(Panduan bergambar) Cara simpan susu ibu untuk elak bau pelik

lead image

Adakah susu yang anda simpan untuk anak anda berbau pelik bila anda hendak beri pada mereka? Ikuti cara simpan susu untuk elak susu ibu bau pelik ini.

Susu ibu adalah hadiah terbaik yang kita boleh berikan untuk kesihatan si kecil. Tapi tak semua ibu boleh susukan anak mereka secara langsung kerana tuntutan kerja atau sebab-sebab yang lain.

Beberapa ibu yang menyimpan susu mereka di dalam freezer mendapati yang mereka menyahbekukan susu tersebut, ia membuatkan susu ibu bau pelik seperti bau hanyir. 

Apa yang patut ibu-ibu buat?

Ada penyelesaian untuk masalah ini. Caranya adalah untuk memanaskan susu anda sebelum anda menyimpannya dalam freezer.

Tapi apa proses ini dan bagaimana untuk panaskan susu dengan betul?

Seorang ibu di Singapore, Rachel Lim, telah bersetuju untuk berkongsikan cara-cara bagaimana untuk panaskan susu ibu beserta gambar.

Tapi sebelum itu, anda perlu tahu apa yang menyebabkan susu ibu bau pelik.

Kenapa kadang-kadang susu ibu bau pelik?

src=https://media.front.xoedge.com/images/6fdf8b97 93b7 46cd 856b 718c8d2f4f8d~rs 1080.h (Panduan bergambar) Cara simpan susu ibu untuk elak bau pelik

Menurut Kellymom.com, teori di sebalik sebab mengapa susu ibu bau pelik adalah kerana enzim lipase yang terdapat dalam susu mereka.

Lipase ini mula memecahkan lemak pada susu selepas susu dikeluarkan, dan ini akan menukar komposisi yang menyebabkan susu ibu bau pelik atau rasa lain selepas dinyahbekukan.

Anda juga perlu tahu yang enzim lipase dalam susu ibu ini tidak bahaya dan ada fungsinya. Fungsi enzim lipase adalah:

  • Membantu mengekalkan lemak susu yang bercampur-campur (beremulsi) dengan “whey” bahagian susu.
  • Menyimpan globules lemak kecil supaya susu mudah dihadam.
  • Membantu memecahkan lemak dalam susu. Ini bermakna, nutrien larut lemak (seperti vitamin A&D dan asid lemak bebas yang membantu melindungi bayi dari penyakit) mudah dihadam oleh bayi.
  • Lipase utama dalam susu manusia, lipase stimulasi garam hempedu (BSSL), “telah dijumpai sebagai faktor utama yang tidak mengaktifkan protozoan (Lawrence & Lawrence, ms 203),” kata KellyMom

Memanaskan susu ibu adalah proses yang boleh membantu untuk menyahaktifkan lebihan lipase.

Cara simpan susu bagi mengelakkan susu ibu bau pelik — Langkah demi langkah

Ini adalah arahan dan gambar dari Rachel. Susu boleh dipanaskan sejurus selepas anda mengeluarkan susu.

Langkah satu: Penyediaan

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/06/scald bm step1.jpg (Panduan bergambar) Cara simpan susu ibu untuk elak bau pelik

“Saya beli cerek kecil ini khas untuk panaskan susu ibu. Dibandingkan dengan menggunakan periuk biasa, saya gunakan cerek ini untuk memastikan susu tidak tercemar.”

“Muncung cerek ini juga membantu untuk memudahkan saya menuang susu. Biasanya, saya akan bersihkan cerek dengan air panas sebelum menuangkan susu ke dalamnya.

Saya juga telah menyediakan ais untuk menyejukkan susu selepas dipanaskan.”

Langkah dua: Panaskan susu

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/06/scald bm step2.jpg (Panduan bergambar) Cara simpan susu ibu untuk elak bau pelik

Letakkan susu di atas gas memasak pada api rendah dan perhatikannya. Jangan biarkan susu kerana ia panas dengan cepat.

Tutup api sejurus selepas anda melihat buih kecil muncul di tep. Jangan biarkan susu mendidih. Jumlah susu dalam gambar ini adalah lebih kurang 370ml dan ia mengambil masa tiga minit untuk panas.

Tip: Biasanya saya akan sediakan ais semasa susu dipanaskan untuk menjimatkan masa, tapi saya cadangkan untuk anda siapkan dahulu jika anda pertama kali melakukannya.

Anda tak mahu susu mendidih semasa anda tidak melihat.

Langkah tiga: Sejukkan susu

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/06/scald bm step3.jpg (Panduan bergambar) Cara simpan susu ibu untuk elak bau pelik

Sejukkan susu dalam air ais sejurus selepas anda tutup api.

Langkah empat: Ukur susu untuk simpanan

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/06/scald bm step4.jpg (Panduan bergambar) Cara simpan susu ibu untuk elak bau pelik

Saya suka mengukur susu di dalam botol sebelum menyimpannya dalam beg susu kerana tanda pada beg susu langsung tidak tepat. Sesetengah susu juga akan berkurang selepas proses pemanasan.

Langkah lima: Siap untuk disimpan

src=https://assets sg.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/12/2018/06/scald bm step5.jpg (Panduan bergambar) Cara simpan susu ibu untuk elak bau pelik

Tak ada lagi bau pelik!

Nota: Jangan hanya beri anak anda susu yang telah dipanaskan kerana proses pemanasan akan memusnahkan beberapa nutrisi di dalam susu.

Jika anda di rumah, cuba untuk beri susu ibu segar sekerap mungkin.

theAsianparent mengucapkan terima kasih pada Rachel Lim kerana sanggup berkongsi dan menolong ibu-ibu menyusu di luar sana.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: ditulis oleh Nalika Unantenne dan dibenarkan penterjemahan dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Suami beri isteri ini duit untuk bayar balik susu badan yang dikeluarkan!