10 Tanda Amaran Perkahwinan Anda Suami Isteri Mungkin Ada Masalah

undefined

Setiap perkahwinan ada pasang surut dan masalahnya. Tapi hati-hati kalau anda nampak ada 10 tanda amaran ini dalam rumah tangga anda. Ia amat berbahaya!

Adakah perkahwinan anda mungkin bermasalah?

Perkahwinan memerlukan usaha kedua-dua belah pihak: iaitu suami dan isteri. Dan perkahwinan bukan melalui detik bahagia saja. Ada pasang surutnya.

Tapi, kalau salah satu daripada pasangan mula merasa ada “sesuatu yang tak kena“, mungkin memang ada masalah yang boleh tercetus dalam perkahwinan itu.

Kadang-kadang, anda boleh agak ada sesuatu yang kena, tapi anda sengaja menafikan kata hati. 

Jika hubungan anda dan pasangan mengalami tekanan sejak kebelakangan ini, cuba lihat 10 tanda berikut untuk mengenalpasti jika memang ada masalah dalam perkahwinan atau tidak.

#1 Menggoda orang lain di online/curang

perkahwinan ada masalah

Ini satu tamparan yang cukup kuat. Bayangkan anda terjumpa pasangan sibuk menghubungi malah menggoda orang lain di media sosial!

Sesebuah perkahwinan mungkin bermasalah jika salah seorang pasangan kerap log masuk media sosial, menggoda orang lain, terus berhubung dengan kekasih lama atau berjumpa seseorang dari online!

Jangan ambil mudah tanda amaran ini.

#2 Asyik mengkritik

Asyik mengkritik segala perkara yang dilakukan pasangan adalah satu lagi tanda amaran yang mungkin ada masalah dalam rumah tangga anda.

Terutamanya jika kritikan berbunyi amat kasar dan bersifat peribadi. Ini boleh merosakkan hubungan antara suami isteri.

Malah, pasangan yang asyik dikritik juga boleh tertekan dan hilang minat kerana penat bergaduh.

#3 Asyik bergaduh dan tak setuju dengan pendapat

10 Tanda Amaran Perkahwinan Anda Suami Isteri Mungkin Ada Masalah

Adakah pasangan kerap kali tak bersetuju dengan anda sekarang? Kalian selalu bergaduh kerana masalah berbeza pendapat?

Kalau kalian selalu sangat bergaduh dan berselisih pendapat, ini mungkin tanda yang perkahwinan kalian mungkin bermasalah.

Terutamanya kalau pasangan tak berkelakuan sedemikian pun sebelum ini!

#4 Kerap menipu

Tanda amaran #4 yang menunjukkan perkahwinan kalian mungkin bermasalah adalah apabila anda mengetahui pasangan kerap kali menipu.

Tak kisahlah mereka tipu tentang duit, masa atau perkara lain. Perbuatan menipu boleh membawa padah, terutamanya jika ia memberi kesan buruk pada perkahwinan.

#5 Kurang menunjukkan kasih sayang

perkahwinan ada masalah

Ya, kadangkala kita boleh terlupa untuk menunjukkan kasih sayang pada pasangan jika sibuk bekerja atau tertekan.

Tapi, kalau pasangan mula hilang minat dalam perkahwinan, mereka akan semakin kurang menunjukkan kasih sayang.

Maka tiada lagi berpegangan tangan, mencuit pipi, berpelukan malah bersenggama. Itu petanda rumah tangga anda ada masalah!

#6 Tiada lagi rahsia dan sesi bercakap benda penting

Anda mengetahui masalah atau kejayaan pasangan daripada orang lain? Bukannya dari mulut pasangan sendiri?

Itu satu lagi tanda amaran yang rumah tangga anda mungkin ada masalah. Apabila suami isteri tak lagi berkongsi rahsia atau bercakap perkara yang penting, mereka akan semakin renggang.

Malah sepatutnya suami isteri kena tahu hal peribadi masing-masing terlebih dahulu daripada orang lain!

#7 Berdiam diri dan menyalahkan antara satu sama lain

perkahwinan ada masalah

Apabila kalian enggan mendengar luahan masing-masing, kalian bukan saja akan menyebabkan hubungan makin renggang, malah mungkin memusnahkan rumah tangga ini!

Perbuatan mendiamkan diri dan menyalahkan satu sama lain amat tidak sihat. Ia juga tak menyelesaikan masalah, tapi lebih menambah masalah.

#8 Tak fokus pada perkahwinan

Bukan bermaksud apabila anda berkahwin, fokus hanya tertumpu pada perkahwinan saja. Tapi, setiap pasangan harus bijak mengimbangi antara kerjaya dan keluarga.

Kalau pasangan anda asyik fokus dengan kerjayanya dan tiada masa untuk anda sekeluarga, itu tanda amaran yang amat penting. 

#9 Tiada lagi minat yang sama seperti dulu

perkahwinan ada masalah

Semua pasangan suami isteri mengharapkan rumah tangga mereka kekal hingga ke akhir hayat. Malah, kita juga mahu hubungan ini semakin berkembang dari hari demi hari.

Tapi, kalau anda dan pasangan semakin renggang dan tiada lagi minat yang sama, kalian boleh bawa masalah dalam perkahwinan.

Tanpa minat yang sama, anda boleh hilang minat untuk berkomunikasi sama pasangan. 

#10 Mendera dan memukul

Mendera dan memukul sama ada secara emosi atau fizikal adalah tanda penting yang perkahwinan anda bermasalah. Tiada apa yang boleh mengatakan tidak!

Selamatkan diri anda dan anak-anak jika anda sering didera dan dipukul. 

Memang setiap rumah tangga ada cabaran dan pancarobanya. Namun, suami isteri harus kuat untuk menghadapi halangan ini dengan kerjasama kedua-dua pihak.

Kalau 10 tanda amaran ini ada dalam perkahwinan anda, persiapkan diri untuk berjuang menyelamatkan mahligai bahagia yang anda bina ini, ya!

Tiada apa yang mampu menyelamatkannya melainkan anda dan pasangan.

Semoga semuanya baik saja dalam perkahwinan anda.

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Aktual.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comnasihat-perkahwinan-penting/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!