Jom Bergembira dengan 5 Pilihan Taman Tema Air di Malaysia, Rancang Percutian Anda Hari Ini!
Sediakan kelengkapan percutian anda sekarang, dan nikmati promosi di salah satu taman tema air terbesar di dunia!
Apabila tiba musim cuti sekolah, pastinya kita mula memikirkan destinasi percutian bersama keluarga khususnya yang mempunyai anak-anak kecil. Taman tema air merupakan salah satu pilihan yang popular dan di Malaysia, kita sangat bertuah kerana di Malaysia sahaja kita mempunyai banyak taman tema yang boleh dipilih!
Di sini kami sediakan 5 taman tema air yang menarik untuk anda kunjungi.
5 Taman Tema Air Di Malaysia Yang Mesti Anda Kunjungi
#1 Lost World Of Tambun
The Lost World of Tambun bertempat di Ipoh dan merupakan salah satu taman tema yang popular di Malaysia. Kawasan rekreasi ini sesuai dan kerap dikunjungi keluarga yang mempunyai anak-anak kecil, dan mempunyai beberapa tarikan permainan yang menarik.
Bayaran masuk:
Dewasa: RM95
Kanak-Kanan dan Warga Emas: RM88
#2 Melaka Wonderland Theme Park & Resort
Melaka Wonderland Theme Park & Resort bertempat di Ayer Keroh, Melaka dan telah menjadi salah satu dari tarikan utama destinasi percutian di Malaysia. Taman tema air ini menampilkan Tornado Chaser, kolam Big Wave dan banyak lagi!
Bayaran masuk:
Dewasa
Hari Minggu: RM36
Hujung Minggu, Cuti Sekolah & Cuti Awam: RM40.50
Kanak-Kanak
Hari Minggu: RM29
Hujung Minggu,Cuti Sekolah & Cuti Awam: RM34
Warga Asing:RM40.50
Kanak-kanak bawah 90cm masuk PERCUMA
#3 Escape Waterplay, Penang
Escape Waterplay bertempat di Teluk Bahang, Penang. Taman teman air ini menampilkan 20 jenis permainan termasuklah Tube Racer @ Rainbow Slide, Banana Flip dan banyak lagi. Tentunya satu tarikan yang sangat menyeronokkan buat peminat gelongsor air!
Bayaran masuk:
Dewasa: RM136
Kanak-kanak dan Warga Emas: RM90
#4 Sunway Lagoon, Selangor
Datanglah ke taman tema air Sunway Lagoon yang bertempat di Bandar Sunway untuk hari yang penuh dengan keterujaan dan menyeronokkan di dalam bandar. Terdapat 5 taman utama dengan lebih daripada 80 acara dan tarikan untuk diterokai. Antaranya taman tema air Waters of Africa, the Scream Park, the Wildlife Park dan the Extreme Park.
Bayaran Masuk:
Dewasa: RM120
Kanak-Kanak dan Warga Emas: RM96
#5 Desaru Coast Adventure Waterpark
Desaru Coast Adventure Waterpark adalah salah satu taman tema air terbesar di dunia. Nikmati keriangan bersama keluarga di taman tema air bertempat di Desaru Johor ini, dan cabar diri anda untuk menyertai bermacam aktiviti yang ditawarkan di sini.
Berlatar belakang perkampungan nelayan, taman tema air di Johor ini pastinya akan memberikan anda pengalaman baru yang mengujakan!
Bayaran masuk:
Dewasa: RM129 (dengan MyCard) RM137 (tanpa MyCard)
Kanak-kanak dan Warga Emas: RM96 (dengan MyCard) RM102 (tanpa MyCard)
Bulan Mei ini, Desaru Coast Adventure Waterpark mengadakan promosi istimewa Splashtacular MAY-HEM dengan tawaran hebat bayaran masuk hanya RM101 untuk dewasa dan RM80 untuk kanak-kanak! Jangan lepaskan peluang ini, ajak keluarga anda untuk bersantai di sini dengan menghubungi talian di bawah.
Waktu Operasi : Setiap Hari 10am – 6pm
Hubungi +603-2203-9696
Wah! Apa kata anda buat perancangan untuk bercuti dengan keluarga anda sekarang juga dan jangan terlepas promosi ini!
Boleh cadangkan tempat percutian sesuai bawa anak berusia 15 bulan?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: letsgoholiday
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtempat-menarik-di-malaysia-untuk-honeymoon