Tolong! Kedai Apa Yang Buka & Beroperasi Pada Tahun Baru Cina 2019 Ini?

Tolong! Kedai Apa Yang Buka & Beroperasi Pada Tahun Baru Cina 2019 Ini?

Bila musim perayaan, satu kerisauan kita adalah banyak kedai tutup! Jangan risau, masih ada perniagaan yang beroperasi tahun baru cina 2019 ini!

Tahun Baru Cina 2019 akan tiba tidak lama lagi. Bagi mereka yang merayakan, Tahun Baru Cina boleh menjadi sibuk dan penuh keseronokan, pastinya dikelilingi makanan dan sanak-saudara.

tahun baru cina 2019, chinese new year 2019, cny 2019, cny, kedai buka masa cuti umum, kedai buka masa cuti, beroperasi seperti biasa, cuti umum, musim perayaan, kedai tutup musim perayaan,

Tahun Baru Cina 2019: Meluangkan Masa Pada Waktu Cuti Umum

Namun bagi mereka yang tidak meraikan Tahun Baru Cina, mereka mungkin mengambil keputusan untuk meluangkan masa bersama keluarga dan teman-teman namun, suasana mungkin sedikit suram malah kebanyakkan kedai juga tutup!

Ada tak restoran dan kedai yang dibuka pada hujung minggu Tahun Baru Cina jika anda hanya ingin melepak, atau jika anda perlu beli barang last-minute?

Jom tengok senarai yang kami sediakan untuk memudahkan anda.

5 Kedai Yang Beroperasi Seperti Biasa Pada Tahun Baru Cina 2019
1 – Pasaraya
tahun baru cina 2019, chinese new year 2019, cny 2019, cny, kedai buka masa cuti umum, kedai buka masa cuti, beroperasi seperti biasa, cuti umum, musim perayaan, kedai tutup musim perayaan,

Sekiranya anda perlu membeli barang runcit dan kebanyakan pasar tutup, nasib anda mungkin lebih baik dengan pasaraya!

Anda boleh membeli barang basah dan kering di pasaraya seperti Cold Storage, Tesco dan Giant yang masih akan dibuka pada Tahun Baru Cina 2019 ini, walaupun anda mungkin perlu semak semula masa operasi di tempat yang berbeza.

2 – Medan Selera dan Pusat Penjaja

Jika anda ingin sekadar menikmati santapan ringan dan mudah, sesetengah Kopitiam dan medan selera masih lagi dibuka semasa cuti umum.

Khususnya yang bertempat di dalam pusat membeli belah, malah waktu beroperasi juga masih mengikut waktu yang kebiasaan.

3 – Restoran Makanan Segera

Kebanyakan kedai makanan segera standard seperti Mcdonalds, KFC dan Burger King tetap dibuka seperti biasa, malah kami pasti ramai yang akan makan di sini terutamanya pada waktu cuti umum sebegini!

4 – Kafe
tahun baru cina 2019, chinese new year 2019, cny 2019, cny, kedai buka masa cuti umum, kedai buka masa cuti, beroperasi seperti biasa, cuti umum, musim perayaan, kedai tutup musim perayaan,

Terdapat beberapa cafe yang akan masih dibuka semasa cuti umum, khususnya yang dikendalikan oleh pemilik kedai yang tidak menyambut Tahun Baru Cina.

Selain itu, rangkaian cafe seperti Starbucks dan The Coffee Bean Tea and Leaf juga masih beroperasi pada waktu cuti, anda boleh meluangkan masa sambil menghirup kopi pada waktu cuti ini!

5 – Kedai Serbaneka

Anda boleh menarik nafas lega kerana kedai serbaneka seperti 7-11 dan Mynews akan tetap dibuka pada waktu operasi kebiasaan.

Namun ada sesetengah lokasi mungkin tidak beroperasi, jadi anda mungkin boleh semak dahulu ya!

6 – Pusat Membeli-Belah
tahun baru cina 2019, chinese new year 2019, cny 2019, cny, kedai buka masa cuti umum, kedai buka masa cuti, beroperasi seperti biasa, cuti umum, musim perayaan, kedai tutup musim perayaan,

Waktu operasi kebanyakan kedai makanan segera mungkin berbeza mengikut lokasi, namun pusat membeli belah seperti The Curve, MyTown, dan IKEA adalah di antara beberapa pusat membeli-belah yang anda masih boleh melawat. 

Dan jika anda mendapati diri anda masih tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan, kenapa tidak melakukan aktiviti berlainan budaya?

Bawa keluarga anda melawat rakan-rakan yang menyambut Tahun Baru Cina dan nikmati makanan yang berbeza, dan raikan Tahun Baru Cina bersama-sama!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Aeishah dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner