Jika Anda Alami Salah Satu Dari 12 Tanda Ini, Ada Kemungkinan Anda Hamil!

lead image

Tanda awal kehamilan bukan saja jika haid anda terlambat. Jika anda mengalami mana-mana tanda ini, ada kemungkinan yang anda hamil!

Selain haid terlambat, ada beberapa tanda awal kehamilan yang mampu memberitahu anda sedang hamil. Antaranya, perubahan tubuh badan, emosi tak stabil dan selera makan berubah.

Ini adalah 12 tanda awal kehamilan yang mungkin anda tak tahu sebelum ini.

12 tanda awal kehamilan yang anda perlu ketahui

Tanda awal kehamilan #1 Perubahan payudara

src=https://id Jika Anda Alami Salah Satu Dari 12 Tanda Ini, Ada Kemungkinan Anda Hamil!

Salah satu tanda awal kehamilan adalah apabila payudara anda terasa bengkak, sakit dan sensitif.

Puting payudara anda juga akan menjadi lebih gelap sebagai persiapan untuk menyusukan anak. Bahagian areola pula akan nampak lebih besar dari biasa.

Tanda awal kehamilan #2 Kerap kencing

Jika anda tiba-tiba kerap kencing waktu malam, ini mungkin kerana anda mengandung.

Anda sering rasa nak terkencing kerana sel telur sedang membuah dan melakukan implan di dinding rahim. Hormon hCG yang terjadi akibat proses ini buat anda sering rasa nak terkencing.

Tanda awal kehamilan #3 Rasa mual

Ramai ibu mengandung rasa mual pada awal kehamilan. Lebih kurang 50% wanita mengalami mual dan muntah pada trimester pertama mereka.

Berita baik, keadaan ini akan berkurang bila anda masuk trimester kedua.

src=https://id Jika Anda Alami Salah Satu Dari 12 Tanda Ini, Ada Kemungkinan Anda Hamil!

Tanda awal kehamilan #4 Cepat letih

Pada awal kehamilan, hormon progestoren akan meningkat dengan drastik sehingga akhir trimester pertama. Ini membuatkan anda mudah rasa letih.

Tanda awal kehamilan #5 Mudah selsema

Tahap progesteron anda yang meningkat akan mencegah sistem imunisasi untuk menyerang embrio yang baru melekat pada dinding rahim. Kesannya, anda mudah diserang virus dan bakteria seperti influenza.

Tanda awal kehamilan #6 Gusi bengkak dan sakit

Sistem imunisasi yang lemah dan darah yang menjadi banyak menyebabkan anda mengalami bengkak. Salah satunya di gusi.

Jika gusi anda berdarah dan sakit atau mata anda bengkak. Ini mungkin petanda yang anda sedang hamil.

Tanda awal mengandung #7 Lendir di faraj

Jika anda lihat ada lendir yang pekat keluar pada vagina anda selama beberapa hari selepas ovulasi, ini mungkin tanda awal kehamilan. 

Lendiran ini adalah untuk menjaga kebersihan faraj dan mencegah bakteria dari menyentuh janin.

Tanda awal mengandung #8 Kejang di bahagian rahim

src=https://id Jika Anda Alami Salah Satu Dari 12 Tanda Ini, Ada Kemungkinan Anda Hamil!

Proses implantasi sel telur ke dinidng rahim boleh menyebabkan rasa kejang seperti senggugut. Ramai wanita yang mengalami tanda ini semasa awal kehamilan.

Tanda awal mengandung #Spotting

Ketika embrio melekat pada dinding rahim dengan lebih mendalam, anda akan mengalami sedikit pendarahan atau spotting. 

Spotting yang merupakan tanda kehamilan berwarna coklat atau merah muda dengan jumlah yang sikit.

Tanda awal mengandung #10 Penghasilan air liur berlebihan

Perkara ini terjadi kerana peningkatan asid perut yang kemudian akan buat anda mengalami morning sickness.

Tanda awal mengandung #11 Sembelit

Peningkatan hormon progestoren juga menyebabkan kerja usus menjadi lambat. Oleh itu, anda akan rasa sukar untuk buang air besar semasa awal kehamilan.

Untuk mengatasinya, anda perlu minum air dengan banyak dan makan makanan tinggi magnesium.

Tanda awal mengandung #12 Emosi tak stabil

src=https://asianparent assets my.dexecure.net/wp content/uploads/2017/04/Bipolar Disorder shutterstock 174194297.jpg Jika Anda Alami Salah Satu Dari 12 Tanda Ini, Ada Kemungkinan Anda Hamil!

Cepat marah, sensitif dan mudah tersinggung adalah kesan sampingan perubahan hormon yang berlaku semasa anda mengandung. Biasanya ia akan disertai dengan mana-mana tanda awal kehamilan di atas.

Tanda awal kehamilan mana yang berlaku pada anda? Jom kongsi dengan ibu lain!

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia

Baca juga:

7 tanda anda hamil dua bulan, ada tak anda rasa salah satu tanda ini?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!