Ibu hamil wajib tahu dan minum susu-susu ini jika tak mahu bayi lahir tak cukup zat

lead image

Tak semua orang suka minum susu. Namun ketika mengandung, anda perlu juga minum satu cawan sehari demi kesihatan bayi dalam kandungan

Ketika hamil, akan timbul macam-macam persoalan seperti morning sickness, perkembangan trimester pertama hingga ketiga kehamilan, pemakanan, susu untuk ibu mengandung dan lain-lain. 

Bila tengah berbadan dua ini, ibu memerlukan kalsium yang tinggi. Biasanya ia boleh didapati dalam susu untuk ibu mengandung.

Apabila ibu minum susu, kadar kalsium yang baik boleh diperolehi oleh bayi dalam kandungan. Kajian menyatakan ibu hamil memerlukan hampir 1000 ke 1300 mg kalsium setiap hari

Susu untuk ibu mengandung: Kelebihan minum susu 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/05/8ad7bee1464af954ac41aecb2f9c309f.jpg Ibu hamil wajib tahu dan minum susu susu ini jika tak mahu bayi lahir tak cukup zat

Terdapat banyak kelebihan susu untuk ibu mengandung dan doktor juga menyarankan wanita hamil perlu minum 3 cawan susu setiap hari. 

Antara kebaikan minum susu untuk ibu mengandung ialah ia dapat mengurangkan risiko diabetes type 2.

Bahkan, minum susu ketika hamil juga boleh mengurangkan risiko osteoporosis pada anak ketika umurnya menjengah tua. Selain itu, ia juga meningkatkan IQ anak kerana susu mengandungi iodine yang berfungsi untuk tumbesaran otak bayi. 

Susu untuk ibu mengandung: Susu yang mana lebih banyak kebaikan? 

Sekarang ini kalau kita tengok di kedai ubat atau pusat membeli-belah, banyak sangat jenama susu untuk ibu mengandung. Mesti ada yang kurang pasti mana satu elok nak minum.

Takut juga kandungan gula dalam susu itu tinggi hingga penyebab dapat kencing manis masa mengandung. 

Kalau anda rasa takut, di sini kami senaraikan jenis-jenis susu yang boleh diamalkan sepanjang kehamilan. Jom tengok dan buat pilihan tepat ya! 

1.Susu lembu rendah lemak 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/05/c2b4b12b563c3437c1081a3c09d6825b.jpg Ibu hamil wajib tahu dan minum susu susu ini jika tak mahu bayi lahir tak cukup zat

Susu untuk ibu mengandung yang paling popular ialah susu lembu. Jika anda tak nak terlalu banyak kalori masa mengandung, susu lembu rendah lemak adalah pilihan tepat. 

Sebab apa kami kata kalori tak ada? Sebabnya kerana lemak tepu dalam susu lembu sudah disingkirkan sebelum ia menjadi serbuk susu. Jadi eloklah kalau ibu nak minum masa hamil. 

Malah kandungan susu lembu juga diproses dengan vitamin A, D,E dan C. Nutrisi ini sangat diperlukan ibu hamil.

Memadai jika ibu minum secawan susu dengan anggaran 305 mg kalsium setiap hari. Tapi kalau dapat minum 2 ke 3 cawan lagi bagus. 

2.Susu penuh krim 

Susu penuh krim juga sesuai sebagai susu untuk ibu mengandung tapi anda perlu tahu susu ini mengandungi 3.5% lemak. Ini untuk ibu hamil yang nak tambah berat bolehlah minum. 

3. Susu lembu yang telah lalui proses pasteurization 

Proses pasteurization adalah proses membunuh kuman dalam makanan atau minuman seperti susu, jus, makanan dalam tin dan lain-lain. Susu yang melalui proses pasteurization adalah lebih baik. 
 
Bila dah lalui proses ini, kuman atau bakteria sukar membiak dalam minuman. Jika ibu minum susu tanpa proses ini, ia boleh membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan. 

4. Susu tanpa proses pasteurization 

Susu jenis ini adalah susu yang terus diperah dari badan lembu, kemudian anda terus minum. Sebenarnya ia memudaratkan kesihatan bayi dalam kandungan kerana susu jenis ini tak melalui proses pasteurization.

6 jenis susu untuk ibu mengandung 

1. Susu lembu 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/05/4494c8af098f1a71089ede88bb8d2fd0.jpg Ibu hamil wajib tahu dan minum susu susu ini jika tak mahu bayi lahir tak cukup zat

Susu lembu paling feveret setiap orang. Bahkan, susu lembu juga dijual secara meluas dengan pelbagai perisa seperti coklat, jagung dan strawberi. 

Fakta nutrisi 

  • Mengandungi amino acid yang baik untuk sel badan ibu dan bayi 
  • Vitamin D dapat mengurangkan risiko diabetes pada ibu hamil dan bantu perkembangan bayi dalam kandungan. 
  • Vitamin E pula ada antioxidant dan bantu kurangkan pelbagai penyakit. 
  • Mengandungi kandungan kalsium yang tinggi. 
  • Vitamin A dalam susu ini juga dapat bantu tisu badan dan sistem imun bayi 

2. Susu kambing 

Susu kambing ini biasanya dikeluarkan secara organik, UHT dan susu segar. 

Fakta nutrisi: 

  • Susu kambing mengandungi protein tinggi, rendah butterfat globules dan vitamin B2.
  • Susu kambing bantu kurangkan masalah kolesterol dan meningkatkan metabolism badan. 
  • Vitamin B2 dalam susu kambing meningkatkan antibodi dan sistem imun badan. 

3. Susu soya 

Susu ini tak mengandungi lemak, pelbagai perisa dan kaya dengan fibre serta kalsium. Kandungan protein juga sama macam susu lembu. 

Fakta nutrisi: 

  • Tanpa kolesterol dan kalsium yang terkandung dalam susu soya membantu tumbesaran bayi. 
  • Lemak Monosaturated dan polysaturated bantu penyakit kardiovaskular.
  • Antioksidan dalam susu soya dapat mencegah kanser. 

4. Susu beras

Ia dihasilkan dari air dan beras. Walaubagaimanapun, susu beras tak sesuai untuk ibu yang ada diabetes kerana ia mengandungi 4 kali ganda karbohidrat jika dibandingkan dengan susu lembu. 

Fakta nutrisi: 

  • Mengandungi Vitamin B 
  • Rendah lemak 
  • Rendah protein tapi tinggi antioxidant. 
  • Mencegah penyakit selenium dan manganese. 

5.Susu kacang almond 

Dihasilkan dari kacang almond dan air. Biasanya, kalau orang tak suka susu soya, mereka akan gantikan dengan susu almond. 

Fakta nutrisi: 

  • Bebas lemak dan kolesterol 
  • Kaya dengan asid folic, fiber, protein, Vitamin B, kalsium, iron dan Vitamin E. 
  • Rendah kalori dan ada antioxidant untuk bantu sistem imun badan. 

6. Susu oat 

Susu untuk ibu mengandung yang terakhir boleh jadi pilihan adalah susu oat yang bantu mencegah sembelit masa hamil.

Ia mengawal perut lapar, bantu tahap kandungan gula dalam darah dan menyalurkan oxygen yang mencukupi pada sel badan. 

Fakta nutrisi:

  • Kaya dengan vitamin A dan B 
  • Mineral manganese, potasium dan phosporus. 
  • Mengandungi khasiat protein 

 

 

 

Sumber: momjunction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ibu ini berkongsi 11 jenama susu yang betul-betul selamat untuk si kecil