Penting Untuk Ibu Mengandung Minum Susu, Ini Antara Susu Terbaik Buat Anda & Bayi Dalam Perut
Dari awal mengandung lagi penting untuk amalkan susu terbaik untuk ibu hamill agar anak kandungan membesar dengan sihat.
Dulu sebelum mengandung, ingatkan bila bayi keluar nanti baru fikir tentang susu yang terbaik untuk diberi kepada mereka. Rupanya dari awal kandungan lagi penting untuk amalkan susu terbaik untuk ibu hamil agar anak dalam kandungan membesar dengan sihat.
Malah dengan pengambilan susu ketika mengandung ini juga dapat memastikan ibu-ibu hamil cukup vitamin dan kalsium yang diperlukan. Lebih-lebih lagi asid folik! Ia cukup penting untuk tumbesaran bayi yang sempurna dalam kandungan.
Jadi, theAsianparent Malaysia ingin berkongsi jenama susu terbaik untuk ibu hamil amalkan sepanjang 9 bulan yang cukup teruja ini!
7 Susu terbaik untuk ibu hamil
#1. Mamil Mama
Dumex Mamil Mama ini mempunyai rumusan bagi menyokong kesihatan ibu hamil dan menyusu secara keseluruhan. Malah, ia boleh menjadi milk booster untuk tambah susu badan.
Mamil Mama ini juga dirumus khas dengan Sistem Nutrisi PreciNutri dan kombinasi prebiotik GOS/ IcFos serta dipatenkan antarabangsa. Lebih menarik lagi, susu ini menyokong kesihatan usus ibu hamil dan memenuhi keperluan pemakanan anak.
#2. Susu Enfamama A+
Susu ini bagus untuk ibu hamil yang berada dalam fasa trimester satu hingga tiga. Susu ini kaya dengan kandungan asid folik yang berfungsi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin. Selain itu, ia mampu mengurangkan risiko kecacatan kongenital.
Ia juga memiliki kandungan kalsium yang tinggi, zat besi, Vitamin B complex dan Vitamin C.
#3. Susu ibu mengandung – Frisomum Gold
Susu ini merupakan keluaran Dutch Lady yang diadun khas bagi membekalkan nutrisi dan pemakanan ibu hamil.
Antara khasiat yang terkandung seperti ALA, LA, Nucleotides, asid folik, kalsium dan zat besi. Malah ia juga dapat mengurangkan rasa mual dan menjadikan anda lebih cergas serta produktif.
#4. Prenagen Mommy
Susu ini sesuai diamalkan bermula dari satu bulan hingga sembilan bulan kehamilan. Apa yang lagi best, susu ini mempunyai perisa susu yang pelbagai seperti coklat, vanila, mocha dan strawberi.
Malah, susu ini merupakan salah satu jenama susu yang kurang gula dan natrium / garam.
Antara lain khasiatnya seperti asid folik, zat besi, protein, kalsium, Vitamin D, magnesium, fosforus, omega 3 dan 6 serta insulin.
#5. Anmum Materna
Anmum Materna juga antara susu terbaik untuk ibu hamil. Ia dikeluarkan oleh Fernleaf yang dapat menyokong keperluan pemakanan ibu hamil dan membantu perkembangan bayi dalam kandungan.
Ada ibu yang suka minum Anmum adalah kerana susunya berperisa asli tanpa gula tambahan. Selain rendah lemak.
Khasiat lain yang ada dalam Anmum Materna seperti Gangliosida, Asid lemak, Asid Sialik, Asid folik dan lain-lain.
#6. Similac Mom
Susu ini dirumuas khas bagi memperkuatkan pertumbuhan dan otak semasa awal kehamilan. Malah, ia juga memiliki kandungan lemak yang rendah dan sangat sesuai untuk anda.
Selain daripada itu, Similac Mom juga dirumus dengan sistem nutrisi EyeQ yang dilengkapi dengan Vitamin E dan Lutein Asli bagi mencegah pengoksidaan DHA kerana ia penting bagi pembangunan otak dan pertumbuhan bayi semasa dalam kandungan lagi.
#7. Susu Nestle Mom & Me
Apabila sedang berbadan dua, ibu memerlukan lebih banyak protein, zat besi dan asid folik yang menjadi sumber nutrien utama bagi pertumbuhan si manja dalam rahim.
Nestle Mom & Me ini memiliki khasiat seperti bifidus BL, asid folik, kalsium, DHA, protein dan zat besi.
Selain dari susu lembu ibu juga boleh minum susu kambing seperti 8) Karihome, 9) Lazz susu kambing, 10) Higoat, 11) Wildan dan 12) Momma Pregolact.
Kelebihan minum susu ibu hamil
Susu kaya dengan kalsium yang dapat membina tulang dan gigi yang kuat serta dapat menambah bekalan kalsium dalam tubuh.
Semasa berbadan dua, berat badan bertambah maka protein dan kalsium dari susu dapat membantu tisu serta otot yang sihat.
Antara kebaikan protein dalam susu seperti pembentukan rahim, penghasilan darah yang baik, payudara bersedia mengeluarkan susu badan, perkembangan bayi jadi sihat dan mengawal paras gula dalam darah serta selera makan.
Dengan minum susu semasa hamil juga dapat mengelakkan masalah gastrik dan pedih ulu hati pada ibu hamil.
Selain air masak, susu juga merupakan cecair yang mampu membekalkan air pada badan ibu hamil. Malah ia penuh dengan nutrisi dan vitamin penting.
Dengan minum susu juga anak dapat membesar dengan ketinggian yang sihat dan terhindar dari risiko kencing manis apabila dewasa kelak.
Justeru, pilihlah susu mengikut kesesuaian selera anda supaya tubuh dapat menambah kalsium dan protein semasa hamil.
Meskipun anda mungkin alami mual atau muntah setelah minum susu tapi anda mungkin boleh cuba minum susu yang berperisa supaya gejala itu hilang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malay
Baca juga: Ibu WAJIB Tahu Pembuatan Susu Kehamilan, Ia Penting Untuk Tumbesaran Bayi Dalam Kandungan