theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

Bayi Kebuluran Walau Sering Menyusu, Ibu Tak Sedar Susu Sebenarnya Tiada!

4 min bacaan
Kongsikan:
•••
Bayi Kebuluran Walau Sering Menyusu, Ibu Tak Sedar Susu Sebenarnya Tiada!

Jangan ambil ringan tentang berat badan bayi anda selepas menyusu. Ibu ini tidak sedar bayinya kebuluran walaupun selepas menyusu kerana susu ibu kurang.

Bayi kebuluran walaupun selepas menyusu?

Walaupun lebih penting untuk memastikan bayi tidak kebuluran, namun masih ramai ibu-ibu dikecam kerana tidak memberi susu badan biarpun susu ibu kurang.

Walaupun berkali-kali frasa “fed is best” diulang, masih ada yang memaksa ibu untuk memberi susu badan. Setiap ibu ada hak untuk memilih cara mereka menyusukan anak. 

Inilah yang terjadi kini. Seorang ibu berkongsi kisahnya yang menyayat hati di laman web Fed is Best, tentang bagaimana dia secara tidak sengaja telah menyebabkan bayinya kebuluran, walaupun selepas menyusu badan.

Masalah latching ketika menyusu

Bayi Kebuluran Walau Sering Menyusu, Ibu Tak Sedar Susu Sebenarnya Tiada!

Kadang-kala, masalah menyusu bukan sebab susu ibu kurang, tapi sebab bentuk puting tidak normal yang menjadi penghalang

Mandy mengalami masalah untuk menyusu sejak bayinya lahir. Pakar memberitahu Mandy mempunyai puting yang leper dan perlu menggunakan nipple shield untuk menyusu anaknya.

Anaknya telah kehilangan 10% dari berat badan ketika mereka masih di hospital. Meskipun begitu, pihak hospital telah memberi kelulusan pada mereka untuk pulang dengan arahan untuk berjumpa pakar kanak-kanak.

Menyusu badan sekejap tapi kerap kerana susu ibu kurang

Bayi Kebuluran Walau Sering Menyusu, Ibu Tak Sedar Susu Sebenarnya Tiada!

Bayi anda mungkin minum susu dengan kerap tapi masih tidak puas kerana susu ibu kurang

Apabila menyusu di rumah, Mandy terus menggunakan pelindung puting supaya anaknya boleh melekap dengan baik.

Dia juga perasan ada kesan susu pada pelindung puting setiap kali anaknya menyusu.

Mandy mengatakan anaknya akan menyusu dalam jangka masa yang sangat lama tapi kelihatan seperti tidak pernah kenyang.

Sebagai ibu baru, Mandy sangat bimbang apabila melihat keadaan anaknya, tetapi rakan-rakannya serta kumpulan ibu-ibu baru yang lain di Facebook telah meyakinkannya yang ini perkara biasa.

Semasa temujanji dengan doktor apabila anak berusia 1 bulan, berat badan bayinya baru naik setengah auns sahaja dan disuruh berjumpa dengan pakar laktasi untuk mendapat bantuan.

Selepas menimbang anaknya sebelum dan selepas dia menyusu, pakar laktasi mendapati anaknya cuma minum 20 ml susu sahaja. Pakar menasihatkan Mandy  untuk memberi formula dan memberi jadual masa untuk mengepam.

Berat badan anak naik serta-merta selepas beri susu formula

Bayi Kebuluran Walau Sering Menyusu, Ibu Tak Sedar Susu Sebenarnya Tiada!

Dalam hanya seminggu selepas memulakan susu formula, anak Mandy telah naik berat badan sampai 2 paun berbanding setengah auns sebulan dulu!

Selepas itu, Mandy masih menghadapi pelbagai cabaran dan masalah ketika menyusukan anaknya.

Dalam post yang penuh emosi itu, Mandy berkongsi rasa bersalah, rasa kecewa dan rasa stress kerana tidak dapat memberi susu terbaik untuk anaknya.

Doktor akhirnya memberi nasihat untuk melakukan yang terbaik buat dirinya sendiri dan anaknya.

Walaupun dia tidak berupaya untuk memberi susu ibu, ini tidak bermakna dia gagal sebagai seorang ibu.

“Anda telah cuba sedaya upaya untuk menyusukan anak dan bukan satu kesalahan untuk cerai susu dan memberi anak susu formila,” kata doktor.

Kini anak Mandy sedang membesar dengan baik, dan Mandy dipetik menulis:

“Saya rasa sangat bersalah, tapi saya memberanikan diri untuk menulis tentang kisah saya.

Saya sangat bersyukur bayi saya kini lebih sihat dan sedang membesar dengan baik. Ibu-ibu perlu tahu jika bayi anda tidak naik berat badan, jangan anggap semuanya normal saja.

Biarpun ada komen dari kumpulan ibu menyusu yang paling popular di Facebook, semuanya masih sekadar komen dan pengalaman sendirian sahaja dan ia bukanlah nasihat pakar.

Dapatkan nasihat pakar dan ikut naluri anda sendiri. Jangan ambil hati tentang mereka yang suka mengecam.”

Jadi ibu-ibu menyusu di luar sana. Dapatkan nasihat pakar jika anda perasan ada sesuatu yang tidak kena pada anak. 

Hanya anda yang mengetahui tentang perkembangan anak. Jangan ikut pendapat, komen dan pengalaman orang lain. Ia mungkin tidak sama.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hot Mums Club

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 

my.theasianparent.comcara-simpanan-susu-ibu-berbahaya/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Bayi Kebuluran Walau Sering Menyusu, Ibu Tak Sedar Susu Sebenarnya Tiada!
Kongsikan:
•••
Artikel(Cerita)
  • Risau susu badan kurang? Cuba aiskrim ini untuk tambah susu badan!

    Risau susu badan kurang? Cuba aiskrim ini untuk tambah susu badan!

  • 11 sebab kenapa susu badan anda kurang - apa anda patut buat seterusnya?

    11 sebab kenapa susu badan anda kurang - apa anda patut buat seterusnya?

  • Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

    Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

app info
get app banner
  • Risau susu badan kurang? Cuba aiskrim ini untuk tambah susu badan!

    Risau susu badan kurang? Cuba aiskrim ini untuk tambah susu badan!

  • 11 sebab kenapa susu badan anda kurang - apa anda patut buat seterusnya?

    11 sebab kenapa susu badan anda kurang - apa anda patut buat seterusnya?

  • Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

    Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

  • Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

    Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
  • Komuniti
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan & Umur Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan

Download aplikasi kami

google play store
Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
Buka di aplikasi