Dijangka Ramai Murid Tahun 1 Sesi 2021/2022 Berdepan Masalah Buta Huruf, Ibu Ayah Sila Alert!

undefined

Pejam celik lagi beberapa hari sahaja lagi untuk kita melangkah tahun 2021. Dengan cabaran pandemik Covid-19, semua bidang terjejas termasuklah pendidikan

Pandemik Covid-19 telah menjejaskan hampir kesemua sektor termasuklah bidang pendidikan. Bermula sejak Mac lalu, sesi persekolahan terganggu terutamanya di kawasan zon merah. Keadaan ini amat membimbangkan ibu ayah kerana lagi beberapa hari sahaja lagi kita bakal memasuki tahun 2021.

Ramai mengakui bahawa sesi pembelajaran secara atas talian atau di rumah kurang berkesan kerana mungkin mengalami pelbagai gangguan yang sekaligus menganggu fokus anak-anak.

Tahun 2021 bakal meningkatkan kadar buta huruf dalam kalangan murid darjah 1

pendidikan tahun 2021

credit to sources

Menurut petikan akhbar dari kenyataan seorang Pakar Psikologi Kanak-Kanak Pusat Pembelajaran Berterusan Universiti Malaya (UMCCed), Datin Prof. Mariani Md Nor berkata, kanak-kanak prasekolah yang bakal melangkah masuk tahun 1 pada 2021 ini cenderung mengalami masalah mengeja dan mengira.

”Murid berumur 5 hingga 6 tahun sebenarnya masih belum cukup matang untuk memberi fokus dalam proses pembelajaran. Namun masalah ini tidak akan menjadi ketara sekiranya ibu ayah meluangkan masa untuk memantau anak-anak ketika belajar di rumah,” jelasnya.

Manakala seorang ibu yang memiliki anak bakal memasuki alam sekolah rendah bagi sesi tahun 2021, Wawa Shauqi mengatakan dia berasa cukup berdebar apabila membaca berita sedemikian.

Jangan panik kawan-kawan. Kita sekapal. Panik kalian menunjukkan panik seorang ibu ayah yang mengambil berat tentang masalah anak-anak. Kita boleh mengeluh, kita juga boleh memilih bagi mencipta peluang.

Malah peluang mungkin lebih baik dan lebih besar sekiranya kita tahu bagaimana cara untuk memanfaatkannya. Ketika anda berperanan sebagai guru sementara di rumah, kita boleh sendiri boleh mengenali cara pembelajaran anak-anak, di mana guru sekolah pun tidak dapat menyedarinya sebab mereka kena ajar ramai pelajar dalam satu masa.

Tips untuk ibu ayah mengelakkan anak ketinggalan dalam pelajaran

Jadi dengan baki yang tinggal sebulan lebih ini, apa yang anda boleh lakukan ialah:

#1. Memastikan anak tiada masalah lambat berkembang

Sekiranya masih belum, sila berjumpa dengan pakar. Lewat perkembangan ini sebenarnya akan menganggu keupayaan akademik mereka. Ia juga menyumbang kepada punca stres yang kronik dalam diri si manja. Justeru. rajin-rajinlah merujuk carta perkembangan anak dari usia 0 hingga 5 tahun pertama ini.

#2. Kawal penggunaan gajet

tahun 2021 masalah buta huruf

credit to sources

Kini sudah sampai masanya untuk anda mengurangkan penggunaan gajet dan televisyen secara beransur-ansur. Anak-anak zaman kini sememangnya ketagih dengan dua alatan tersebut yang memberi kesan pendedahan stimulasi visual dan auditori berlebihan. Ini yang menyebabkan mereka sukar fokus ketika belajar.

Justeru, gantikan dengan aktiviti berstruktur untuk membantu mereka lebih fokus.

#3. Anak menguasai asas 3M

Ia meliputi kemampuan untuk duduk diam di atas kerusi, ada daya tumpuan yang baik, boleh memegang pensil dengan betul serta kenal bentuk, warna dan huruf-huruf. Sekiranya mereka sudah pandai membaca, lagi bagus. Ini bagi membuatkan mereka rasa tidak ketinggalan dan sekaligus membuatkan mereka lebih yakin.

#4. Memiliki asas komunikasi sosial yang baik

Anda perlu memastikan si manja sudah pandai menunggu giliran, berkongsi, memberikan respon dengan kawan-kawan atau cikgu serta mempunyai kawalan emosi yang baik.

Ini termasuklah sudah boleh memberitahu cikgu sekiranya dia ingin ke tandas. Sebenarnya ramai anak murid terkucil sebab mereka takut nak bagitahu, ada juga yang langsung tidak mengetahui nama ibu ayah sendiri.

#5. Waktu tidur mencukupi

murid tahun 1 2021

credit to sources

Latih anak untuk mula tidur awal dan bangun awal. Ini adalah untuk memastikan mereka memperoleh waktu tidur yang mencukupi, supaya badan selesa untuk duduk lama di dalam kelas. Tidak cukup tidur boleh membuatkan mereka tantrum dan mudah hilang fokus terhadap sesuatu perkara.

Selain itu, ibu ayah juga hendaklah memastikan anak tidak janggal dan takut dengan buku. Biasakan mereka dengan sesi bercerita, bermain dan belajar dengan gembira menggunakan buku. Justeru nanti tidaklah dia terkejut apabila jumpa buku di sekolah nanti.

Perkara yang paling penting adalah anda perlu memastikan mental anak sudah cukup kuat bagi menghadapi transisi ke alam persekolahan. Situasi di luar rumah bersama rakan-rakan sebaya dan guru mungkin menguji emosi, fizikal dan mental. Jadi di sinilah peranan ibu ayah untuk memberikan semangat terhadap anak-anak.

Sumber: Wawa Shauqi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Cara Ajar Anak Membaca Dengan Mudah & Berkesan Ibu Ayah Wajib Baca!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!