Taman permainan kini tak lagi selamat, ia punca wabak penyakit!

lead image

Seronok pabila melihat anak-anak bermain dengan penuh riang gembira di taman permainan. Tetapi kita tak pernah sangka dari situ punca wabak penyakit bermula...

Ini merupakan fakta yang mengejutkan! Kalau anda nak tahu, hampir semua peralatan di taman permainan kanak-kanak telah tercemar dengan bakteria dan ia jadi penyebab kepada penyakit tertentu. 

Tatkala kanak-kanak gembira bermain jongkang-jongkit, buaian, gelongsor, palang besi (monkey bar), istana pasir dan sebagainya, tanpa disedari, mereka terdedah kepada penyakit yang datang daripada air liur, peluh, air kencing atau darah orang lain.

Semua benda ini tersebar ketika orang yang dijangkiti sesetengah wabak menggunakan peralatan di taman permainan kanak-kanak itu. 

Jika tidak melakukan penjagaan kesihatan yang konsisten, ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius! 

Antara penyakit yang boleh ditemui di taman permainan kanak-kanak sperti norovirus, E.coli, salmonella dan hepatitis A. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/playground.png Taman permainan kini tak lagi selamat, ia punca wabak penyakit!

Sumber grafik dari Home Advisor

Melalui kajian yang dibuat, hampir separuh peralatan di taman permainan kanak-kanak telah dicemari dengan kuman berbahaya. Lantas ia menyebabkan pelbagai wabak seperti penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) 

Ada ibu bapa beranggapan taman permainan kanak-kanak yang diletakkan di kawasan tertutup (indoor) seperti di pusat membeli belah adalah lebih sesuai dan tiada risiko jangkitan. 

Malah, mereka merasakan ia lebih selamat untuk pantau pergerakan anak. Namun begitu, adakah ia satu keputusan yang tepat atau anda merasakan anak bebas daripada sebarang bakteria?

Jom lihat perbezaan ini. 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/playground 2.png Taman permainan kini tak lagi selamat, ia punca wabak penyakit!

Sumber grafik dari Home Advisor

Lihat saja nilai CFU bakteria yang ditunjukkan itu. Ia jelas membimbangkan ibu bapa untuk membawa anak ke taman permainan kanak-kanak dan akan berfikir dua tiga kali selepas ini. 

Akan tetapi, rumah yang anda rasa selamat daripada sebarang bakteria sebenarnya belum tentu selamat sepenuhnya. Jadi waspada!

Langkah-langkah penjagaan lepas main di taman permainan kanak-kanak 

#1. Bawa tuala atau tisu basah 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/nikita ID.png Taman permainan kini tak lagi selamat, ia punca wabak penyakit!

Kredit: Nikita ID

Sebelum membawa anak ke taman permainan kanak-kanak, sediakan tuala atau tisu basah supaya anda boleh lap tubuh anak selepas bermain atau boleh membersihkan peralatan kotor sebelum si kecil anda memegangnya. 

#2. Guna hand sinitizer 

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/detik health.jpg Taman permainan kini tak lagi selamat, ia punca wabak penyakit!

Kredit: detik health

Ramai ibu bapa yang kurang menggunakan bahan pembasmi kuman ini tetapi manfaatnya sangat bagus untuk anak-anak terutama apabila mereka terdedah dengan pencemaran di luar persekitaran rumah. 

Kelebihannya adalah ia membantu minimumkan penyebaran kuman dan bakteria pada anak ketika bermain di taman permainan kanak-kanak. 

3. Sentiasa basuh tangan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/08/Erabaru.jpg Taman permainan kini tak lagi selamat, ia punca wabak penyakit!

Kredit: erabaru

Selepas bermain di taman permainan, pastikan dia mencuci tangan dengan air dan sabun. 

Gosokkan kedua-dua tangannya sebelum bilas dengan air bersih. Amalan ini dapat lindungi anak daripada sebarang bakteria merbahaya yang boleh dapat dari taman permainan itu. 

Semoga bermanfaat. 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar : The Malaysian Times

Sumber: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan. 

src=http://images.says.com/uploads/story source/source image/620251/1d2f.png Taman permainan kini tak lagi selamat, ia punca wabak penyakit!

Hello Doktor : Laman web rasmi | Facebook 

Baca juga

Ibu bapa, hati-hati dengan bahaya ini di kawasan perumahan anda!