Setiap ibu yang baru melahirkan anak tentunya bimbang dan pernah mengalami masalah kurang susu, susu lambat keluar atau sukar menyusukan bayi kerana puting yang kecil pada payudara. Maka dengan itu, anda pastinya memerlukan susu formula untuk bayi atau susu newborn.
Sebenarnya, banyak produk susu formula untuk bayi dikeluarkan bagi memenuhi kehendak ibu yang sukar menyusukan bayi mereka.
Sukatan Susu Formula Untuk Bayi 0-6 Bulan

Susu formula untuk bayi didatangkan dengan panduan sukatan khusus, dan ia mungkin berbeza antara satu sama lain. Dalam kebanyakan kes, ibu bapa mungkin lebih cenderung untuk mencairkan susu formula untuk bayi (kurangkan susu dan banyakkan air) agar ia dapat lebih menjimatkan.
Selain itu, ramai juga ibu bapa menganggap cara bancuh susu sedemikian boleh mengelakkan anak sembelit.
Walau bagaimanapun, kita perlu tahu bahawa perut bayi adalah sangat sensitif dan bukanlah seperti perut orang dewasa. Malah, bayi yang berusia bawah 6 bulan masih bergantung kepada susu sepenuhnya sebagai nutrisi utama bagi perkembangan mereka.
Klinik DrAsmah HQ menerusi perkongsian di Facebook berkongsi maklumat mengenai sukatan susu yang betul dan mudah mengikut usia bayi.
Purata bayi perlukan 2-3OZ bagi setiap 0.5kg berat bayi pada setiap hari:
- Usia: 0-3 minggu
- Berat: 0-3.5 kg
- Perlu diminum: 1-2 oz susu setiap 2-3 jam, 8-12 kali susuan dalam sehari, dan 8-24 oz jumlah susu untuk sehari
- Usia: 3 minggu – 3 bulan
- Perlu diminum: 3-4 oz susu setiap 3-4 jam, 6-8 kali susuan dalam sehari, dan 24-32 oz jumlah susu untuk sehari
- Usia: 3 bulan – 6 bulan
- Perlu diminum: 4-8 oz susu setiap 4-6 jam, 4-6 kali susuan dalam sehari, dan 24-32 oz jumlah susu untuk sehari
- Usia: 3 bulan – 6 bulan
- Waktu usia sekarang, bayi tidur lebih lena pada waktu malam. Bayi minum lebih banyak waktu pagi atau ketika hendak tidur.
- Usia: 6 bulan hingga 9 bulan
- Perlu diminum: 6-8 oz susu setiap 4-6 jam, 6 kali susuan dalam sehari dan 32 oz jumlah susu untuk sehari
Ibu boleh juga mendapatkan nasihat dan pandangan mengenai sukatan susu yang sesuai mengikut kehendak dan keperluan bayi anda dengan pakar nutrisi atau pakar kanak-kanak.
Senarai Susu Formula Untuk Bayi dan Kanak-kanak Yang Terbaik Di Pasaran
Bagi membantu ibu ayah, kami telah menyediakan senarai produk susu formula untuk bayi dan kanak-kanak yang bagus dan mudah didapati di Malaysia. Klik saja pada pautan untuk pembelian segera!
Susu Formula Untuk Bayi dan Kanak-kanak Terbaik
 | Enfalac A+ Langkah 1 Susu Formula Terbaik Keseluruhan |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Lactogen Langkah 1 Susu Formula Terbaik Harga Mampu Milik |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Susu Frisolac Comfort Susu Formula Terbaik Untuk Sembelit |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Nan Pro Langkah 1 Susu Formula Terbaik Untuk Cirit Birit |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Dumex Dugro Soy Susu Formula Terbaik Untuk Lactose Intolerance |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Snow Neo Kid Plus Langkah 3 Susu Formula Terbaik Untuk Tumbesaran |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Enfagrow A+ MINDPRO Langkah 3 Susu Formula Terbaik Untuk IQ |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Karihome Infant Formula Langkah 1 Susu Formula Terbaik Untuk Bayi Eczema |  | View Details | Beli di Shopee |
 | S26 SMA Langkah 1 Susu Formula Terbaik Untuk Tulang Kuat |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Anmum Infacare Langkah 1 Susu Formula Terbaik Dengan Nutrisi Lengkap |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Dumex Mamex Langkah 1 Susu Formula Terbaik Untuk Bayi Baru Mula Makan |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Dumex Dupro Susu Formula Terbaik Mengikut Standard WHO |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Pediasure Susu Formula Terbaik Untuk Naikkan Selera Makan |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Similac Langkah 1 Susu Formula Terbaik Dengan DHA Tinggi |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Dumex Bebelac Langkah 1 Susu Formula Terbaik Untuk Bayi Baru Putus Susu Ibu |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Fernleaf 1-3 Tahun Susu Formula Terbaik Untuk Nutrisi Kanak-Kanak |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Fernleaf Calciyum (Coklat) Susu Formula Terbaik Perisa Coklat |  | View Details | Beli di Shopee |
 | Lactogrow 1-3 Tahun Susu Formula Terbaik Perisa Vanila |  | View Details | Beli di Shopee |
AptaGro Langkah 3
Terbaik Untuk Tumbesaran Otak Dan Imun Tubuh
Ia sememangnya sebuah jenama yang sudah cukup arif dalam produk susu untuk tumbesaran anak yang mana ia berasaskan penyelidikan perintis selama 40 tahun, dari syarikat no.1 di Eropah yang hebat dalam mencipta susu formula untuk kanak-kanak.
AptaGro dengan Active DuoBio mengandungi kombinasi prebiotik dan probiotik yang dipatenkan antarabangsa untuk meningkatkan bakteria baik di dalam tubuh badan manusia, dengan sekaligus imun tubuh anak juga akan lebih baik dalam melawan jangkitan. Ia juga mengandungi kandungan DHA yang tinggi seperti mana yang disyorkan pakar.
Apa yang kami suka?
- Tinggi DHA tahap 1
- Tanpa sukrosa
- Mengandungi nutrisi seperti Vitamin A, C & D yang mana menyumbang kepada tumbesaran anak
- Kombinasi Prebiotik GOS/lcFOS (0:1) dan Probiotik B. breve M-16V yang dipatenkan antarabangsa, untuk meningkatkan tentera bakteria baik dalam tubuh kanak-kanak
Terbaik Keseluruhan

Enfalac A+ langkah 1 mengandungi DHA + ARA yang direka khusus bagi bayi dalam jangka masa panjang sejak lahir sehingga berusia 12 bulan. Kandungan yang terdapat dalam susu ini menyumbang kepada perkembangan bayi supaya lebih sihat dan comel!
Apa yang kami suka:
- Enfalac merupakan satu daripada jenama susu bayi yang paling popular dan dipercayai ibu bapa di Malaysia.
- Jika ibu ayah sedang mencari susu formula untuk bayi yang bagus untuk perkembangan otak, rumusan DHA & ARA tinggi yang terkandung di dalam susu ini memang diperlukan oleh si manja.
- Mengandungi kanji beras bagi membantu anak yang sering memuntahkan kembali apa yang diminumnya. Kandungan kanji beras dalam susu ini menjadikannya lebih pekat supaya mengurangkan risiko anak kita muntah dengan kerap.
Terbaik Harga Mampu Milik

Susu ini dikeluarkan oleh Nestle dan kelebihan utama Lactogen langkah 1 ini adalah pada harganya yang sangat berpatutan jika dibandingkan dengan susu formula untuk bayi yang lain. Susu formula terbaik untuk 0-6 bulan ini mempunyai khasiat untuk si kecil dan mudah dicerna.
Apa yang kami suka:
- Harganya yang lebih murah, menjadi pilihan ibu bapa dengan bajet terhad mendapatkan susu formula untuk bayi yang berkualiti.
- Turut mengandungi bakteria Lactobacillus Reuteri yang membantu menyelesaikan masalah sembelit bagi bayi.
- Mengandungi pelbagai khaziat dan zat lain seperti Omega 3 dan 6, DHA, Taurine dan L-Carnitine yang baik untuk tumbesaran bayi.
Susu Formula Untuk Bayi Terbaik Untuk Sembelit

Susu Frisolac ini direka khas untuk bayi yang ada masalah pencernaan seperti muntah, kembung perut dan sembelit.
Malah susu formula untuk bayi sembelit ini juga mempunyai formula seimbang yang mengandungi pelbagai nutrien penting yang sangat diperlukan si manja seperti asid linoleik dan 5 jenis nukleotida. Ia juga merupakan salah satu susu formula untuk bayi kembung perut.
Apa yang kami suka:
- Rumusan susu formula untuk bayi sembelit ini sesuai untuk bayi baru lahir kerana mempunyai carob bean gum iaitu serat penebalan yang boleh menolong bayi muntah, kolik dan sembelit.
- Bayi lebih mudah membuang air besar, jadi kurang risiko bayi meragam kerana perut tidak selesa.
Susu Formula Untuk Bayi Terbaik Untuk Cirit Birit

Ditambah dengan Nukleotida dan Bifidobacterium lactis, susu Nan ini dapat membantu meningkatkan mikroflora usus dan membantu mengurangkan masalah cirit-birit. Susu formula terbaik untuk 0-6 bulan ini turut mempunyai DHA dan ARA.
Apa yang kami suka:
- Kuantiti dan kualiti protein yang tepat untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan optimal si manja.
- Mengandungi Bifidobacterium lactis, probiotik yang membantu meningkatkan mikroflora usus yang bermanfaat dan dapat membantu mengurangkan kejadian cirit-birit.
Susu Formula Terbaik Untuk Lactose Intolerance

Dugro merupakan satu-satunya jenama yang mengandungi IcFOS (long-chain fructooligosaccharides) iaitu sejenis serat. Malah ia membawa kebaikan kepada meningkatkan pergerakan dan fungsi usus. Selain meningkatkan kandungan air dalam najis dan merangsang pembuangan air besar.
Apa yang kami suka:
- Sesuai untuk anak anda yang mengalami alahan terhadap susu lembu kerana susu formula ini berasaskan soya yang mengandungi kadar nutrisi dan diet yang sesuai dan selamat untuk bayi.
- Mempunyai 5 Nutri, DHA, ALA, LA, 14 vitamin dan mineral serta nutrien lain untuk menyokong tumbesaran menyeluruh anak.
Susu Formula Terbaik Untuk Tumbesaran

Susu Snow ini sangat sesuai untuk kanak-kanak dari usia 1 hingga 3 tahun supaya sel-sel otak dapat berhubung dengan baik dan membantu perkembangan tumbesaran si kecil.
Apa yang kami suka:
- Antara salah satu jenama yang menerajui industri pembuatan tenusu di Jepun, sangat popular di negara matahari terbit.
- Mengandungi pelbagai bahan-bahan bagus untuk pertumbuhan si kecil termasuklah DHA, ARA, SA, Choline, Nucleotides, Oligosaccharide (Galactosyllactose) dan lain-lain. Bahan-bahan yang terkandung dalam susu formula ini diperkaya dengan nutrisi semulajadi untuk menyokong perkembangan si manja.
- Formulanya bebas gula tambahan dan perasa, susu dari jenama ini mengekalkan kebaikan serta rasa yang asli menjadikan ianya antara susu pilihan kanak-kanak sehingga kini.
Susu Formula Terbaik Untuk IQ

Susu ini dirumus dengan MFGM Complex yang diuji secara saintifik di mana kandungan ini dapat menyokong kestabilan mental dan emosi anak.
Selain itu, ia juga mengandungi DHA yang berfungsi untuk perkembangan minda si manja. Jika bayi kekurangan DHA, ia boleh berisiko menghidap ADHA, masalah penglihatan dan kemurungan.
Apa yang kami suka:
- Susu tepung ini diformulasi secara saintifik untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun.
- Susu ini diyakini ramai ibu diseluruh dunia, termasuklah di US.
Karihome Infant Formula Langkah 1
Susu Formula Untuk Bayi Terbaik Untuk Bayi Eczema

Ekzema ialah antara masalah kulit yang dihadapi oleh bayi yang mempunyai alahan protein lembu. Oleh kerana masalah ekzema, ibu perlu mencari susu untuk bayi eczema buat si manja anda.
Susu kambing boleh menjadi alternatif terbaik bagi menggantikan susu ibu jika dibandingkan dengan susu lembu atau susu berasaskan soya.
Tidak semua bayi juga sesuai untuk minum susu lembu kerana ianya bersifat asid. Maka anda boleh tukar kepada susu kambing ini yang mana merupakan susu untuk bayi eczema kerana sifatnya yang beralkali dan selamat untuk diminum.
Apa yang kami suka:
- Produk asli dari New Zealand ini diformulasi khas untuk memenuhi keperluan nutrisi bayi. Susu kurang laktosa ini memudahkan sistem penghadaman bayi jika si manja alergi dengan protein dari susu lembu.
- Susu kambing mengandungi jumlah nukleotida semula jadi yang dapat meningkatkan sistem imun badan.
Susu Formula Untuk Bayi Terbaik Untuk Tulang Kuat

Susu S26 step 1 dirumus khas bagi bayi baru lahir sehingga usia 12 bulan untuk meningkatkan perkembangan awal dan pertumbuhan si kecil. Malah susu s26 step 1 ini juga diperkaya dengan khasiat seperti Kalsium, Lutein, A-Protein, AA dan DHA serta 5 Nukleotida.
Apa yang kami suka:
Susu Formula Untuk Bayi Terbaik Dengan Nutrisi Lengkap

Bagi ibu ibu yang tak dapat menyusukan anak dengan susu ibu. Pasti sedang mencari susu formula untuk bayi yang terbaik untuk si manja kan? Jika semasa hamil ibu minum Anmum Materna jadi selepas bersalin, ibu boleh terus memberi anak dengan Anmum step 1 Infacare.
Apa yang kami suka:
- Susu Anmum Step 1 Infacare adalah formula yang mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan seperti Nukleotida, Kalsium, Zink, Vitamin A, C, D3, Zat besi dan Iodin.
- Susu ini juga boleh mengurangkan masalah penghadaman di usus seperti sembelit dan cirit birit.
Susu Formula Untuk Bayi Terbaik Untuk Bayi Baru Mula Makan

Susu formula Dumex Mamex ini direka khas bagi bayi baru lahir sehingga 12 bulan. Jika anak sudah berumur 6 bulan ke atas, susu ini dilengkapi dengan makanan cerai susu seperti bijirin, bubur dan buah-buahan.
Apa yang kami suka:
- Mengandungi prebiotik dan serat untuk membantu bayi yang mengalami masalah sembelit yang dapat membantu kesihatan usus dan juga memastikan pergerakan usus dalam keadaan baik.
- Prebiotik yang dicampurkan ke dalam serbuk susu ini telah dipatenkan di peringkat Antarabangsa GOS / IcFOS.
- Ditambah pula dengan kandungan yang kaya dengan vitamin penting seperti A, C, D, E, zink, kalsium dan iron untuk perkembangan dan tumbesaran mereka. Dengan susu ini, si bayi dapat membesar dengan baik tanpa ada sebarang masalah sembelit dan nutrisi yang cukup.
Susu Formula Untuk Bayi Terbaik Mengikut Standard WHO

Susu Dupro yang diformulasikan untuk bayi selaras dengan standard yang dikeluarkan oleh WHO. Susu ini mengandungi nutrisi penting yang dapat menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi.
Apa yang kami suka:
- Harganya yang cukup berpatutan.
- Rumusan susu dengan formula yang ditetapkan WHO (World Health Organization).
- Mempunyai nutrisi DHA, Kalsium, Vitamin A dan sebagainya yang menyokong pertumbuhan dan penambahan berat badan bayi
Susu Formula Terbaik Untuk Naikkan Selera Makan

Susu Pediasure Complete adalah suplemen pemakanan yang menyediakan pemakanan yang lengkap dan seimbang untuk kanak-kanak dari umur 1 hingga 10 tahun di mana pada peringkat usia ini perkembangan pesat dan perkembangan fikiran anak kita berlaku.
Susu Pediasure telah diformulasikan secara saintifik untuk menyediakan 100% atau lebih keperluan protein, 25 vitamin & mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembesaran anak kita sekiranya diambil dalam kuantiti yang sesuai. Semestinya susu formula terbaik untuk tambah berat anak kita.
Apa yang kami suka:
- Susu pediasure sesuai untuk menaikkan selera makan anak atau anak yang cerewet makan namun harganya sedikit mahal tapi hasilnya sangat memuaskan hati.
- Turut mengandungi FOS, probiotik dan minyak MCT (Medium chain triglicerides). Pediasure juga mengandungi nutrien seperti Taurine, Choline dan Omega 3 & 6 untuk menyokong perkembangan minda.
- Telah diformulasikan secara saintifik untuk membantu meningkatkan ketinggian, berat badan dan mengurangkan bilangan hari anak tidak sihat. Jadi sekiranya anda mencari susu untuk tinggi anak yang sesuai dengan umurnya, Pediasure adalah pilihan yang tepat.
Susu Formula Untuk Bayi Terbaik Dengan DHA Tinggi

Sistem dalam badan bayi tidak menghasilkan DHA yang diperlukan semulajadi. Jadi, ibubapa haruslah mencari alternatif lain untuk menambahkan nutrisi di dalam badan si kecil. Salah satunya adalah dengan memberi ABBOT Similac Step 1 yang mengandungi kandungan DHA sebanyak 56mg/100g susu.
Apa yang kami suka:
- Mengandungi nutrisi tinggi.
- Menyokong perkembangan kognitif.
Susu Formula Untuk Bayi Terbaik Untuk Bayi Baru Putus Susu Ibu

Ramai ibu bapa mengatakan susu formula Bebelac Infant step 1 ini dapat membantu menyelesaikan masalah cirit-birit.
Selain itu, susu ini memberi nutrisi yang diperlukan bagi tumbesaran yang sihat dan perkembangan bayi yang memberangsangkan.
Apa yang kami suka:
- Harganya yang murah jika dibandingkan dengan kebanyakan susu di pasaran yang boleh menjangkau ratusan ringgit.
- Mempunyai pelbagai nutrien asas yang penting untuk bayi dan memenuhi kandungan yang dicadangkan oleh World Health Organization (WHO).
- Dapat membantu menyelesaikan masalah cirit-birit yang dialami bayi.
- Susu ini memberi nutrisi diperlukan untuk tumbesaran yang sihat dan perkembangan bayi memberangsangkan. Sesuai dijadikan alternatif untuk ‘putus susu’ dari si kecil yang minum susu ibu.
Susu Formula Terbaik Untuk Nutrisi Kanak-Kanak

Fernleaf merupakan produk susu keluaran syarikat tenusu terkemuka dari New Zealand. Biasanya susu ini digunakan bagi kanak-kanak berusia satu tahun keatas.
Apa yang kami suka:
- Mengandungi nutrisi penting, termasuk 5x DHA* dan Nutricare untuk menyokong perkembangan anak anda.
- Membantu pembentukan tulang dan gigi yang kuat.
- Kandungan protein yang tinggi untuk perkembangan anak.
- Mengandungi 18 nutrein penting termasuk vitamin dan mineral untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan.
- Mempunyaim inulin iaitu sejenis serat makanan.
Susu Formula Terbaik Perisa Coklat

Kebanyakan anak kecil sangat menggemari perisa coklat, tidak kira sama ada untuk makanan atau dijadikan sebagai minuman. Bagi anak yang sedang membesar, mereka semestinya memerlukan sumber kalsium yang tinggi maka anda boleh cuba memberinya minum susu Calciyum.
Malah susu ini juga bagus untuk tulang dan sendi anak-anak. Ia juga dari keluaran Fernleaf.
Apa yang kami suka:
- Sedap, penuh nutrisi, dan sangat memudahkan ibu bapa membekalkan sumber kalsium bagi anak yang tidak gemar minum susu.
- Dapat menambahkan selera makan anak.
- Mengandungi sumber probiotik yang baik untuk usus si kecil.
Susu Formula Terbaik Perisa Vanila

Susu ini mengandung serbuk susu lembu, Lactosa, serbuk buttermilk, palm olein, minyak jagung, Inulin, Mineral, Vitamin, Docosahexaenoic Acid (Fish Oil), Mengandungi Emulsifier (Soya Lecithin), perasa vanilla yang dibenarkan dan lain-lain.
Apa yang kami suka:
-
Dirumus khas untuk anak meninggi dengan baik dengan kandungan protein, kalsium, vitamin D, dan zink.
-
Tiada sukrosa
-
Kandungan kalori yang tinggi membekalkan tenaga untuk mengatasi masalah seperti kekurangan berat badan, stunting dan pembaziran.
Perbandingan Harga Susu Formula Untuk Bayi dan Kanak-Kanak Terbaik
Jenama |
Harga |
Berat |
Enfalac A+ Langkah 1 |
RM71.30 |
600 gram |
Lactogen Langkah 1 |
RM12.90 |
350 gram |
Frisolac Comfort |
RM52.90 |
400 gram |
Nan Pro Langkah 1 |
RM80.20 |
600 gram |
Dumex Dugro Soy |
RM21.90 |
400 gram |
Snow Brand Neo Kid Plus Langkah 3 |
RM68.50 |
900 gram |
Enfagrow A+ Langkah 3 |
RM39.99 |
500 gram |
Karihome Infant Formula Langkah 1 |
RM60.00 |
400 gram |
S26 SMA Langkah 1 |
RM55.90 |
600 gram |
Anmum Infacare Langkah 1 |
RM60.90 |
650 gram |
Dumex Mamex Cherish |
RM55.90 |
600 gram |
Dumex Dupro Langkah 1 |
RM26.38 |
850 gram |
Pediasure |
RM89.90 |
850 gram |
Similac Langkah 1 |
RM59.95 |
600 gram |
Dumex Bebelac Langkah 1 |
RM53.99 |
800 gram |
Fernleaf 1-3 Tahun |
RM20.50 |
900 gram |
Fernleaf Calciyum (Coklat) |
RM21.50 |
900 gram |
Lactogrow 1-3 Tahun |
RM20.50 |
900 gram |
Ingin tahu lebih lanjut lagi tentang keasalan formula baby dan perbezaan antara single and double manufacturing process, anda boleh baca artikel Alarming Facts about Your Child’s Formula Milk Powder.
Nota Editor: Setiap item dan harga adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi berubah atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Adakah Kandungan Gula Dalam Susu Formula Bahaya Untuk Bayi? Ini Penjelasan Pakar
Baca juga: Perbezaan Susu Ibu Dan Susu Formula Dalam Membantu Si Manja Membesar & Bijak
Baca juga: Jangan Simpan Baki Susu Bila Bayi Tak Habis Minum Botol, Ia Penyebab Kuman Membiak