Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap pasti mudah untuk tahu bila anda hamil. Sebaik haid anda lewat, sudah ada satu petanda di situ dan seterusnya hanya buat ujian kehamilan. Tapi bagaimana untuk tahu tanda awal kehamilan bagi haid tidak teratur?
Berbeza untuk wanita yang mempunyai kitaran haid tidak tetap, bukan saja susah untuk jangka bila haid yang seterusnya, malah kadang kala runsing dengan waktu subur.
Ada banyak faktor yang mempengaruhi kitaran haid ini. Dan kitaran yang tidak tetap bukanlah semuanya tidak normal. Namun untuk anda yang merancang untuk hamil pasti membingungkan kerana sukar anda tahu waktu subur serta apa tanda-tanda awal kehamilan.
Tanda awal kehamilan bagi haid tidak teratur mungkin agak tricky tapi anda boleh ketahuinya.
Tanda awal kehamilan bagi haid tidak teratur
#1. Terasa letih
Kredit: Freepik
Semua wanita yang hamil akan dapat mengetahui tanda awal kehamilan apabila mereka lewat datang period, namun untuk anda yang mempunyai kitaran haid tidak teratur mungkin boleh lihat dari segi ini.
Jika anda terasa terlalu letih secara tiba-tiba ini mungkin menjadi salah satu tanda awal kehamilan.
Ini kerana ketika hamil akan adanya hormon progesteron dan ia akan mempengaruhi tubuh iaitu menjadikan badan lebih penat.
Anda juga akan berasa sering mengantuk dan tidak bertenaga seperti biasa.
#2. Morning sickness
Foto: Parents
Ini antara tanda yang cukup ketara. Baik kitaran haid anda teratur atau tidak, apabila anda mengalami muntah-muntah, pening dan tidak ada selera makan, ini adalah tanda yang perlu anda peka.
Morning sickness atau mabuk ini akan dialami oleh ibu hamil mulai minggu pertama hingga keempat pada awal kehamilan. Kebiasaannya bila anda tahu anda hamil adalah apabila usia janin mencecah lima atau enam minggu.
#3. Perut memulas
Perut yang memulas atau rasa tidak sedap perut ini adalah disebabkan hormon kehamilan. Perut anda akan menghasilkan gas yang lebih, disebabkan itu apabila lambat makan saja perut akan kembung atau masuk angin dan membuat anda kerap berasa mual.
Di trimester pertama selalunya akan mengalami masalah ini, tapi ada juga ibu-ibu hamil yang masih berasa sebu perut, sakit ulu hati di hujung-hujung kandungan.
Disebabkan itu pentingnya untuk anda kerap mengunyah biskut atau makanan ringan untuk mengelakkan perut masuk angin.
#4. Suhu tubuh meningkat
Antara tanda awal kehamilan bagi haid tidak teratur adalah akan mengalami suhu basal badan yang tinggi secara mendadak. Ini juga terjadi kerana hormon kehamilan.
Sekiranya badan anda tiba-tiba terasa panas tapi tiada gejala demam, ada kemungkinan anda memang hamil!
Jadi jangan lupa untuk minum air dengan banyak ya!
#5. Payudara membengkak

Boleh jadi jika waktu datang haid juga payudara akan membengkak, tapi perlu perhatikan juga jika ia hadir dengan tanda-tanda yang disebut sebelum ini.
Perhatikan jika payudara semakin membesar, rasa agak tegang serta areola semakin menggelap. Ia mungkin tanda anda hamil!
#6. Muncul jerawat
Hormon ketika mengandung ini memang macam-macam. Pada awal kehamilan akan membuat kulit wajah anda dipenuhi jerawat, tapi bila masuk trimester kedua mulalah kulit tu glowing dan licin macam telur!
Jadi perhatikan juga tanda ini ya, tiba-tiba muncul jerawat yang besar-besar, di bahagian dagu selalunya.
#7. Kerap buang air

Ini juga tanda awal kehamilan, ini kerana apabila anda hamil, rahim anda kan mulai membesar dan akan menolak pundi kencing. Juga disebabkan peredaran darah yang lebih lancar kerana untuk menyalurkan pada embrio anda.
Jadi inilah antara tanda-tanda awal kehamilan bagi haid tidak teratur. Bukanlah semata-mata lihat pada kelewatan haid saja ya!
Banyak lagi sebenarnya tanda-tanda yang anda boleh perhatikan.
Sekiranya masih sangsi buat saja ujian kehamilan. Untuk sesetengah wanita kandungan seawal empat minggu sudah boleh ‘detect’!
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anda Mempunyai 23 Tanda-Tanda Ini? Anda Sebenarnya Mungkin Sudah Hamil!
Baca juga: Tidak Datang Haid, Keputusan UPT Negatif? Pakar Kongsi 15 Tanda-Tanda Awal Mengandung
Baca juga: Hasil Kesabaran 21 Tahun, Pasangan Ini Sambut Kelahiran Bayi Sulung Bernama Aisyah
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!