Wajarkah Ibu Yang Memberi Susu Badan Dengan Botol Dihina?

lead image

Ramai yang gemar menghina dan tak beri sokongan positif pada ibu yang memberi susu badan melalui botol. Tapi tahukah anda kebaikan beri susu botol?

Susu badan diberi dengan botol tak salah pun!

Saya sudah bosan melihat ibu-ibu dihina kerana pilihan mereka untuk memberi susu ibu dengan menggunakan botol.

Kenapa ramai orang suka sangat bottle shaming dan mengutuk ibu yang tidak boleh (atau memilih untuk tidak) menyusukan bayi mereka secara terus?

Ya, memang benar kita selalu dengar orang kata breast is best, tapi apa salahnya jika susu ibu diberi dengan botol?

Baru-baru ini, saya terbaca artikel yang mengatakan susu perahan adalah punca bayi itu obes.

Terus terang setelah membaca artikel tersebut, saya sangat marah.

Walaupun saya bukan ibu EP, saya faham perasaan, pengorbanan serta cabaran yang dialami oleh ibu menyusu yang terpaksa mengepam kerana perlu bekerja sepenuh masa.

Biar lah pilihan sendiri atau atas sebab-sebab lain, ibu yang menyusu dengan menggunakan botol tidak harus berasa bersalah.

 

Dia tak sepatutnya rasa seperti dia perlu menjelaskan kenapa dia berbuat demikian.

Setiap keputusan mesti ada sebab yang tertentu dan seorang ibu pasti sedang melakukan yang terbaik mengikut keupayaannya.

Kebaikan dan keburukan menyusu susu ibu

Memang tidak dapat dinafikan menyusu secara terus banyak faedahnya dan kita tidak akan membincangkan kebaikannya dengan teliti kerana saya pasti semua orang sudah tahu kebaikan menyusu susu badan.

Sebaliknya saya ingin membincangkan beberapa keburukannya:

  • Mengambil lebih banyak masa –  Seorang bayi selalu mengambil masa yang lama untuk menyusu berbanding jika bayi itu menyusu dengan botol. Kadang-kadang bayi boleh tertidur, terutamanya bayi baru lahir yang lesu. 
  • Lebih sukar untuk menyusu di khalayak ramai – Anda tidak selalunya berada di tempat yang sesuai untuk menyusukan anak apabila keluar dari rumah. Sesetengah masyarakat masih tidak selesa melihat ibu menyusu di khalayak ramai.
  • Tiada bantuan dan tidak dapat melibatkan orang lain – Jika anda yang selalu menyusukan anak, maka orang lain seperti ayah ataupun ahli keluarga lain tidak akan berpeluang untuk memberi susu dan merasakan jalinan istimewa ini.

Kebaikan dan keburukan mengepam susu ibu

Orang ramai selalu memberi keutamaan kebaikan menyusu secara terus daripada payudara, tapi menyusu dengan menggunakan botol ada juga kebaikannya. :

Antaranya adalah:

  • Mengambil masa yang lebih singkat – Apabila malam-malam buta, ibu boleh mengepam dan suami boleh menyusukan anak dengan botol. Ini membantu ibu untuk kembali tidur dengan lebih cepat.
  • Melibatkan orang lain – Kadang-kadang ibu boleh membiarkan orang lain melakukan aktiviti menyusukan anak sambil dia pergi mengepam di bilik lain. Ini tidak hanya menjalinkan hubungan anak dengan ayah/nenek. Lagipun siapa yang tidak suka apabila mereka diberi peluang untuk memeluk dan menyusukan bayi?
  • Boleh memantau jumlah yang diminum –  Dengan mengepam dan memberi susu ibu dengan botol, adalah lebih mudah untuk memastikan bayi anda mendapat susu yang secukupnya.

Sumber gambar: Flickr/David Precious

Walaupun ibu yang mengepam susu badan perlu mencuci dan mensteril semua botol, puting dan bahagian-bahagian pam payudara, namun ramai ibu-ibu EP rela melakukannya. 

Pengorbanan ibu EP bukan hanya itu sahaja.

Merekalah yang leceh perlu membawa pam payudara, malah perlu pening kepala mencari tempat untuk menyimpan susu agar ia kekal segar dan selamat untuk diminum. 

Mereka juga perlu fikir tentang risiko kontaminasi (jangkitan) pada susu yang tidak diminum terus dari payudara.

Tambahan pula kemungkinan kontaminasi di bahagian pam, serta botol susu semasa pembekuan dan pencairan.

Ibu-ibu EP “berjuang” setiap hari untuk memastikan anak mereka boleh mendapatkan yang terbaik walaupun mereka terpaksa bekerja.

Memandangkan semua cabaran serta kesusahan yang perlu diharungi oleh ibu EP, saya rasa hairan mengapa masih ada kata-kata yang kejam membincangkan isu cara menyusukan anak.

Mengapa perlu membuat dakwaan yang tidak berasas dan tidak memberi sokongan yang positif kepada ibu menyusu?

Adakah ia kesalahan yang besar untuk memberi susu ibu dengan botol?  Setiap ibu sedang melakukan yang terbaik untuk anaknya!

Sumber: Livestrong dan Mom Tricks

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

4 Panduan Berguna Untuk Mengepam Susu Badan Dengan Pam Payudara