Nampak Seperti Seekor Ular, Tapi Sebenarnya Ia Tali Pusat Yang Membelit Leher Bayi

undefined

Tali pusat terbelit di leher bayi memang perkara yang biasa didengar dan biasa berlaku dalam dewan bersalin, Tetapi sehingga enam lilitan, ia sangat rare!

Kejadian tali pusat terbelit leher bayi memang biasa kita dengar dan biasa berlaku tetapi jarang pula kita dengar ia membelit hingga enam lilitan!

Nuctal Cord atau tali pusat terbelit merupakan masalah biasa yang terjadi kepada bayi di dalam kandungan sama ada ketika hamil atau di saat kelahiran.

Bagaimanapun ia memang berlaku dan bayi itu selamat dilahirkan dan berada dalam keadaan sihat walaupun dibelit sebanyak enam lilitan tali pusat di lehernya.

Tapi pusat terbelit enam lilitan di leher bayi

tali pusat terbelit

Dalam kejadian di Beijing, China, Harian Metro melaporkan kelahiran seorang bayi mengejutkan doktor yang menyambutnya kerana ia dilahirkan dalam keadaan tali pusat terbelit sebanyak enam kali di lehernya seperti seekor ular.

Menurut doktor sepanjang kerjayanya sebagai pakar sakit puan selama 23 tahun, dia tidak pernah menemui kes seperti itu. 

Katanya bayi berkenaan berjaya dilahirkan dalam keadaan sihat walaupun terbelit tali pusat kronik. Itu adalah kes pertama yang ditemui doktor berkenaan sepanjang kerjayanya apabila tali pusat terbelit menyerupai perhiasan leher sesetengah etnik.

Bayi berkenaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius selepas tali pusat berkenaan dikeluarkan daripada lehernya. 

Menurut doktor berkenaan, memang masalah tali pusat membelit leher bayi itu sudah diketahui sejak dalam kandungan, tetapi mereka tidak menyangka sehingga enam lilitan. 

Bayi terbelit tali pusat, bahayakah?

tali pusat terbelit

Tali pusat merupakan sumber kehidupan bayi. Ia membekalkan darah, oksigen dan nutrien yang diperlukan sepanjang berada di dalam rahim. Persoalannya, adakah tali pusat terbelit membahayakan nyawa bayi?

Menurut perkongsian pakar Obstetric dan Gynaecology, Dr Sharifah Halimah Jaafar, mengikut kajian, kadar kejadian atau insiden tali pusat terbelit dileher bayi semasa kandungan telah cukup bulan ialah 33 hingga 35 peratus dengan ampir 3.5 % melibatkan belitan berganda.

Bunyinya memang menakutkan ibu yang sedang mengandung, tetapi adakah ia merbahaya dan boleh menyebabkan apa apa masalah yang boleh membawa kepada kecacatan atau kematian kepada bayi?

Kita juga pernah dengar pengalaman ibu yang mengatakan mereka terpaksa melahirkan bayi secara pembedahan kerana terlilit tali pusat di leher bayi?

Soalnya, adakah jika diketahui ada tali pusat dileher bayi sebelum sakit bersalin, semua ibu harus dibedah dan tidak boleh dibenarkan bersalin secara normal?

Fakta mengenai tali pusat yang ibu perlu tahu

Menurut perkongsian doktor itu, berikut adalah fakta mengenai tali pusat dileher bayi berdasarkan bukti-bukti perubatan yang kukuh! 

#1. Tidak merbahaya selagi bayi dalam rahim

Selagi bayi berada di dalam rahim, belitan tali pusat dileher bayi tidak merbahaya. Ia berlaku kerana adalah satu perkara yang lazim terutamanya jika tali pusat itu panjang.

#2. Tak semestinya ibu perlu lalu pembedahan cesarean

Belitan tali pusat dileher bayi juga bukanlah satu sebab untuk pembedahan cesarean kerana ramai ibu yang bersalin secara normal, didapati ada tali pusat dileher bayi semasa bayi dilahirkan.

Doktor akan memotong atau melepaskan tali pusat dari leher bayi sebaik sahaja kepala bayi keluar dan seterusnya diikuti oleh bahagian badan bayi.

Jika ketat belitan tali pusat dileher bayi, kadang kadang bayi boleh kelihatan biru seketika tetapi akan pulih segera.

#3. Oksigen bayi boleh terjejas jika belitan terlalu kuat

tali pusat terbelit

Ada terdapat peratusan yang kecil ibu mengandung di mana belitan tali pusat terlalu ketat dileher bayi.

Jika belitan tali pusat itu terlalu ketat atau tali pusat menjadi terlalu pendek, semasa proses bersalin, kepala bayi tidak akan dapat turun kebawah dan bekalan oksigen bayi boleh terjejas. Dalam kes yang sebegini, doktor akan mencadangkan pembedahan cesarean kecemasan.

Jika tahu bayi terbelit tali pusat, apa ibu perlu buat?

1. Bertenang! Tak perlu berbuat apa apa sehingga bersalin. Bayi ada kebolehan menanggalkan tali pusat dilehernya sendiri.

2. Boleh bersalin normal atau tidak? Boleh cuba dan lihat. Jika ada apa apa masalah tentang bekalan darah dan oksigen kepada bayi akibat jerutan tali pusat yang ketat, biasanya doktor akan dapat mengesannya dengan ujian pantauan semasa melalui proses bersalin. Hanya segelintir ibu sahaja yang perlu pembedahan cesarean kecemasan. Jadi, ibu jangan cemas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Harian Metro, drsharifahblogspot

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtanda-bayi-terlilit-tali-pusat

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!