7 tanda anak alami kembung perut, patutlah asyik menangis saja!

lead image

Anda boleh mengetahui sama ada anak terkena kembung perut dengan menyemak 7 tanda anak kembung perut ini. Mungkin ini sebab anak anda asyik nangis.

Jika anak anda menghabiskan masanya dengan menangis, tapi dia kelihatan sihat saja, mungkin itu tanda anak kembung perut.

Menurut Baby Center, 40% dari bayi akan kerap dapat kembung perut. Namun berita baiknya, kembung perut bukan sakit kekal dan ia tidak memudaratkan anak anda pada jangka panjang.

Akan tetapi jika anak anda asyik menangis saja, pasti anda pun risau kan? Jadi bagaimana anda ingin mengesan jika anak kembung perut atau tidak?

Berikut antara 7 tanda anak kembung perut yang anda boleh perhatikan:

7 tanda anak kembung perut

1. Anak anda menangis mengikut jadual

tanda anak kembung perut, perut kembung, masuk angin, anak menangis, kolik, kolik bayi, bayi kembung perut

Ibu bapa kepada anak yang kuat merengek dinasihatkan untuk mengambil corak tangisan anak anda. Adakah anak anda menangis setiap petang?

Jika ya, itu adalah petanda anak kembung perut.

2. Mereka menangis selama tiga jam berturut-turut

Jika anak anda menangis selama tiga jam untuk sekurang-kurangnya selama tiga minggu, anak anda mungkin mengalami kembung perut.

3. Anak anda berumur 3 minggu ke atas

Jika anak anda berumur lebih atau kurang dari tiga minggu, mungkin ada benda lain yang menyebabkan dia menangis untuk jangka masa yang panjang.

Kembung perut selalunya terjadi bila anak berumur tiga minggu ke atas dan ia akan mula berkurang apabila mereka berusia 3 ke 4 bulan.

80% ke 90% bayi sembuh dari kembung perut apabila mereka berusia 4 bulan.

4. Anak anda tidak menangis tapi lebih pada menjerit

kembung perut, perut kembung, masuk angin, anak menangis, kolik, kolik bayi, bayi kembung perut

What to Expect menggambarkan yang tangisan bayi kembung perut sebagai "kuat, menyakitkan dan berterusan."

Adakah anak anda menangis seperti itu? Jika ya, anda sudah tahu mengapa.

5. Anak anda meneran ototnya semasa menangis

Bayi kembung perut akan menggengam tangan, membengkokkan jari kaki dan menutup mata ketika menangis. 

Jika anak anda ada menunjukkan tanda-tanda ini, sudah tiba masanya anda merawat kembung perut si manja itu!

6. Masuk angin

Menurut Baby Center lagi, angin tidak menyebabkan kembung perut, tapi semasa bayi anda menangis, mereka mungkin masuk angin akibat dari udara yang mereka telan.

Mengeluarkan angin boleh membuat anak anda merasa lebih baik. Bayi kembung perut juga biasanya buang air besar lebih banyak dari biasa dan ini akan mengeluarkan semula susu selepas menyusu.

7. Mereka susah untuk dipujuk

Malangnya, tak banyak yang boleh anda lakukan untuk menenangkan bayi kembung perut.

Tapi anda boleh cuba beberapa cara seperti membedung bayi anda atau cuba untuk urut bayi anda untuk membuatkan mereka selesa.

Nota penting: Anak anda mungkin tiada kembung perut

Hanya kerana anak anda sering menangis, itu tak bermakna tanda anak kembung perut.

Boleh jadi ia kerana perkara lain yang menyebabkan anak anda sakit, seperti sensitif kepada makanan. Untuk betul-betul pasti, bincang dengan doktor anda.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga:

my.theasianparent.com/bayi-banyak-minum-susu