8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!

8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!

Ibu mencari baju sweater untuk anak? Kami ada senaraikan 8 pilihan sweater yang bergaya dan versatil untuk anak pakai.

Memilih pakaian si manja sewaktu membeli-belah sememangnya suatu pengalaman yang mengujakan. Ibu mana yang tidak ingin melihat anak mereka menggayakan fesyen dan warna pakaian yang cantik serta menarik termasuklah pakaian jenis sweater.

Malaysia merupakan negara yang mempunyai taburan hujan yang tinggi setiap tahun berikutan negera kita terletak di garisan Khatulistiwa, lihat sajalah sejak akhir-akhir ini, beberapa negeri kerap mengalami cuaca hujan agak ekstrem sehingga berlaku banjir.

Walaupun menerima hujan yang agak banyak sepanjang tahun, namun dengan keadaan purata suhu yang tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas, adalah lebih baik sekiranya anda meletakkan faktor keselesaan sebagai penentu utama dalam pemilihan pakaian si manja.

Tips Pemilihan Baju Sweater Untuk Kanak-Kanak

8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!

Tidak salah sekiranya ibu ayah menyediakan pakaian jenis sweater kepada anak-anak biarpun kita menetap di Malaysia dengan cuaca tropikal, lagipun kanak-kanak agak mudah diserang selsema dalam keadaan cuaca sejuk.

Setelah mengenal pasti faktor keselesaan, barulah sesuai untuk anda menilai faktor lain seperti dari segi rekaan fesyen dan juga warnanya.

Pastinya ramai ibu yang ingin sekali mengetahui kaedah pemilihan pakaian si manja supaya bersesuaian dan selesa mengikut keadaan cuaca di Malaysia.

Kebanyakan ibu pasti setuju bahawa baju yang terlalu tebal tidak begitu sesuai untuk anak mereka dengan keadaan cuaca negara kita yang tidak menentu kadang kala sejuk kadang kala panas.

Bukan hanya faktor material yang perlu dititik-beratkan, terdapat pelbagai lagi tips lain yang boleh dipertimbangkan ibu ayah semasa membeli pakaian jenis sweater kepada anak-anak yang bersesuaian mengikut keadaan cuaca di Malaysia.

1. Material

Kain kapas sesuai digunakan hampir dalam semua keadaan cuaca termasuk ketika hari sedang panas. Pakaian sweater kanak-kanak yang dihasilkan daripada material kain kapas boleh didapati dengan begitu mudah pada masa kini.

Kain kapas cukup selesa apabila bersentuhan dengan kulit mereka kerana ia menyediakan keseimbangan lembapan yang sesuai, sekaligus menjadikan ia material kain terbaik untuk dipakaikan kepada si manja anda.

Salah satu kelebihan kain kapas ialah ialah kemampuannya menyerap lembapan atmosfera di sekelilingnya dengan kadar antara 8 sehingga 10 peratus. Ini menjadikan ia sentiasa lembut apabila bersentuhan dengan kulit bayi dan kanak-kanak.

– Jika anda sedang mencari baju sweater yang boleh memanaskan badan pada masa yang sama, pilih produk yang diperbuat daripada kapas bulu atau terry. Bahan ini agak tebal dan boleh menjadi hangat sesuai digayakan jika ibu ayah bercadang membawa anak melancong ke luar negara atau kawasan tanah tinggi.

2. Saiz

Apabila memilih sweater, sudah tentu saiz adalah salah satu faktor utama yang perlu anda pertimbangkan. Terdapat dua model sweater yang biasa terdapat di pasaran iaitu klasik dan moden.

Baju peluh klasik datang dalam gaya longgar atau lurus yang bersaiz lebih besar sedikit. Sebaliknya, baju peluh moden bersaiz lebih kecil atau sesuai dengan badan, menjadikannya sempurna untuk penampilan bergaya.

Pada asasnya, sweater yang dijual di kedai dalam talian mempunyai saiz S hingga XL. Walau bagaimanapun, untuk kedua-dua model klasik dan moden, anda masih perlu mengukur lilitan dada anak anda dan jangan hanya berpegang pada saiz.

Dengan cara itu, anda akan dapati saiz baju peluh yang selesa untuk badan anak dan sedap dipakai. Jika penjual tidak menyenaraikan saiz yang tepat, sila tanya dahulu melalui ruangan chat sebelum membelinya.

3. Rekaan motif

Dahulu kebanyakan baju sweater kanak-kanak adalah baju biasa tanpa corak. Walau bagaimanapun, seiring dengan perkembangan fesyen, banyak rekaan sweater mempunyai corak, seperti motif camo, jalur di dada, garis di lengan, kartun dan sebagainya.

Tiada peraturan khas untuk memilih baju sejuk yang sesuai dengan anak anda. Asalkan mereka suka dan yakin bila memakainya, itu sudah cukup bagus.

Untuk memaparkan kesan yang menarik, pilih baju sweater yang tidak mempunyai banyak corak atau polos. Contohnya ialah baju peluh yang hanya memaparkan logo jenama.

Ibu ayah juga boleh memilih sweatshirt dengan jalur mendatar. Motif ini akan membuatkan badan anak kelihatan lebih berisi, jadi ia sesuai untuk anak yang bertubuh kecil.

Jika anak anda seorang yang ekspresif dan aktif, belikan mereka sweater bercorak dengan warna-warna terang.

8 Sweater Terbaik Kanak-Kanak Di Pasaran

Kami membantu ibu ayah menyenarai pendek sweater terbaik kanak-kanak di pasaran mengikut kesesuaian dengan cuaca di Malaysia. Semoga dapat membantu!

Sweater Terbaik Kanak-Kanak
Poney Boys Navy Hooded Jacket With Zip
Sweater Terbaik Gaya Polos
more info icon Beli di Shopee
PUMA Unisex FRUITMATES Kids' Hoodie
Sweater Terbaik Dengan Warna Terang
more info icon Beli di Shopee
Girls' Love Pattern Knit Cardigan
Sweater Terbaik Untuk Anak Perempuan
more info icon Beli di Shopee
Kikilala Toddler Jacket With Hood
Sweater Terbaik Untuk Gaya Aktif
more info icon Beli di Shopee
Baby Boys Clothes Sets Bear Long Sleeve Casual Hoodie
Sweater Terbaik Jenis Set
more info icon Beli di Shopee
Korea Girl Kids Knitwear
Sweater Terbaik Rekaan Gaya Korea
more info icon Beli di Shopee
Poney Girls Navy Cropped Hooded Sweatshirt
Sweater Terbaik Rekaan Comel
more info icon Beli di Shopee
Mothercare Baby Boy Giraffe Knitted Cardigan
Sweater Terbaik Rekaan Untuk Bayi
more info icon Beli di Shopee

Poney Boys Navy Hooded Jacket With Zip

Sweater Terbaik Gaya Polos

8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!

Jaket lengan panjang dengan hoodie ini mempunyai pengancing zip di bahagian hadapan, poket hadapan, pita jalur kontras pada lengan dan applique label kulit pada poket.

Pita sisi jalur kontras menambah rasa sejuk pada hoodie klasik ini. Rekaan regular fit dengan lengan panjang, hoodie dengan inner fleece untuk kehangatan, zip melalui pengancing dan disiapkan dengan poket yang selesa di hadapan memudahkan pakaian ini ditanggalkan oleh anak.

Apa yang kami suka :

  • Rekaan polos yang matang
  • Sesuai untuk anak lelaki yang lebih besar
  • Jenama Poney yang berkualiti
  • Diperbuat daripada material kapas yang selesa

PUMA Unisex FRUITMATES Kids’ Hoodie

Sweater Terbaik Dengan Warna Terang

8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!

Menampilkan warna-warna yang sangat ceria dan watak buah-buahan yang menyeronokkan, hoodie ini pasti menjadi kegemaran anak anda. Ia mempunyai hoodie bergaris jersi, ikatan pinggang rusuk dan manset lengan serta sisipan panel T7.

Malah terdapat poket kanggaru untuk penyimpanan. Selesa dan suka memakai hoodie ini ketika bermain, baju ini mempunyai lengan raglan untuk kebebasan pergerakan yang maksimum. 

Apa yang kami suka :

  • Potongan biasa
  • Dibuat dengan gentian kitar semula untuk mengurangkan kesan kepada alam sekitar kita.
  • Gabungan cetakan berketumpatan tinggi serta getah grafik yang menampilkan warna-warna ceria dan watak buah-buahan yang menyeronokkan.
  • Disulam dengan logo PUMA
  • Unisex

Girls’ Love Pattern Knit Cardigan

Sweater Terbaik Untuk Anak Perempuan

8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!

Kardigan jenis ini sesuai digayakan jika anak perempuan anda memakai baju atau gaun tanpa lengan sebagai aksesori tambahan. Warna pastel yang ditampilkan pula sangat comel untuk si kecil anda bergaya.

Diperbuat daripada material campuran kapas dan polyester fiber, ibu ayah tak perlu risau kerana baju ini bukanlah pakaian untuk musim sejuk kerana materialnya lebih nipis berbanding knitwear yang lain.

Apa yang kami suka :

  • Cetakan corak hati yang comel
  • Pilihan warna-warna pastel
  • Kardigan jenis berbutangm mudah ditanggalkan

Kikilala Toddler Jacket With Hood

Sweater Terbaik Untuk Gaya Aktif

8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!

Jenama yang tidak asing lagi, Kikilala turut menampilkan seleksi rekaan jaket berhud untuk anak lelaki. Dengan cetakan animasi berwarna kuning terang dan hitam, rekaan ini lebih sesuai digayakan oleh anak anda yang aktif dan gemar bergaya.

Diperbuat daripada kain kapas, walaupun pakaian ini adalah jenis sweater namun ia tidaklah terlalu panas untuk dipakai ketika berjalan-jalan bersama keluarga dalam shopping mall!

Apa yang kami suka :

  • Warna terang yang menarik perhatian anak lelaki
  • Mempunyai saiz yang pelbagai
  • Mempunyai hoodie

Baby Boys Clothes Sets Bear Long Sleeve Casual Hoodie

Sweater Terbaik Jenis Set

Baby Boys Clothes Sets Bear Long Sleeve Casual Hoodie sweater anak

Sukar mencari set sweater untuk bayi anda? Kami ada pilihan terbaik untuk anda! Dengan corak beruang pada baju, ia juga didatangkan bersama seluar panjang.

Harganya cukup berpatutan meskipun kualitinya setanding dengan jenama-jenama pakaian premium yang lain. 

Apa yang kami suka :

  • Mempunyai pelbagai pilihan warna dan saiz
  • Material yang selesa dan lembut pada kulit bayi

Korea Girl Kids Knitwear

Sweater Terbaik Rekaan Gaya Korea

Korea Girl Kids Knitwear sweater anak

Jika si ibu suka mengenakan pakaian ala Korea kepada si kecil anda, sweater ini pastinya menjadi pilihan terbaik! Dengan rekaan corak bunga pastel pada keseluruhan baju, materialnya juga tidak terlalu panas untuk dipakai dalam keadaan cuaca Malaysia.

Pakaikan bersama jeans polos, sweater ini juga pasti selesa dipakai jika anak dibawa melancong ke kawasan tanah tinggi Cameron Highland atau Genting Highland!

Apa yang kami suka :

  • Corak dan warna pastel yang disukai anak perempuan
  • Material yang lembut dan tidak gatal pada kulit
  • Mempunyai pelbagai pilihan saiz

Poney Girls Navy Cropped Hooded Sweatshirt

Sweater Terbaik Rekaan Comel

Poney Girls Navy Cropped Hooded Sweatshirt sweater anak

Hoodie jenis cropped bercetak pada keseluruhan baju yang berlengan panjang, turut menampilkan trim bergaris yang labuh dan anjal. 

Terdapat dalam pelbagai reka bentuk dan warna untuk dipadankan dengan kesukaan mereka. Rekaannya yang comel dan menarik pasti menarik perhatian oleh orang disekeliling!

Apa yang kami suka :

  • Mempunyai hoodie
  • Cetakan penuh corak hati berwarna-warni
  • Diperbuat daripada kain kapas yang selesa dan tidak terlalu panas

Mothercare Baby Boy Giraffe Knitted Cardigan

Sweater Terbaik Rekaan Untuk Bayi

Mothercare Baby Boy Giraffe Knitted Cardigan sweater anak

Diperbuat daripada kain kapas berkait, si comel anda pastinya selesa mengenakan kardigan ini ketika musim dingin. Dihiasi dengan watak haiwan zirafah dan kura-kura pada baju, pakaian ini juga diperbuat daripada kapas semula jadi untuk memastikan ianya lembut dan mesra pada kulit anak.

Apa yang kami suka :

  • Kardigan berbutang, mudah untuk ditanggalkan.
  • Warna yang lembut pada bayi
  • Mempunyai poket

Perbandingan Harga Sweater Terbaik Kanak-Kanak

Jenama Harga
Poney Boys Navy Hooded Jacket With Zip RM119.00 – RM134.00
PUMA Unisex FRUITMATES Kids’ Hoodie RM160.00
Girls’ Love Pattern Knit Cardigan RM33.50 – RM36.80
Kikilala Toddler Jacket With Hood RM53.00
Baby Boys Clothes Sets Bear Long Sleeve Casual Hoodie RM29.69 – RM29.89
Korea Girl Kids Knitwear  RM24.64
Poney Girls Navy Cropped Hooded Sweatshirt RM67.00
Mothercare Baby Boy Giraffe Knitted Cardigan RM102.00

Jenis-Jenis Sweater

8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!

Terdapat pelbagai jenis gaya sweater, setiap satunya dengan ciri dan aplikasi yang unik. Ada yang dicipta untuk fesyen dan bukannya utiliti, serta ada yang dicipta hanya untuk musim tertentu. Kami senaraikan jenis-jenis sweater yang ada di pasaran seperti di bawah. 

1. Pullover

Sweater jenis ini boleh dipakai dan ditanggalkan dengan mudah, menjadikannya sesuai untuk hampir semua keadaan atau persekitaran. Biasanya ringan dan sesuai untuk cuaca panas hingga sejuk, dari segi teknikal, pullover adalah jenis sweater tanpa zip atau butang.

2. Crewnecks

Sejenis pullover yang dibezakan oleh garis leher bulat yang melilit kolar. Walaupun kebanyakan baju dalam senarai ini mempunyai penampilan yang lebih formal, beberapa baju sejuk mewah tersedia dalam reka bentuk ini.

Jika anak perlu memakainya ketika menjelajah musim sejuk di luar negara, leher kru akan memberi anal lebih banyak ruang untuk leher anak dan pengudaraan yang lebih baik.

3. Turtleneck

Satu lagi sweater jenis pullover tetapi digelar turtleneck yang membezakannya ialah mempunyai kolar yang lebih panjang. Turtleneck tradisional mempunyai kolar yang sempit, biasanya boleh dilipat manakala mock neck atau lebih dikenali sebagai leher olok-olok, mempunyai garis leher yang lebih menonjol tetapi lebih pendek.

Walaupun kedua-dua reka bentuk cantik, mock adalah sesuai untuk cuaca yang lebih panas. Selain itu, kolar besar pada pakaian menawarkan perlindungan yang baik daripada kesejukan.

4. Kardigan

Pakaian berlengan panjang ini mempunyai leher dan butang berpotongan rendah. Kerana bentuknya yang fleksibel dan longgar, ia biasanya dirujuk sebagai “baju sejuk terbuka."

Kardigan biasanya ringan dan selalu dipakai sebagai lapisan tambahan. Sebagai contoh anda perempuan anda memakai gaun tanpa lengan, jadi kardigan boleh dijadikan sebagai aksesori tambahan kepada anak supaya tidak terlalu terdedah dengan cuaca sejuk.

5. Zip suku dan zip penuh

Berbeza dengan baju sejuk lain, rekaan ini selalunya mempunyai binaan yang lebih atletik dan menggunakan zip dan bukannya butang. Zip penuh mempunyai laluan zip penuh, tetapi rekaan suku zip hanya memanjang ke bahagian atas dada sahaja.

Beberapa jenis baju sejuk berzip tebal sesuai untuk aktiviti luar seperti berlari dan trekking dalam cuaca sejuk. Zip-up yang lebih menarik kelihatan baik sebagai lapisan luar yang elegan dan sesuai untuk dipakai ketika acara santai.

Tips Beli Baju Anak Boleh Kekal Lama

8 Sweater Selesa Untuk Anak, Apa Pun Sediakan Pakaian Yang Sesuai Dengan Cuaca Kita!

Untuk elakkan anda melakukan tindakan yang merugikan dan tidak berbaloi, apatah lagi harga baju kanak-kanak agak mahal, ikuti tips beli baju supaya kekal lama yang boleh dipertimbangkan ibu bapa sebelum membeli baju anak-anak. 

1. Kualiti

Sama ada anda perasan atau tidak, kebanyakan pakaian dan aksesori kanak-kanak lebih mahal.

Tidak salah untuk anda melaburkan wang untuk membeli pakaian yang sedikit mahal namun berkualiti tinggi kerana ia tahan lama.

Ini kerana kita tidak tahu pakaian yang dijual dengan harga murah mungkin menggunakan fabrik yang tidak sesuai sehingga memberi kesan kepada kulit kanak-kanak seperti alergik dan ruam.

2. Ukuran

Dalam usia kanak-kanak, mereka membesar dengan cepat dan ukuran mereka tidak sama walaupun dalam usia yang sama.

Ibu bapa dinasihatkan untuk membeli pakaian yang sainya satu tahun lebih besar dari saiz kanak-kanak itu supaya pakaian boleh dipakai lebih lama.

Memakaikan mereka pakaian yang ketat tidak akan memberi keselesaan untuk mereka bergerak aktif dan akan mengganggu mood mereka.

3. Material

Adalah dinasihatkan untuk ibu bapa memilih pakaian daripada kain kapas (cotton) kerana keselesaannya kepada kanak-kanak dan memudahkan pergerakan mereka, terutama dalam usia mereka sedang bergerak aktif dan lasak.

Tambahan pula ia mudah dicuci, tahan lasak dan tidak mudah turun warna.

4. Rekaan yang tidak lapuk (timeless)

Usah keterlaluan untuk mengikut trend. Ini kerana gaya dan trend berkembang dan berubah pantas. Pilihlah rekaan yang timeless atau tidak lapuk agar boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang. Contohnya baju yang lebih kasual. 

Semoga artikel ini bermanfaat!

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia

Baca juga: Hari-Hari Hujan, Baju Tak Sempat Nak Kering? 8 Mesin Pengering Baju Terbaik Ini Penyelamat Anda!

Baca juga: Ada Banyak Baju Kanak-Kanak Yang Lama Dan Tak Lagi Dipakai? Dermakan Ia Di Sini!

Baca juga: Elak Membazir Ketika Beli Baju Bayi, Beli 5 Jenis Baju Newborn Terbaik Ini Sebagai Persediaan Awal Menyambut Orang Baru!