Jangan Taksub Sangat Dengan Masalah Rumah Tangga Orang! - Isteri Ini Kongsi Nasihat Suami

lead image

Ada kebenaran dalam nasihat suami ini pada isterinya. Jangan taksub sangat dengan masalah rumah tangga orang lain. Kenapa? Jom kita semak kenapa!

Nasihat seorang suami pada isterinya

Berikutan nasihat suaminya yang membuka mata ramai pembaca di Facebook, status Puan Intan Dzulkefli menjadi tular. 

Ramai yang sependapat dengan suami wanita ini dan menyokong tindakannya. Nasihat berikut melibatkan sebuah laman media sosial berkaitan masalah rumah tangga yang terkenal.

Menurut status yang dimuat naiknya, Puan Intan menceritakan bagaimana dengan membaca masalah rumah tangga orang lain memberi impak kepada dirinya

Secara tidak langsung beliau menjadi ‘taksub‘ menceritakan kisah-kisah yang dibaca sambil ‘menyelitkan‘ ‘nasihat’ buat suaminya.

Niatnya baik, supaya rumah tangga mereka tidak menjadi seperti apa yang dibacanya.

Walaubagaimanapun, terlalu banyak membaca kisah yang negatif menjadi beliau lebih emosional. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/08/shutterstock 267184697.jpg Jangan Taksub Sangat Dengan Masalah Rumah Tangga Orang!   Isteri Ini Kongsi Nasihat Suami

Lebih-lebih lagi apabila bercerita semula tentang kisah-kisah suami yang bermasalah yang dibacanya di laman luahan tersebut. 

Secara tidak langsung, kisah-kisah negatif itu memberi impak terhadap dirinya.

Mana taknya, disebabkan terlalu banyak kisah suami isteri yang negatif, mula muncul rasa ragu-ragu terhadap suaminya sendiri.

Dan itu bukanlah perkara yang baik dalam sesebuah rumah tangga.

Jangan terlalu taksub dengan rumah tangga orang lain

Hinggalah suaminya memberi nasihat yang benar-benar memberi kesan terhadapnya ini – 

“Jangan terlalu ghairah memberi komen rumah tangga orang lain; seolah kita takkan diuji, sedangkan mungkin sahaja kita belum diuji.

Tahajjud kita sahaja belum sempurna setiap malam, petanda begitulah kerdilnya kita ini.

Siapa kita mahu memberi komen rumahtangga orang lain sedang kita pun tidak pasti samada Allah sedang meredhai rumahtangga kita ataupun tidak.

Allahuakbar.”

Tambah Puan Intan lagi, seseorang yang rapat dengannya juga memberi nasihat, jaga apa yang kita baca kerana itu akan membentuk diri kita.

Contohnya terlalu membaca kisah suami curang, menyebabkan pembaca mulai ragu-ragu dengan pasangan. Akibatnya? Asyik berfikir negatif seolah-olah mengharapkan perkara tersebut benar-benar terjadi.

Beliau juga mengumpamakan keadaan ini seperti nukleus atau magnet.

Bila yang dibaca, disangka, difikir, ditulis dan diucap semuanya baik-baik, ia akan menarik kebaikan juga. Sebaliknya, jika asyik marah, emosi, anak-anak juga tiba-tiba mula meragam.

Jika kita teliti apa yang disampaikan oleh Puan Intan, banyak betulnya. Mengapa mesti kita sibuk mencari sumber negatif sedangkan lebih banyak sumber positif yang boleh memberi inspirasi?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/08/shutterstock 326949134.jpg Jangan Taksub Sangat Dengan Masalah Rumah Tangga Orang!   Isteri Ini Kongsi Nasihat Suami

Apakah kesannya jika terlalu banyak baca benda negatif?

Mari kita lihat apa kesannya jika terlalu banyak membaca perkara negatif:

  1. Pengaruh negatif. Secara langsung atau tidak, pembaca juga akan mula berfikiran negatif kerana terlalu memikirkan kisah tersebut. Pembaca boleh jadi terlalu taksub, hingga ke tahap memikirkan perkara yang sama bakal terjadi di dalam hidup mereka.
  2. ‘Keyboard Warrior’. Perasan atau tidak, apabila anda kerap membaca kisah negatif yang seolah-olah ‘meminta nasihat’, anda tergerak untuk turut ‘memberi nasihat‘. Namun sejauh mana ‘nasihat’ itu membantu pemilik kisah malang itu? Adakah anda pasti ‘nasihat’ tersebut membantu dan bukan memberi impak yang negatif terhadap si pengadu?
  3. Malah, terlalu ramai yang menjadi taksub menggunakan bahasa kasar seperti ‘bodoh‘ dan ‘bangang‘. Seolah-olah mereka terlalu ‘maksum’ hingga boleh menasihati orang seperti itu. 
  4. Fitnah. Sejauh mana anda tahu kisah yang disampaikan itu betul-betul benar dan bukan ditokok tambah menjadi fitnah? Kemudian jika anda menyebarkan ‘fitnah’ dengan berkongsi dengan kawan-kawan atau ahli keluarga sendiri. Bukankah ini sesuatu yang teruk?
  5. Kesihatan mental terkesan. Pernah atau tidak anda melihat eksperimen nasi yang dijalankan oleh Dr. Emoto? Tentang bagaimana nasi menjadi teruk dan busuk setelah hari-hari diberikan kata-kata buruk. Dan bagaimana nasi itu kekal di dalam keadaan baik apabila diberikan kata-kata positif.

Ini hanya sebahagian daripada kesan buruk terlalu banyak membaca perkara negatif. Bukanlah lebih baik kita mengelakan perkara sebegini? Apakah pendapat anda?

Jom kongsikan ia dengan kami!

Sumber rujukan: Facebook Intan Dzulkefli

Baca juga:

Pakar Psikologi Minta Ibu Bapa Jangan Sebut 8 Ayat Ini Pada Anak!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!