Susu ibu tahan berapa lama lepas diperah, dan sampai bila?

lead image

Sayang rasanya bila susu yang diperah tidak disimpan dengan betul hingga rosak dan masam. Ini cara yang betul untuk tahu tempoh simpanan susu tersebut

Pertama kali bergelar ibu, pastinya kalian rasa teruja sangat. Kemudian dengan rasa confident, kalian mengepam susu badan dengan begitu banyak. Alamak, selepas itu terkedu dan tertanya-tanya, susu ibu tahan berapa lama, ya? 

Aduh! Ruginya kalau perah banyak-banyak susu badan, tapi anda tak tahu susu ibu tahan berapa lama. Nanti, sayanglah kalau baby tak dapat minum kerana susu ibu mengandungi banyak khasiat yang bantu sistem imun tubuh bayi.

Okey tak mengapa, masih belum terlambat untuk ibu tahu info berkaitan susu ibu tahan berapa lama ini. Orang kata masih peringkat awal, anak pun baru saja dilahirkan. Bertenang ya ibu. 

Jom kami perjelaskan tentang susu ibu tahan berapa lama supaya anda faham dan lebih teliti selepas perah susu badan. 

Susu ibu tahan berapa lama? 

susu ibu tahan berapa lama, tempoh susu ibu, tempoh susu ibu bertahan, cara menyimpan susu ibu, berapa lama susu ibu boleh tahan, cara menyimpan susu ibu yang betul cara menyimpan susu, cara menyimpan susu badan, cara menyimpan susu yang dipam, cara menyimpan susu ebm,

Kredit : Nuha Baby

Ramai yang musykil dan bimbang tentang tempoh susu ibu tahan berapa lama hingga tak sedar susu badan itu sudah melebihi tarikh tamat tempoh.

1. Sebenarnya, susu ibu tahan berapa lama bergantung pada bagaimana cara anda perah dan di mana tempat susu disimpan. Kedua-dua ini adalah perkara penting dan ibu perlu tahu. 

susu ibu tahan berapa lama, tempoh susu ibu, tempoh susu ibu bertahan, cara menyimpan susu ibu, berapa lama susu ibu boleh tahan, cara menyimpan susu ibu yang betul cara menyimpan susu, cara menyimpan susu badan, cara menyimpan susu yang dipam, cara menyimpan susu ebm,

Kredit: Mamashazura

2. Biasanya, susu ibu tetap segar pada suhu bilik antara 60 ke 85 darjah Fehrenheit selama tiga hingga empat jam dalam masa sehari

3. Tetapi, susu yang disejukkan (bukan dibeku) boleh bertahan selama enam hingga 8 jam sehari

4. Namun, jika susu ibu disimpan dalam peti sejuk, ia boleh digunakan semula antara tiga hingga lima hari. 

5. Walau bagaimanapun, susu ibu yang disimpan dalam sejuk beku (dibekukan) boleh digunakan dengan lebih lama dari itu lagi. 

susu ibu tahan berapa lama, tempoh susu ibu, tempoh susu ibu bertahan, cara menyimpan susu ibu, berapa lama susu ibu boleh tahan, cara menyimpan susu ibu yang betul cara menyimpan susu, cara menyimpan susu badan, cara menyimpan susu yang dipam, cara menyimpan susu ebm,

6. Jika ia disimpan dalam peti sejuk yang mempunyai pintu berasingan, susu ibu beku tahan selama tiga hingga enam bulan. 

7. Susu yang disimpan baik dalam peti sejuk kadang kala boleh bertahan lebih lama dari itu.

8. Walau bagaimanapun anda boleh merasa dan mencuba susu ibu itu sebelum diberikan pada anak. Jika ia rasa ‘masam’, kemungkinan susu ibu itu telah dicemari kuman dan bakteria.

9. Untuk mengelakkan perkara ini, cuci tangan sebelum mengepam susu ibu dan segera simpan dalam peti sejuk.

10. Jika mahu menggunakan semula, elakkan mencairkan susu beku dengan panaskan ia di atas dapur. Tapi biar ia cair secara perlahan-lahan pada suhu bilik.

Justeru, penyimpanan susu ibu yang betul membolehkan susu bertahan lebih lama. Jika boleh selepas diperah, terus simpan dalam peti sejuk atau sejuk beku supaya susu boleh diminum semula oleh si kecil anda. 

Semoga info ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa kongsikan info berguna ini di laman sosial anda ya? 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Zubaidi

Baca juga

Cara menyimpan susu badan dengan betul, petua berguna buat ibu bekerja