Bayi Ini Kena Kerosakan Otak Akibat Minum Susu Badan Yang Dipam!

lead image

Padah susu ibu rosak akibat pencemaran bakteria, bayi pramatang ini mendapat kerosakan otak dan meningitis. Ini bagaimana susu ibu boleh tercemar.

Selain memberi nutrisi dan keselesaan untuk bayi baru lahir, susu ibu juga memberikan perlindungan dari pelbagai bakteria melalui antibodi yang ada di dalamnya. Bayi dapat jangkitan dari susu ibu, memang sangat jarang berlaku, melainkan susu ibu rosak.

Berita tentang susu ibu rosak akibat tercemar dari bakteria boleh menyebabkan kerosakan otak seperti yang berlaku pada bayi ini harus dijadikan peringatan.

Sebab itulah ada kepentingannya menjaga kebersihan pam susu anda.

Bayi pra matang mengalami jangkitan dari susu ibu rosak

src=https://sg Bayi Ini Kena Kerosakan Otak Akibat Minum Susu Badan Yang Dipam!

Seorang bayi perempuan dari Pennsylvania AS, telah lahir secara pramatang pada minggu ke-29. Ketika usianya tiga minggu, dia telah menunjukkan tanda-tanda jangkitan yang serius.

Ujian menunjukkan kehadiran bakteria Crocobacter sakazakii pada cecair tulang belakangnya. Jangkitan si kecil ini menjadi lebih teruk sehingga mendapat meningitis.

Dr. Anna Bowen, pakar edimiologi di Pusat Pengawalan Penyakit Atlanta berkata, tisu bayi ini telah rosak akibat jangkitan dan menyebabkan kelewatan tumbesaran yang ketara.

Biasanya, bakteria jenis ini dikaitkan dengan susu formula bayi, jadi siasatan dimulakan dari situ. Tapi, bayi ini tak pernah diberikan formula.

Apa yang memeranjatkan, jangkitan ini dikesan berpunca kerana bayi ini telah minum susu ibu yang dipam.

Dr. Anna menerangkan:

“Kami mencari punca pencemaran yang bayi ini dapat, dan kami menemui bakteria ini hanya pada pam susu yang digunakan di rumah dan sampel susu yang telah di pam di rumah.”

Bakteria yang sama juga ditemui di sinki dapur rumah ibu bayi ini. Namun, daripada menyalahkan ibu ini, sebaliknya Dr. Anna memberi kesedaran kepada ibu baru tentang bagaimana untuk mengepam susu dengan selamat.
src=https://sg Bayi Ini Kena Kerosakan Otak Akibat Minum Susu Badan Yang Dipam!

Pendapat pakar tentang susu ibu rosak

Dr. Sharon Unger, pakar kanak-kanak dan pengarah perubatan bank susu ibu di Toronto menerangkan susu ibu yang dipam sangat mudah untuk tercemar.

Malah, susu manusia secara semula jadinya mempunyai banyak bakteria yang tak mendatangkan jangkitan pada bayi cukup bulan dan sihat.

Tapi, bayi pramatang mempunyai sistem imunisasi yang berbeza dan masih belum berkembang dan sangat terdedah dengan jangkitan. Ini mungkin kenapa bayi tersebut dijangkiti jangkitan ini.

Sebab itulah kita perlu pasteurisasikan susu ibu yang diderma dan tak berkongsi susu tersebut sehingga pasti dengan keselamatan susu yang diderma. 

Bagaimana untuk cegah susu ibu rosak akibat tercemar? 

src=https://www.theladders.com/wp content/uploads/Breast Pumping 082318 800x450.jpg Bayi Ini Kena Kerosakan Otak Akibat Minum Susu Badan Yang Dipam!

Jika anda menggunakan susu ibu yang diderma dari bank susu yang diiktiraf, anda tak perlu risau kerana semua susu ibu yang didermakan telah diperiksa dan diuji.

Tapi anda perlu berhati-hati jika anda mendapat susu ibu dari kenalan peribadi atau platform lain (seperti group online).

Ibu yang menyusu perlu mengamalkan kebersihan apabila mengepam susu serta membersihkan dan menyimpan pam susu.

Ini adalah beberapa tip yang perlu anda ingat:

  • Basuh tangan dengan bersih sebelum pam susu; bersihkan bahagian luar pam anda dengan tisu pembasmi kuman
  • Buka semua bahagian pam susu selepas setiap penggunaan dan basuh di bawah air mengalir; jangan letakkan terus dalam sinki.
  • Jika anda ada masa, bersihkan pam susu dengan air sabun panas dan berus pam
  • Gosokkan juga bahagian-bahagian pam anda
  • Jemur untuk keringkan dan jangan gunakan tuala kerana ia boleh memindahkan bakteria
  • Bersih dan keringkan berus anda juga
  • Simpan bahagian pam pada tempat yang kering dan bersih selepas ia betul-betuk kering
  • Masukkan terus susu dalam peti ais selepas dipam

Tambahan untuk tip ini, periksa pam susu anda selalu dari kotoran dan kulat yang boleh terkumpul di tempat tersorok. Jika anda lihat pam susu anda ada kotoran atau kulat, tukar bahagian pam anda dengan baru.

Jika orang lain selain pembantu atau suami anda tolong anda bersihkan pam susu anda, pastikan mereka juga tahu dengan cara-cara membersihkan pam susu ini.

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis asal Nalika Unantenne. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Ibu, sebelum beri anak minum susu badan yang diderma, ketahui risiko INI dulu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!