Naikkan berat bayi pramatang dengan 4 jenis susu yang dirumus khas ini

lead image

Ini antara beberapa pilihan susu untuk bayi pramatang yang dirumus khas untuk menaikkan berat badan bayi supaya jadi lebih sihat dan cergas.

Ibu mana yang tak sedih bila melihat bayi yang dikandung kurang berat badan apabila dilahirkan secara pramatang. Kemudian, ramai pula yang kata susu untuk bayi pramatang yang terbaik adalah susu ibu.

Walaupun minum susu ibu, berat badan bayi tetap tak naik. Jadi untuk menambahkan berat badan si kecil itu, ibu pastinya perlu memberikan anak dengan susu formula yang terbaik bagi membantu menaikkan berat badan bayi pramatang.

Untuk memudahkan kerja anda dalam misi mencari susu formula yang khas untuk bayi pramatang, hari ini theAsianparent Malaysia akan menyenaraikan empat susu untuk bayi pramatang yang terdapat di pasaran.

*Amaran: Namun begitu, jika terdapat sebarang alahan, bayi berak sembelit, ruam-ruam dan muntah susu, adalah lebih baik anda berbincang segera dengan doktor yang merawat bayi anda.

Ini supaya masalah pemilihan susu formula ini tidak berlarutan.

Sebelum itu, hasil pemerhatian yang dilakukan ini adalah berdasarkan apa yang tertera pada kotak atau paket susu tersebut yang dilabel khusus untuk bayi pramatang. Semoga ia membantu.

4 jenis susu untuk bayi pramatang

1 –  Similac Neosure

susu untuk bayi pramatang, susu bayi pramatang, susu formula untuk bayi pramatang, bayi pramatang, cara susukan bayi pramatang, susu yang bagus untuk bayi pramatang, susu naik berat bayi, susu formula, susu formula anak pramatang

Bayi pramatang dilahirkan awal sebelum dua date jadi tubuhnya perlu bekerja keras untuk mengejar berat badan ideal.

Bagi menyokong perkembangannya untuk tahun pertama, ibu boleh memberikannya Similac Neosure yang diperkayakan dengan nutrisi yang bagus untuk bayi pramatang.

Antara kelebihan lain susu untuk bayi pramatang jenama Similac Neosure ini adalah:

  • Meningkatkan protein, tenaga, vitamin dan mineral pada tubuh bayi
  • Kalori tambahan untuk pertumbahan bayi pramatang
  • Mengandungi kalsium dan fosforus untuk pertumbuhan tulang bayi
  • Menyokong pertambahan berat badan bayi, ukuran panjang dan lilitan kepala bayi pramatang.
  • Memiliki OptiGro untuk perkembangan otak dan mata bayi anda

2 – Enfalac Premature

susu untuk bayi pramatang, susu bayi pramatang, susu formula untuk bayi pramatang, bayi pramatang, cara susukan bayi pramatang, susu yang bagus untuk bayi pramatang, susu naik berat bayi, susu formula, susu formula anak pramatang

Enfalac A + Premature adalah susu berkhasiat yang diformulasikan secara saintifik bagi memenuhi keperluan nutrisi bayi pramatang yang kurang berat badan.

Produk ini menyediakan bekalan tenaga, protein, kalsium dan nutrien penting untuk membantu proses pertumbuhan bayi pramatang.

Ciri-ciri susu Enfalac A+ premature:

  • Produk halal
  • 100% khasiat untuk bayi anda
  • Mengandungi vitamin dan mineral penting untuk bayi
  • Memberi pertumbuhan yang sihat untuk bayi

3 – Nestle Pre Nan Rumusan Khas Pramatang

susu untuk bayi pramatang, susu bayi pramatang, susu formula untuk bayi pramatang, bayi pramatang, cara susukan bayi pramatang, susu yang bagus untuk bayi pramatang, susu naik berat bayi, susu formula, susu formula anak pramatang

Nestle Pre Nan adalah susu formula khas untuk bayi pramatang dan menyediakan nutrien bagi memenuhi keperluan berat badan bayi sehingga mencapai 4 kilogram.

Kelebihan:

  • Mengandungi tenaga dan protein
  • Long Chain Polyunsaturated Fatty Acids (LC-PUFAs
  • DHA & ARA dan MCT oil

4 – Mamex Premature

susu untuk bayi pramatang, susu bayi pramatang, susu formula untuk bayi pramatang, bayi pramatang, cara susukan bayi pramatang, susu yang bagus untuk bayi pramatang, susu naik berat bayi, susu formula, susu formula anak pramatang

Susu ini mengandungi prebiotics Oligosaccharide dipatenkan secara antarabangsa GOS / lcFOS (9: 1) yang membantu meningkatkan pergerakan usus.

Kelebihan:

  • Mengandungi DHA tahap tinggi
  • Mengandungi nutrien penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan optimum kanak-kanak yang lahir pramatang.
  • Menghalang bakteria merbahaya daripada masuk ke dalam badan anak.
  • Meningkatkan bakteria baik.
  • Menggalakkan pergerakan usus yang baik dengan najis yang lebih lembut

Walau bagaimanapun, sebelum membuat keputusan untuk memberikan bayi anda susu formula, sila dapatkan dahulu rujukan daripada doktor yang bertauliah dalam penjagaan bayi pramatang supaya tiada kesan sampingan yang berkemungkinan berlaku.

Semoga bayi anda membesar dengan sihat hendaknya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ibu ini berkongsi 11 jenama susu yang betul-betul selamat untuk si kecil