Darah Ulama Mengalir Dalam Diri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Tak Pernah Mengalah Dalam Perjuangan

Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8. Tahniah Tan Sri, diharap terus mengemudi negara tercinta dengan aman dan sentosa.

Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan insiden politik negara apabila parti politik melakukan mesyuarat tergempar hingga Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 8.

Ia berlaku susulan Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri ke 7.

Apatah lagi, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah berkenan memilihnya bagi menggalas jawatan tersebut.

Sebelum itu, apa kata kita kenali semula latar belakang keluarga dan sejarah politik Perdana Menteri Malaysia yang ke 8 ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri ke 8

tan sri muhyiddin yassin

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilahirkan pada 15 Mei 1947 dan kini usianya adalah 73 tahun. Beliau berasal dari Muar, Johor.

Kemudian, beliau mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Bagi penglibatannya dalam bidang politik, Tan Sri Muhyiddin menjadi Ahli Parlimen Pagoh, Johor sejak 1978 lagi.

Kemudian pada tahun 1986, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang ke-13. Seterusnya memegang jawatan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional dan Timbalan Presiden Umno bermula tahun 2009 hingga 2016.

Walaubagaimanapun, jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno digantung kerana isu 1MDB pada Februari 2016.

Tak cukup dengan itu, beliau juga dipecat sebagai Timbalan Presiden Umno pada Jun 2016.

Namun, Tan Sri Muhyiddin tidak pernah patah semangat kerana dia adalah pengasas dan tulang belakang kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dilantik sebagai Presiden pada September 2016.

Kemudiannya, beliau dilantik menjadi Timbalan Presiden bagi Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Julai 2017.

Portfolio kabinet:

– Menteri Belia dan Sukan (1995 – 1999)
– Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1999-2004)
– Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2004-2008)
– Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008-2009)
– Menteri Pelajaran (2009-2013)
– Timbalan Perdana Menteri (2009-2015)
– Menteri Dalam Negeri (2018-2020)
– Perdana Menteri ke 8 (2020 hingga kini)

Latar belakang keluarga, siapa ayah Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Sebenarnya Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai didikan agama yang sangat kuat kerana ia datang sendiri daripada ayah beliau. Ini kerana Allahyarham ayah Tan Sri merupakan seorang ulama.

Nama ayah Tan Sri Muhyiddin ialah Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad. Beliau berasal dari Siak, Sumatera.

Beliau dilahirkan pada tahun 1902 Masihi dan meninggal dunia ketika usianya 73 tahun di Muar Johor.

Tuan Guru Haji Muhammad Yassin adalah seorang pendakwah dan guru yang sangat baik.

Beliau banyak mengajar di Daerah Muar seperti Masjid Jamek Muar, Masjid Parit Jamil, Masjid Seri Menanti, Masjid Sungei Mati Muar dan banyak lagi tempat yang beliau mengajar.

Bahkan, pengajaran beliau banyak tertumpu kepada Kitab Tasawwuf dan Ilmu Tauhid.

Lebih-lebih lagi, beliau dikatakan telah khatam beberapa kitab terkenal di Alam Melayu di bawah pengawasan gurunya sendiri.

Antara kitab yang berjaya dikhatam seperti Faridatul Faraid iaitu karangan masyaikh gurunya iaitu Syeikh Ahmad Al-Fathani yang sangat terkenal di Alam Melayu pada abad ke 19 Masihi.

Sepanjang hayatnya, beliau dikatakan mempunyai 46 orang anak hasil perkongsian hidupnya dengan empat orang isteri iaitu Allahyarhamah Hajjah Maznah binti Daud, Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Kassim (ibu kandung
Tan Sri Dato’ Muhyiddin), Allahyarhamah Hajjah Sapiah binti Abdullah dan Allahyarhamah Hajjah Kintan binti Ibrahim.

Semasa keluar mengajar beliau menaiki kereta yang dipandu oleh anaknya sendiri iaitu Allahyarham Haron bin Mohd Yassin iaitu anak beliau dengan isteri yang pertama.

Bahkan, sumbangannya dalam bidang pendidikan agama juga sangat besar di mana beliau mengasaskan dua buah sekolah untuk tujuan penyebaran ilmu kepada anak-anak tempatan.

Dua buah sekolah itu ialah Sekolah Menengah Md Yassin di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar dan Sekolah Arab Saadiah di batu 1 1/2 Jalan Bakri.

Anak Tan Sri Muhyiddin seorang penyanyi

perdana menteri

Anda tahu tak Tan Sri Muhyiddin mempunyai seorang anak perempuan yang bergelar penyanyi namun dia lebih senang dikenali sebagai artis biasa yang bermula dari bawah dan tidak mahu menggunakan nama bapanya semata-mata untuk meraih publisiti. 

Atas sebab itulah dia menggunakan nama Najwa Mahiaddin dan bukan Najwa Muhyiddin.

Walaubagaimanapun, menurut Najwa dia lebih senang dengan apa yang dilakukan sekarang kerana atas minatnya sendiri tanpa perlu dikaitkan dengan sesiapa.

Dalam pada itu, Najwa juga telah sah bergelar isteri kepada Idris Koh dalam satu majlis di Kediaman rasmi Perdana Menteri itu. Idris merupakan salah seorang daripada ahli muzik yang selalu bersama Najwa dalam setiap
persembahannya.

Meskipun bapanya memegang jawatan besar dalam negara, namun Najwa tidak pernah menolak sebarang jemputan nyanyian walaupun show kecilan sahaja. Baginya, asalkan nyanyian yang dipersembahkan sampai kepada peminat.

***********

Justeru kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan tahniah di atas pelantikan Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang ke 8. Diharap Malaysia terus maju di mata dunia. 

Darah Ulama Mengalir Dalam Diri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Tak Pernah Mengalah Dalam Perjuangan

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Mstar, Kasi Viral, the Star ,Says.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comrahsia-kejayaan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!