Masalah Kurang Susu Badan? Ibu Boleh Berikan Si Comel Susu Formula Untuk Bayi & Kanak-kanak Ini,Tinggi Nutrisi Untuk Perkembangan Si Manja

Susu formula untuk bayi adalah alternatif terbaik untuk bayi jika susu ibu tidak tersedia. Ini jenama pilihan terbaik untuk anak 0-6 bulan.

Setiap ibu yang baru melahirkan anak tentunya bimbang dan pernah mengalami masalah kurang susu, susu lambat keluar atau sukar menyusukan bayi kerana puting yang kecil pada payudara. Maka dengan itu, anda pastinya memerlukan susu formula untuk bayi atau susu newborn dengan menggunakan botol susu sesuai untuk bayi.

Sebenarnya, banyak produk susu formula dikeluarkan bagi memenuhi kehendak ibu yang sukar menyusukan bayi mereka.

Tips Pemilihan Susu Formula Untuk Bayi Terbaik

Memilih susu formula adalah satu fasa penting untuk memastikan anak anda menerima nutrien yang sepatutnya demi tumbesaran dan perkembangan yang sihat. Berikut adalah antara tips yang boleh membantu ibu ayah dalam membuat pilihan susu formula untuk bayi yang terbaik:

1. Rujuk pakar kesihatan

Sebelum membuat sebarang keputusan, adalah penting untuk merujuk dengan pakar pediatrik tentang anak anda. Mereka dapat menyediakan panduan yang khusus untuk keperluan spesifik anak anda, seperti sebarang alergi, kawalan diet, atau kondisi medikal.

2. Pastikan jenis susu formula yang sesuai:

  • Susu formula berasaskan susu lembu: Majoriti bayi boleh terima susu formula berasaskan susu lembu. Formula ini direka untuk menyerupai susu ibu.
  • Susu formula berasaskan soya: Ini pilihan sesuai untuk bayi yang mempunyai masalah intoleransi laktosa atau alahan kepada protein susu lembu. Walaubagaimanapun, rujuk kepada pediatrik sebelum menggunakan susu formula soya, kerana boleh jadi ia tidak sesuai untuk semua bayi.
  • Susu formula khusus: Terdapat susu formula khusus untuk kondisi kesihatan spesifik, seperti formula hipoalergenik untuk bayi dengan alahan atau formula spesifik-refluks untuk bayi dengan asid refluks. Ini sepatutnya hanya digunakan dibawah pemantauan doktor pakar.

3. Pertimbangkan usia bayi dan keperluan nutrisi: Susu formula biasanya dikategorikan mengikut usia, seperti bayi baru lahir, bayi dan kanak-kanak. Pilih formula yang sesuai untuk usia anak anda demi memastikan nutrien yang sepatutnya.

4. Periksa bahan kandungan: Semak senarai kandungan susu pada label packaging. Bahan utama sepatutnya termasuk protein (seperti whey dan casein), lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Pastikan yang tidak mengandungi sebarang perisa atau bahan pengawet tambahan. 

5. Lihat nutrien penting: Pastikan yang formula tersebut mengandungi nutrien penting seperti zat besi, kalsium dan vitamin D. Ini adalah kritikal untuk tumbesaran dan perkembangan anak anda.

6. Pilih jenama yang dikenali: Pilih jenama susu formula yang dikenali ramai dan dipercayai selamat. Jenama ini selalunya mempunyai kawalan kualiti yang ketat dan tahap keselamatan yang ditekankan.

7. Pertimbang bajet anda: Formula boleh jadi mahal, jadi masukkan sekali bajet anda dalam hal ini ketika memilih susu formula untuk anak. Sentiasa beringat yang sementara kos adalah satu faktor, keperluan nutrisi bayi anda juga perlu diletakkan sebagai top priority.

8. Peka dengan reaksi bayi anda: Selepas memulakan pengambilan formula, perhatikan bayi anda untuk sebarang reaksi seperti masalah pencernaan, alergi atau ruam kulit. Jika anda perasan sebarang simptom yang membimbangkan, dapatkan pemeriksaan pakar pediatrik.

9. Ikut panduan penyediaan dan penyimpanan: Pastikan anda ikut langkah-langkah yang disediakan pengeluar untuk penyediaan dan penyimpanan formula demi memastikan kesihatan dan keselamatan bayi.

Senarai Susu Formula Untuk Bayi dan Kanak-kanak Terbaik Di Pasaran

Bagi membantu ibu ayah, kami telah menyediakan senarai produk susu formula untuk bayi dan kanak-kanak yang bagus dan mudah didapati di Malaysia. Klik saja pada pautan untuk pembelian segera!

Susu Formula Untuk Bayi Dan Kanak-kanak
Aptagro Step 3 Growing Up Milk Formula 1 - 3 years
Buy now
Ascenda Milk Formula: Ages 1-7
Terbaik Untuk Kanak-kanak Yang Mengalami Kelewatan Tumbesaran
Beli di Lazada
Enfalac A+ Langkah 1
Susu Formula Terbaik Keseluruhan
Beli di Shopee
Lactogen Langkah 1
Susu Formula Terbaik Harga Mampu Milik
Beli di Shopee
Susu Frisolac Comfort 
Susu Formula Terbaik Untuk Sembelit
Beli di Shopee
Nan Pro Langkah 1
Susu Formula Terbaik Untuk Cirit Birit
Beli di Shopee
Dumex Dugro Soy
Terbaik Untuk Lactose Intolerance
Beli di Shopee
Snow Neo Kid Plus Langkah 3
Susu Formula Terbaik Untuk Tumbesaran
Beli di Shopee
Enfagrow A+ MINDPRO Langkah 3
Susu Formula Terbaik Untuk IQ
Beli di Shopee

AptaGro Langkah 3

Susu Formula Untuk Bayi & Kanak-kanak Terbaik Untuk Tumbesaran Otak Dan Imun Tubuh

Ia sememangnya sebuah jenama yang sudah cukup arif dalam produk susu untuk tumbesaran anak yang mana ia berasaskan penyelidikan perintis selama 40 tahun, dari syarikat no.1 di Eropah yang hebat dalam mencipta susu formula untuk kanak-kanak. 

AptaGro dengan Active DuoBio mengandungi kombinasi prebiotik dan probiotik yang dipatenkan antarabangsa untuk meningkatkan bakteria baik di dalam tubuh badan manusia, dengan sekaligus imun tubuh anak juga akan lebih baik dalam melawan jangkitan. Ia juga mengandungi kandungan DHA yang tinggi seperti mana yang disyorkan pakar. 

Apa yang kami suka?

  • Tinggi DHA tahap 1
  • Tanpa sukrosa
  • Mengandungi nutrisi seperti Vitamin A, C & D yang mana menyumbang kepada tumbesaran anak
  • Kombinasi Prebiotik GOS/lcFOS (0:1) dan Probiotik B. breve M-16V yang dipatenkan antarabangsa, untuk meningkatkan tentera bakteria baik dalam tubuh kanak-kanak

Wyeth Ascenda Milk Formula Build  & Learn System

Susu Formula Untuk Bayi & Kanak-kanak Terbaik Untuk Kanak-kanak Yang Mengalami Kelewatan Tumbesaran

Susu formula Wyeth Ascenda Build & Learn System adalah susu terbaik untuk kanak-kanak yang mengalami kelewatan dari segi tumbesarannya. Ia cukup lengkap dengan nutrisi yang seimbang untuk menyokong tumbesaran kanak-kanak.

Ascenda dengan keistimewaan Build & Learn System mengandungi gabungan saintifik nutrisi penting termasuklah Sphingomyelin, DHA, Lutein, Nucleotida, Arginine dan semua vitamin dan mineral penting untuk membantu menyokong tumbesaran tubuh dan pembelajaran.

Apa yang kami suka?

  • Mengandungi protein berkualiti tinggi (a-lactalbumin) membantu di dalam pembinaan tisu dan tumbesaran tubuh
  • Perkembangan otak dan penglihatan yang disokong dengan DHA untuk kanak-kanak sehingga usia 3 tahun
  • Menyokong imuniti, yang mana ia mengandungi zat besi, zink, asid folik, vitamin A, B6, B12, C dan D untuk fungsi imun normal

Enfalac A+ Langkah 1

Susu Formula Untuk Bayi & Kanak-kanak Terbaik Keseluruhan

Enfalac A+ langkah 1 mengandungi DHA + ARA yang direka khusus bagi bayi dalam jangka masa panjang sejak lahir sehingga berusia 12 bulan. Kandungan yang terdapat dalam susu ini menyumbang kepada perkembangan bayi supaya lebih sihat dan comel!

Apa yang kami suka:

  • Enfalac merupakan satu daripada jenama susu bayi yang paling popular dan dipercayai ibu bapa di Malaysia.
  • Jika ibu ayah sedang mencari susu formula untuk bayi yang bagus untuk perkembangan otak, rumusan DHA & ARA tinggi yang terkandung di dalam susu ini memang diperlukan oleh si manja.
  • Mengandungi kanji beras bagi membantu anak yang sering memuntahkan kembali apa yang diminumnya. Kandungan kanji beras dalam susu ini menjadikannya lebih pekat supaya mengurangkan risiko anak kita muntah dengan kerap.

Lactogen Langkah 1

Susu Formula Untuk Bayi & Kanak-kanak Terbaik Harga Mampu Milik

Susu ini dikeluarkan oleh Nestle dan kelebihan utama Lactogen langkah 1 ini adalah pada harganya yang sangat berpatutan jika dibandingkan dengan susu formula untuk bayi yang lain. Susu formula terbaik untuk 0-6 bulan ini mempunyai khasiat untuk si kecil dan mudah dicerna.

Apa yang kami suka:

  • Harganya yang lebih murah, menjadi pilihan ibu bapa dengan bajet terhad mendapatkan susu formula untuk bayi yang berkualiti.
  • Turut mengandungi bakteria Lactobacillus Reuteri yang membantu menyelesaikan masalah sembelit bagi bayi.
  • Mengandungi pelbagai khaziat dan zat lain seperti Omega 3 dan 6, DHA, Taurine dan L-Carnitine yang baik untuk tumbesaran bayi.

Frisolac Comfort

Susu Formula Untuk Bayi & Kanak-kanak Terbaik Untuk Sembelit

Susu Frisolac ini direka khas untuk bayi yang ada masalah pencernaan seperti muntah, kembung perut dan sembelit.

Malah susu formula untuk bayi sembelit ini juga mempunyai formula seimbang yang mengandungi pelbagai nutrien penting yang sangat diperlukan si manja seperti asid linoleik dan 5 jenis nukleotida. Ia juga merupakan salah satu susu formula untuk bayi kembung perut.

Apa yang kami suka:

  • Rumusan susu formula untuk bayi sembelit ini sesuai untuk bayi baru lahir kerana mempunyai carob bean gum iaitu serat penebalan yang boleh menolong bayi muntah, kolik dan sembelit.
  • Bayi lebih mudah membuang air besar, jadi kurang risiko bayi meragam kerana perut tidak selesa.

Nan Pro Langkah 1

Susu Formula Untuk Bayi & Kanak-kanak Terbaik Untuk Cirit Birit

Ditambah dengan Nukleotida dan Bifidobacterium lactis, susu Nan ini dapat membantu meningkatkan mikroflora usus dan membantu mengurangkan masalah cirit-birit. Susu formula terbaik untuk 0-6 bulan ini turut mempunyai DHA dan ARA. 

Apa yang kami suka:

  • Kuantiti dan kualiti protein yang tepat untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan optimal si manja.
  • Mengandungi Bifidobacterium lactis, probiotik yang membantu meningkatkan mikroflora usus yang bermanfaat dan dapat membantu mengurangkan kejadian cirit-birit.

Dumex Dugro Soy

Susu Formula Untuk Bayi & Kanak-kanak Terbaik Untuk Lactose Intolerance

Dugro merupakan satu-satunya jenama yang mengandungi IcFOS (long-chain fructooligosaccharides) iaitu sejenis serat. Malah ia membawa kebaikan kepada meningkatkan pergerakan dan fungsi usus. Selain meningkatkan kandungan air dalam najis dan merangsang pembuangan air besar. 

Apa yang kami suka:

  • Sesuai untuk anak anda yang mengalami alahan terhadap susu lembu kerana susu formula ini berasaskan soya yang mengandungi kadar nutrisi dan diet yang sesuai dan selamat untuk bayi.
  • Mempunyai 5 Nutri, DHA, ALA, LA, 14 vitamin dan mineral serta nutrien lain untuk menyokong tumbesaran menyeluruh anak.

Snow Brand Neo Kid Plus Langkah 3

Susu Formula Untuk Bayi & Kanak-kanak Terbaik Untuk Tumbesaran

Susu Snow ini sangat sesuai untuk kanak-kanak dari  usia 1 hingga 3 tahun supaya sel-sel otak dapat berhubung dengan baik dan membantu perkembangan tumbesaran si kecil.

Apa yang kami suka:

  • Antara salah satu jenama yang menerajui industri pembuatan tenusu di Jepun, sangat popular di negara matahari terbit.
  • Mengandungi pelbagai bahan-bahan bagus untuk pertumbuhan si kecil termasuklah DHA, ARA, SA, Choline, Nucleotides, Oligosaccharide (Galactosyllactose) dan lain-lain. Bahan-bahan yang terkandung dalam susu formula ini diperkaya dengan nutrisi semulajadi untuk menyokong perkembangan si manja.
  • Formulanya bebas gula tambahan dan perasa, susu dari jenama ini mengekalkan kebaikan serta rasa yang asli menjadikan ianya antara susu pilihan kanak-kanak sehingga kini.

Enfagrow A+ MINDPRO Langkah 3

Susu Formula Untuk Bayi & Kanak-kanak Terbaik Untuk IQ

Susu ini dirumus dengan MFGM Complex yang diuji secara saintifik di mana kandungan ini dapat menyokong kestabilan mental dan emosi anak. 

Selain itu, ia juga mengandungi DHA yang berfungsi untuk perkembangan minda si manja. Jika bayi kekurangan DHA, ia boleh berisiko menghidap ADHA, masalah penglihatan dan kemurungan.

Apa yang kami suka:

  • Susu tepung ini diformulasi secara saintifik untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun.
  • Susu ini diyakini ramai ibu diseluruh dunia, termasuklah di US. 

Perbandingan Harga Susu Formula Untuk Bayi dan Kanak-Kanak Terbaik

Jenama Harga Berat
AptaGro Langkah 3 RM60.00 600 gram
Wyeth Ascenda Milk Formula Build  & Learn System RM145.00 1600 gram
Enfalac A+ Langkah 1 RM71.30 600 gram
Lactogen Langkah 1 RM12.90 350 gram
Frisolac Comfort RM52.90 400 gram
Nan Pro Langkah 1 RM80.20 600 gram
Dumex Dugro Soy RM21.90 400 gram
Snow Brand Neo Kid Plus Langkah 3 RM68.50 900 gram

Sukatan Susu Formula Untuk Bayi 0-6 Bulan

Susu formula untuk bayi didatangkan dengan panduan sukatan khusus, dan ia mungkin berbeza antara satu sama lain. Dalam kebanyakan kes, ibu bapa mungkin lebih cenderung untuk mencairkan susu formula (kurangkan susu dan banyakkan air) agar ia dapat lebih menjimatkan.

Selain itu, ramai juga ibu bapa menganggap cara bancuh susu sedemikian boleh mengelakkan anak sembelit.

Walau bagaimanapun, kita perlu tahu bahawa perut bayi adalah sangat sensitif dan bukanlah seperti perut orang dewasa. Malah, bayi yang berusia bawah 6 bulan masih bergantung kepada susu sepenuhnya sebagai nutrisi utama bagi perkembangan mereka.

Klinik DrAsmah HQ menerusi perkongsian di Facebook berkongsi maklumat mengenai sukatan susu yang betul dan mudah mengikut usia bayi.

Purata bayi perlukan 2-3OZ bagi setiap 0.5kg berat bayi pada setiap hari:
  • Usia: 0-3 minggu
  • Berat: 0-3.5 kg
  • Perlu diminum: 1-2 oz susu setiap 2-3 jam, 8-12 kali susuan dalam sehari, dan 8-24 oz jumlah susu untuk sehari
  • Usia: 3 minggu – 3 bulan
  • Perlu diminum: 3-4 oz susu setiap 3-4 jam, 6-8 kali susuan dalam sehari, dan 24-32 oz jumlah susu untuk sehari
  • Usia: 3 bulan – 6 bulan
  • Perlu diminum: 4-8 oz susu setiap 4-6 jam, 4-6 kali susuan dalam sehari, dan 24-32 oz jumlah susu untuk sehari
  • Usia: 3 bulan – 6 bulan
  • Waktu usia sekarang, bayi tidur lebih lena pada waktu malam. Bayi minum lebih banyak waktu pagi atau ketika hendak tidur.
  • Usia: 6 bulan hingga 9 bulan
  • Perlu diminum: 6-8 oz susu setiap 4-6 jam, 6 kali susuan dalam sehari dan 32 oz jumlah susu untuk sehari
Ibu boleh juga mendapatkan nasihat dan pandangan mengenai sukatan susu yang sesuai mengikut kehendak dan keperluan bayi anda dengan pakar nutrisi atau pakar kanak-kanak.

Ingin tahu lebih lanjut lagi tentang keasalan formula baby dan perbezaan antara single and double manufacturing process, anda boleh baca artikel Alarming Facts about Your Child’s Formula Milk Powder.

Nota Editor: Setiap item dan harga adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi berubah atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Adakah Kandungan Gula Dalam Susu Formula Bahaya Untuk Bayi? Ini Penjelasan Pakar

Baca juga: Perbezaan Susu Ibu Dan Susu Formula Dalam Membantu Si Manja Membesar & Bijak

Baca juga: Jangan Simpan Baki Susu Bila Bayi Tak Habis Minum Botol, Ia Penyebab Kuman Membiak

Penulis

Nursyamimi