Jangan Simpan Baki Susu Bila Bayi Tak Habis Minum, Ambil Tahu Susu Formula Tahan Berapa Lama

Susu formula tahan berapa lama menjadi persoalan ibu ayah baru. Semak perkara penting ini bagi mengelakkan berlaku masalah pada bayi anda

Susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk anak sehingga usianya 2 tahun. Walau bagaimanapun atas sebab tertentu, tidak semua ibu dapat memberikan susu badan pada bayi sehingga terpaksa memberikan susu tepung. Justeru tahukah anda susu formula tahan berapa lama sebenarnya?

Ibu, tahukah anda susu formula tahan berapa lama sebenarnya? Sebaik melahirkan bayi, ibu akan mempunyai tanggungjawab sebagai orang yang pertama untuk menguruskan si manja.

Sekiranya anda telah memutuskan untuk memberi bayi anda makanan campuran susu ibu ditambah susu formula atau hanya susu formula, ibu memerlukan ilmu yang cukup tentang pemberian susu kepada anak. 

Susu Formula Tahan Berapa Lama

susu botol anak tak habis

Menyediakan susu formula perlu dilakukan dengan berhati-hati, kerana ini adalah persiapan luar yang mudah dicemari jika terlalu terdedah kepada udara.

Penjagaan perlu diambil dalam pelbagai tahap penyediaan dan penyimpanan supaya tiada pembentukan bakteria pada susu tersebut.

Secara idealnya susu formula tidak boleh dibiarkan selama lebih dari 15 minit semasa keadaan suhu normal. Walau bagaimanapun, jika terdapat situasi yang tidak dapat dielakkan di mana anda perlu menyimpan susu formula, rujuk tips berikut:

  1. Susu formula yang telah dibancuh boleh disimpan dalam peti sejuk tetapi dalam masa 1 jam.
  2. Buang susu formula lebihan yang ditinggalkan oleh bayi anda dalam botol.
  3. Buang susu formula apa saja yang telah duduk di bawah suhu bilik selama satu jam atau lebih.
  4. Susu formula boleh dibancuh terlebih dahulu dan disimpan di dalam peti sejuk selama 24 jam.
  5. Susu formula yang melintasi garis waktu 24 jam harus dibuang walaupun di dalam peti sejuk.
  6. Pastikan anda memeriksa bau dan warna susu sebelum memberi kepada bayi anda dalam tempoh 24 jam untuk mengelakkan bakteria. 

Adakah Susu Formula Boleh Dipanaskan Semula?

Jawapannya tidak. Sebaik sahaja bayi minum susu dari botol, mikroorganisma dari mulutnya sudah memasuki dalam susu formula. Jika lebihan susu tersebut disejukkan atau dipanaskan, mikroorganisma berpeluang untuk membiak.

Justeru isikan jumlah susu yang sesuai untuk setiap botol bagi sekali penyusuan.

Berapa Lama Susu Formula Dalam Tin Telah Dibuka Boleh Bertahan?

cara betul pengendalian susu formula

Jika sudah dibuka (refill) dan masuk dalam tin lama, ia bertahan 3 bulan atau sehingga tarikh tamat (mana satu lebih awal).

Sekiranya belum dibuka, susu formula serbuk boleh tahan sehingga 2 tahun pada suhu bilik atau tarikh tamat.

Berapa Kerap, Sukatan Susu Formula?

Untuk minggu pertama kelahiran, ibu perlu menyusukan bayi sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali setiap hari. Sukatannya 1 hingga 2 oz susu setiap dua hingga tiga jam.

Apabila masuk minggu ke-2 hingga 6, anda bolehlah mengurangkan kekerapan menyusu sekitar 8 hingga 12 kali. Sukatannya adalah 3 hingga 4oz susu setiap 3 hingga 4 jam.

Bila si manja berusia 3-6 bulan, ibu perlu menyusu 4 hingga 6 kali susu sehari. Sukatannya 4 hingga 8oz setiap 4 hingga 6jam.

Usia 9-12 bulan pula, anda perlu menyusu 3 hingga 5 kali susu sehari. Sukatannya 7 hingga 8oz bagi setiap 4 hingga 6 jam.

Bagi bayi berusia 12 bulan ke atas, ibu perlu menyusu 4 kali dalam sehari. Sukatannya 4oz susu setiap 6 jam.

Cara Bancuh Susu Formula Anak Yang Betul

  • Tuangkan air panas ke dalam botol susu
  • Tuangkan sedikit demi sedikit air masak sejuk sehingga air di dalam botol berkeadaan suam. Nisbahnya adalah 1 bahagian air panas dicampur 4 bahagian air masak
  • Gunakan sudu yang disediakan untuk menyukat susu formula. Ikuti arahan pada kemasan tin
  • Tutup dan ketatkan botol susu. Goncang sehingga susu sebati
  • Uji suhu susu dengan menuang botol susu di atas tapak tangan. Ia sepatutnya tidak panas dan suam

Susu tepung formula yang belum dibancuh perlu disimpan dengan betul. Ibu letakkannya di dalam bekas tertutup rapat, kering, tidak terkena cahaya matahari dan jauh dari serangga kecil.

Kesan Salah Kendali Susu Formula

susu formula tahan berapa lama

Susu formula yang dibancuh menggunakan air terlalu panas oleh menyebabkan bayi muntah selepas menyusu. Hal ini kerana protein dan nutrisi yang terkandung dalam susu formula itu telah terjejas.

Bukan itu sahaja salah kendali susu formula boleh menyebabkan anak mengalami sakit perut dan cirit-birit. Ibu ayah dinasihat perhatikan cara pengendalian botol susu dan puting sebelum melihat faktor penyumbang yang lain.

Tanda-Tanda Susu Formula Mula Rosak Atau Basi

  • Perubahan warna dan rasa. Susu formula sepatutnya berwarna putih, jika ia suda basi akan bertukar warna putih keruh dan kekuning-kuningan
  • Terdapat gumpalan kecil
  • Berbau tengik

Semoga bermanfaat! 

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Adakah Kandungan Gula Dalam Susu Formula Bahaya Untuk Bayi? Ini Penjelasan Pakar!

Baca juga: Tidak Semua Ibu Mampu Menyusu Badan, Ramai Yang Struggle & Tertekan Selepas Bersalin

Baca juga: Sukatan Susu Bayi & Air Kena Betul, Barulah Si Manja Dapat Khasiat Yang Cukup

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!