Susu Bayi Habis Tengah Malam, Ibu Ini Call POLIS Minta Bantuan, Reaksi Mereka Cukup Mengejutkan!
Tidak tahu nak buat apa bila melihat makanan untuk anak dan bayi kecilnya habis, seorang ibu tekad meminta bantuan menerusi panggilan 911
Biasanya berapa banyak susu untuk bayi yang ibu beli buat si kecil?
Yalah, kadang-kadang kita tak jangka bila susu akan habis hingga terlupa nak beli paket yang baru.
Sebab itu, kejadian yang berlaku di Utah ini betul-betul mengejutkan sepasukan pegawai polis apabila mendapat panggilan seorang ibu yang memerlukan susu formula untuk bayi yang baru lahir pada pertengahan malam.
“Saya tidak pernah tak ada susu untuk bayi saya” kata Shannon Bird mengenai keputusanya untuk menghubungi polis pada jam 2.12 pagi.
Susu untuk bayi habis, ibu tekad hubungi polis
Dalam rakaman panggilan 911 itu, ibu berkenaan memberitahu bahawa dia tidak dapat menyusukan si kecilnya yang ketika itu berumur enam minggu.
“Saya telah cuba meminta bantuan jiran, tapi tiada sesiapa yang menjawab panggilan itu,”. Katanya lagi.
Bahkan, saya tidak pernah berada dalam keadaan ini di mana susu badan saya telah kering dengan sangat cepat. Namun, ini adalah anak kelima dan situasi ini tidak pernah berlaku,” ujarnya dengan keadaan yang hiba.
Ketiadaan suami yang bekerja di luar bandar
Ibu berkenaan turut memberitahu, bahawa suaminya berada di luar kawasan manakala lima anaknya yang lain sedang tidur.
Pada ketika itu juga, dia sedang menyusukan bayi kecilnya dan tidak mempunyai susu formula di dalam rumah.
Dengan kadar segera, Pegawai Polis bernama Lone Peak yang menjawab panggilan itu segera mendapatkan bantuan.
Sementara itu, Pegawai polis bernama Breet Wagstaff segera berhenti di sebuah kedai serbaneka dan mengambil beberapa paket susu formula lalu dihantar ke hadapan pintu rumah ibu berkenaan.
Namun rupanya mereka tersalah pilih susu kerana mendapati anak Bird masih lagi bayi dan tidak sesuai minum susu formula yang dibelikan itu.
Polis patah balik ke kedai beli susu lain
Dengan langkah yang pantas pasukan polis itu bergegas ke kedai serbaneka untuk mendapat susu formula yang lebih sesuai bagi bayinya tanpa menerima sebarang wang.
Semasa memilih susu, salah seorang anggota polis itu memilih susu yang sama seperti susu yang diminum anak perempuannya semasa lahir supaya tidak menganggu perutnya.
Terharu dengan bantuan polis
“Pada asalnya tidak mengharapkan mereka untuk mendapatkan susu untuk bayi saya,”. Ini kerana pada awalnya, dia ingin meminta bantuan polis meronda di kawasan rumahnya sementara dia ke kedai membeli susu.
Meskipun itu, ibu tersebut tetap terharu dengan bantuan yang diberikan oleh anggota polis itu kerana sudi membantunya dalam keadaan keliru.
Ketua Pegawai Polis daerah tersebut memuji tindakan pantas rakan-rakannya yang membantu ibu yang dalam kesusahan itu.
Bagi mereka ini adalah salah satu tanggungjawab badan beruniform dengan membantu golongan yang memerlukan pertolongan tidak kira masa, tempat dan waktu.
“Terima kasih kerana sudi membantu saya yang berada dalam keadaan kecemasan ini, tidak ada apa yang dapat saya balas jasa baik mereka yang sudi membantu saya di tengah malam,” akhirinya.
6 Fakta tentang nombor kecemasan di Malaysia
#1. Nombor 112 dan 999 dihubungkan ke tempat yang sama iaitu Penyedia Perkhidmatan Kecemasan
#2. Panggilan percuma ini tidak perlu kredit atau simkad jika menggunakan telefon bimbit atau telefon rumah.
#3. Kedua-dua nombor ini sah di Malaysia sahaja
#4. Agensi yang akan memberi bantuan adalah polis, bomba, hospital, Jabatan Pertahanan Awam dan Maritim.
#5. Pegawai yang bertugas di dua talian ini adalah sangat pantas dalam menjawab panggilan anda
#6. Sebelum ini, kita ada perlaksanaan penyatuan 999 di mana Malaysia mempunyai pelbagai nombor untuk kecemasan yang terdiri daripada 991, 992, 993, 994, 999 serta 112 untuk nombor kecemasan telefon mudah alih.
Jadi dail sahaja mana-mana nombor yang anda teringat sama ada 112 atau 999 untuk meminta bantuan sekiranya mengalami sebarang bentuk kecemasan dan lain-lain.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber : Fox8.com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 11 Susu Formula Terbaik Di Pasaran Untuk Perkembangan Si Manja