Pengambilan Susu Ketika Mengandung Dapat Memastikan Bayi Sentiasa Sihat Dan Kuat

Menempuhi perjalanan selama tempoh kehamilan bukanlah perkara yang mudah. Dalam menjaga kesihatan, pastikan anda memilih susu terbaik untuk ibu mengandung!

Saat merasakan tendangan bayi di dalam perut, pastinya ia momen yang begitu berharga buat anda dan pasangan. Proses menjaga kandungan pula memerlukan anda mengambil susu terbaik untuk ibu mengandung yang terbaik.

Tahukah anda bahawa diri anda sendiri bertanggungjawab memastikan perkembangan dan kesihatan janin? Bagaimana ingin memastikan perkembangan dan kesihatan janin dalam kandungan anda terjamin?

Dengan menjaga pemakanan dan nutrisi yang diambil ketika hamil mencukupi. Kebiasaannya, doktor akan mengesyorkan anda untuk mengambil vitamin prenatal seperti asid folik.

Selain itu, ibu juga perlu mendapatkan susu yang terbaik untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan.

Namun, sebagai ibu yang baru pertama kali menghadapi perjalanan mommy to be ini, anda pastinya keliru untuk memilih susu yang mampu memberikan nutrien yang optimum untuk anda dan bayi.

Susu terbaik untuk ibu mengandung

susu untuk ibu hamil

Susu untuk ibu mengandung sangat penting kerana ia penuh nutrien dan laktasi.

Ia dirumus khas bersama asid folik yang membekalkan vitamin dan sangat diperlukan untuk perkembangan janin.

Sewaktu berada dalam trimester pertama, kebiasaannya anda akan diserang alahan dan tiada selera untuk mengambil sebarang makanan.

Usah risau, susu terbaik untuk ibu mengandung mampu menemani anda mengharungi setiap fasa kehamilan kerana ia adalah makanan tambahan terbaik yang membekalkan nutrien lengkap yang diperlukan.

Terdapat juga beberapa faktor yang harus anda pertimbangkan untuk melalui proses kehamilan yang selamat dan berjalan lancar. Ini antara aspek wajib yang anda perlu ambil perhatian:

#1. Berat badan selamat ketika hamil 

Amalan “makan untuk dua orang” sebenarnya menyumbang kepada kenaikan berat badan. Perubahan ini adalah perkara yang biasa berlaku bagi ibu mengandung.

Sekiranya anda mengalami berat berlebihan dari BMI yang normal ketika permulaan kehamilan, anda perlu memantau tabiat pemakanan seharian.

Bagi berat badan normal, kebiasaannya anda mengalami kenaikan sekitar 10-15kg sahaja dan jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, ia sepatutnya meningkat sekitar 5-7kg sahaja.

Sedar ataupun tidak, sebenarnya anda tidak perlu makan secara berlebihan!

Ibu mengandung hanya memerlukan nutrien dan zat yang mencukupi dengan hanya mengambil segelas susu untuk ibu mengandung.

#2. Nutrisi optimum sewaktu hamil

Jika sebelum ini anda sangat menjaga bentuk badan melalui amalan diet, anda perlu hentikannya sebaik sahaja disahkan hamil.

Bila sudah berbadan dua ini, pastinya anda memerlukan nutrien yang mencukupi untuk perkembangan janin.

Hal ini merangkumi pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, karbohidrat, protein susu dan lemak.

Namun, tidak setiap hari anda mampu mendapatkannya dalam satu hidangan. Jadi, susu maternal merupakan sumber alternatif yang bagus sewaktu kehamilan.

Asid folik, zat besi, kalsium dan vitamin D merupakan nutrien yang diperlukan untuk badan bagi perkembangan janin yang baik.

Dalam hal ini, susu maternal mempunyai nutrisi yang ditambah dengan magnesium bagi membantu pertumbuhan tulang dan tisu.

Dua gelas susu penuh kebaikan 

Kekurangan cecair yang diambil sewaktu kehamilan menyebabkan anda mengalami hidrasi dan kurang bertenaga.

Namun, dengan pengambilan dua gelas susu maternal pada setiap hari, anda akan memperoleh cecair tambahan yang mencukupi sepanjang tempoh kehamilan.

Melalui hasil dari beberapa kajian, susu terbaik untuk ibu mengandung (susu maternal) mampu memberikan kesan yang positif sewaktu anda melahirkan bayi.

Kenapa perlu menghabiskan duit untuk mendapatkan berbotol-botol vitamin sedangkan semua nutrien yang anda perlukan sudah tersedia dalam susu maternal?

Menurut World Health Organisation, makanan tambahan yang diambil secara berlebihan memberikan kesan bahaya yang mengganggu penyerapan nutrien secara berkesan.

Cara yang selamat adalah anda perlu mengamalkan pengambilan susu untuk ibu mengandung sebagai alternatif terbaik. Kenyataan ini juga disokong oleh RNI (Recommended Nutrition Intake 2017).

Panduan memilih susu 

kepentingan susu untuk ibu mengandung

Melangkah sahaja masuk ke pasaraya, pastinya anda akan rambang mata dan keliru untuk memilih pelbagai jenis susu maternal yang tersusun kemas di rak.

Perkara yang ibu mengandung selalu tersilap adalah pemahaman terhadap susu maternal. Bagi anda, susu untuk ibu mengandung adalah sama meskipun ia dari negara Eropah atau negara lain.

Tapi tanggapan anda itu salah! Tak semua susu ibu mengandung itu sama, dan bukan semuanya dihasilkan di negara Eropah.

Jika anda betul-betul teliti membaca label di bahagian belakang susu tersebut, anda akan mendapati ada juga hasil tenusu yang dihasilkan di Thailand, Singapura dan Malaysia!

Hasil tenusu ini sebenarnya diperoleh dari ladang Eropah, Australia atau New Zealand dan diproses menjadi susu tepung. Kemudiannya, ia akan dihantar terus ke Asia Selatan.

Kemudian, susu tepung yang diterima ini akan melalui proses untuk menjadi jenama yang berlainan, mengikut formula yang ditetapkan oleh setiap jenama.

Setiap susu tepung diletakkan di bawah pemanasan agar nutrisinya tidak terjejas. Ini dikenali sebagai proses pemeringkatan kedua (double manufacturing process).

Sumber tenusu yang berkualiti

manfaat susu untuk kandungan

Frisomum Gold adalah satu-satunya susu yang diimport dari Belanda 100% dan melalui proses pemeringkatan hanya sekali sahaja.

Melalui kawalan menyeluruh, susu ini dikenali sebagai “grass to glass” iaitu susu  dihasilkan terus dari kilang mereka di Belanda.

Bermula dari pemilihan lembu tenusu, proses penghasilan susu tepung sehinggalah pembungkusan Frisomum Gold, semuanya dikawal dengan rapi.

Hal ini kerana aspek paling utama dalam penghasilan produk tenusu, lebih-lebih lagi buat ibu mengandung adalah untuk mengelak kebergantungan terhadap pihak ketiga.

Frisomum Gold mengawal keseluruhan proses dengan memastikan lembu-lembu yang diternak diberikan makanan yang seimbang. Tidak cukup dengan itu, mereka juga memastikan lembu membesar dengan baik dalam persekitaran yang sihat dan bebas dari sebarang tekanan. 

Hasil tenusu akan melalui proses saringan bagi mencapai standard yang tinggi dari segi warna dan bau susu.

Seterusnya, susu akan diekstrak dan dipindahkan dalam keadaan ideal iaitu di bawah suhu 4 °C.

Ia juga melalui proses pemanasan perlahan dan sederhana bagi memastikan nutrien susu dikekalkan secara optimum.

Akhir sekali, susu tepung yang siap akan dimasukkan ke dalam tin menggunakan proses perlindungan penutup tin yang unik bagi memastikan ibu hamil di seluruh negara memperoleh susu yang segar.

Jadi, apabila anda melangkah ke pasaraya, pastikan anda memeriksa terlebih dahulu dari mana susu tersebut dihasilkan.

Sentiasa ingat untuk memilih susu segar dari Belanda dan pastikan ia hanya Frisomum Gold!

Ingin tahu kelebihan “grass to glass” dan maklumat susu Frisomum Gold dengan lebih lanjut? Sila layari laman sesawang mereka di sini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Pengambilan Susu Ketika Mengandung Dapat Memastikan Bayi Sentiasa Sihat Dan Kuat

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsusu-untuk-ibu-mengandung

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!