8 tanda anda memiliki badan yang subur dan mudah untuk hamil

lead image

Tahukah anda, dengan melihat tanda-tanda pada tubuh anda, anda boleh periksa tahap kesuburan anda. Ini 8 tanda tahap kesuburan tinggi.

Tahukah anda yang tubuh badan anda juga boleh menjadi tanda sama ada anda mempunyai tahap kesuburan tinggi atau tidak? Tak percaya jom baca 8 tanda kesuburan ini!

Anda pasti terkejut kerana boleh melihat tanda-tanda ini pada tubuh badan anda. Jika ada banyak tanda, maksudnya tahap kesuburan tinggi lah tu! :D

8 tanda pada tubuh badan yang menunjukkan anda mempunyai tahap kesuburan tinggi

1. Haid yang teratur setiap bulan

tahap kesuburan tinggi, tanda subur, mudah hamil, cepat mengandung, mudah mengandung

Kitaran haid yang teratur dan tepat setiap bulan menandakan anda sangat subur. Kitaran haid selalunya setiap 25-35 hari.

Selain itu, kitaran haid yang panjang menandakan yang anda mempunyai ovari yang kuat dan boleh menampung banyak sel telur.

PMS, payudara sensitif dan senggugut juga merupakan tanda tahap kesuburan tinggi.

2. Lendir faraj yang banyak dan berwarna jernih

Jika anda hampir haid dan anda melihat banyak lendir faraj berwarna jernih dan tidak berbau, ini tanda anda sedang subur.

Selain itu, lendir ini juga bermaksud yang kelenjar servik anda dalam keadaan sihat dan badan anda menghasilkan hormon estrogen dengan baik.

3. Darah haid keluar tidak terlalu banyak

tahap kesuburan tinggi, tanda subur, mudah hamil, cepat mengandung, mudah mengandung

Badan yang subur adalah apabila anda memiliki dinding rahim yang tebal supaya embrio janin boleh melakukan implan dengan mudah selepas persenyawaan.

Ini dapat dilihat dari darah haid yang tidak terlalu banyak. Bila anda mempunyai pendarahan yang banyak ketika haid, ia boleh menipiskan dinding rahim dan membuatkan embrio sukar untuk mengimplan selepas persenyawaan.

4. Boleh jangkitkan haid pada orang

Mitos mengatakan jika seorang perempuan sedang haid dan memijak kaki kawannya, kawannya akan mendapat haid. Mitos ini mempunyai satu penjelasan saintifik.

Wanita yang mempunyai tahap kesuburan yang tinggi mempunyai hormon feromon yang kuat sehingga dapat mempengaruhi wanita yang rapat dengan mereka.

Feromon kuat sehingga boleh mempengaruhi kitaran haid orang lain adalah tanda kesuburan yang tinggi dan sangat mudah untuk hamil.

5. Bentuk payudara yang bagus

Bentuk dan ukuran payudara mempengaruhi keadaan hirmon anda. Bentuk payudara yang baik menandakan hormon anda bekerja dengan baik.

Ini tidak bermakna wanita yang mempunyai payudara kecil tidak subur, cuma wanita yang mempunyai bentuk bulat yang sempyrna mempunyai peluang untuk hamil lebih besar dari yang lain.

6. Tak pernah sakit di kawasan pelvis

tahap kesuburan tinggi, tanda subur, mudah hamil, cepat mengandung, mudah mengandung

PMS dan senggugut ketika haid berbeza dengan sakit di kawasan pelvis. Jika anda mengalami sakit yang teruk di area pelvis dan berterusan dalam jangka masa yang lama, ia mungkin petanda cyst ovari atau endometriosis.

Meraka yang mempunyai tahap kesuburan tinggi tidak akan mengalami sakit di kawasan pelvis.

7. Mudah hamil tanpa bantuan program hamil

Tanda kesuburan yang lain adalah walaupun anda menggunakan perancang keluarga tapi anda tetap juga hamil. Ini bermakna tubuh badan anda sangat subur hingga apa-apa alat perancang keluarga tidak berjaya untuk menghalang anda dari hamil.
 
Jika ini berlaku, bincang dengan doktor anda tentang alat yang sesuai untuk anda guna atau menyuruh suami anda memakai alat mencegah kehamilan.

8. Mempunyai rekod kesihatan yang bagus

Jika anda rajin berbincang dengan doktor dan tidak mempunyai apa-apa penyakit yang boleh mempengaruhi kesuburan, anda berkemungkinan besar untuk hamil.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Indonesia

Baca juga:

my.theasianparent.com/kurang-makan-buah