badan. Jadi formula yang sesuai ini diharap membantu kalian. 

Semoga info ini bermanfaat. 

*Senarai ini diambil dari laman Ibu Syurga. Ibu bapa dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor pakar, pakar kanak-kanak mahupun pakar laktasi sebelum mencuba sebarang susu formula pada bayi.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Deodom

Sumber: Ibu Syurga

Baca juga:

6 tips berguna bagi memilih susu formula terbaik untuk si kecil anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!