Patutkah Isteri Beri Rangsangan Oral Pada Suami Jika Isteri Itu Sendiri Tak Suka?

lead image

Ada isteri atau suami yang tak suka oral seks, dan enggan melakukannya buat pasangan. Jadi, bagaimana nak tolak jika pasangan ajak anda?

Hubungan intim sepatutnya melibatkan kerelaan dan kepuasan kedua-dua pihak. Ia juga melibatkan keintiman secara sentuhan fizikal yang betul-betul selesa buat suami isteri tersebut.

Jadi, jika salah seorang daripada pasangan tak suka oral seks, apa yang patut dilakukan? 

Bertenang, jika anda berada dalam situasi tak suka oral seks, namun takut untuk menolak “ajakan” pasangan, cuba baca lebih lanjut artikel ini. 

Tak Suka Oral Seks: Patutkah Isteri Tolak Permintaan Suami?

tak suka oral seks, oral seks, seks oral, puaskan suami, puaskan pasangan,

“Apabila bercakap tentang hubungan intim dalam rumah tangga, semuanya memerlukan kerelaan pasangan, walaupun isteri/suami itu adalah hak anda” kata seorang ibu dalam komuniti theAsianparent

Jadi, kenapa anda mengelak untuk beritahu pasangan jika anda tak suka oral seks? Rata-rata isteri mengaku mereka enggan memberitahu suami atas dua sebab. 

Satu, tidak mahu melukakan hati suami dan dianggap derhaka terhadap suami. Dua, kerana tidak mahu mencalar ego suami. 

Dr. Petra Boyton, pakar psikologi sosial mendedahkan, berikut antara alasan kenapa ada pasangan yang tak suka oral seks:

  1. Semasa kecil, mereka diajar yang seks oral itu salah dan tidak “semula jadi”
  2. Alat sulit dilihat sebagai kotor dan tidak patut dimasukkan ke dalam mulut
  3. Pernah diejek atau dikritik kerana alat sulit sendiri, atau prestasi ketika memberi rangsangan oral
  4. Tidak yakin dengan tubuh sendiri
  5. Tiada apa-apa alasan, cuma tidak gembira melakukan oral seks

Sebenarnya, kelima-lima alasan ini adalah hak setiap individu, dan tiada apa yang salah jika anda tak suka oral seks. Malah, jika anda menolak rangsangan ini, ia bukan bermaksud anda mementingkan diri sendiri!

Bagaimana Nak Beritahu Pasangan Apabila Anda Tak Suka Oral Seks?

tak suka oral seks, oral seks, seks oral, puaskan suami, puaskan pasangan,

Jujur sahaja. Seorang suami dan pasangan yang baik tidak akan memaksa anda melakukan sesuatu benda di ranjang, tanpa kerelaan anda. Jika anda kata TAK, itu maksudnya TAK. 

Walaupun dalam perkahwinan, kerelaan isteri itu sangat penting

Apa yang paling utama adalah anda beritahu pasangan kenapa anda tak suka oral seks. Ia bukannya disebabkan salah mereka; malah juga bukan kerana anda “jijik” dengan alat sulit mereka. 

Cuma, anda tidak seronok terlibat dalam hubungan intim sedemikian. Cakap juga yang anda tidak menikmati seks oral, sama seperti orang lain. 

Hubungan intim ini adalah untuk merapatkan suami isteri. Hubungan intim yang sihat melibatkan komunikasi yang berkesan di antara pasangan.

Cinta bukan bermaksud anda kena paksa pasangan untuk melakukan benda yang dia tidak suka. Cinta lebih daripada itu. Semoga bermanfaat!

Artikel ini asalnya ditulis oleh Bianchi Mendoza, dan mendapat kebenaran theAsianparent Philippines untuk diterjemah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

"Suami Selalu Ajak Saya Buat Seks Luar Tabii – Bagaimana Saya Nak Tolak?"

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris