13 Tanda Awal Kehamilan Yang Buat Ramai Ibu Tidak Sedar Rupanya Mereka Sedang Mengandung

Tanda awal kehamilan berbeza bagi setiap wanita. Tanda mengandung beberapa minggu pertama ini sering dikelirukan dengan gejala datang haid

Kehamilan adalah peristiwa yang luar biasa dalam kehidupan wanita. Ia bermula apabila telur yang disenyawakan melekat pada dinding rahim. Proses ini biasanya membuatkan ibu mengalami beberapa tanda awal kehamilan yang mungkin hampir serupa dengan gejala datang haid.

Selepas itu, badan mula mengalami beberapa siri perubahan yang menandakan kehadiran kehidupan baru di dalamnya.

Tanda awal kehamilan 

Tanda awal kehamilan sememangnya mudah sahaja untuk diketahui. Jika anda merupakan seorang wanita yang pertama kali mengandung dan masih segan untuk membeli alat ujian kehamilan (pregnancy test), perkara ini adalah normal.

Malah, ada beberapa kisah wanita tidak sedar mengandung biarpun sudah 6 bulan!

Di sini kami akan kongsikan tanda tanda hamil yang boleh anda perhatian dengan teliti pada diri sendiri. Jika ibu mengalami salah satu, atau lebih tanda hamil ini – kemungkinan besar anda sedang berbadan dua!

#1. Perubahan payudara

Tanda mengandung  Tanda hamil simptom mengandung tanda-tanda mengandung tanda-tanda hamil Payudara sakit tanda hamil

Tanda tanda hamil yang mungkin berlaku pada anda adalah payudara terasa bengkak, sakit dan sensitif.

Biasanya puting payudara (aerola) anda juga akan menjadi lebih gelap sebagai persiapan untuk menyusukan anak. Bukan itu sahaja areola ia juga akan nampak lebih besar dari biasa.

#2. Kerap kencing

Jika anda tiba-tiba kerap kencing waktu malam, ini mungkin kerana tanda awal kehamilan. 

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh sel telur sedang membuah dan melakukan implan di dinding rahim. Hormon hCG (Human Chorionic Gonadotropin) yang terjadi membuatkan anda sering rasa ingin membuang air kecil.

Selain itu hormon ini akan kerap membuatkan ibu rasa ingin membuang air kecil meskipun embrio masih kecil dan belum menekan bahagian pundi kencing anda.

#3. Rasa mual

Tanda tanda hamil mungkin membuatkan anda rasa loya dan mual. Lebih kurang 50% wanita mengalami mual dan muntah pada trimester pertama mereka.

Namun, perlu diingatkan juga setiap wanita mempunyai pengalaman serta tanda hamil yang berbeza.

Segelintir ibu hanya memiliki rasa mual ini ketika hamil anak pertama, anak kedua tiada pula. Oleh itu, anda disarankan untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara mengatasi keadaan ini.

Walau bagaimanapun, ibu jangan risau kerana keadaan ini akan berkurang apabila ibu memasuki trimester kedua.

#4. Berasa cepat letih dan mengantuk

Tanda tanda mengandung yang seterusnya adalah cepat letih serta mengantuk. 

Hal ini kerana hormon progestoren akan meningkat dengan drastik sehingga akhir trimester pertama yang membuatkan ibu mudah rasa letih dan mengantuk.

Contohnya kalau sedang berjalan di pusat beli-belah, pasti si ibu akan lebih kerap untuk duduk dan berehat sebentar daripada berjalan.

#5. Mudah selsema

Tanda tanda mengandung yang lain boleh membuatkan sesetengah ibu mudah jatuh sakit, demam dan selesema.

Tahap progesteron akan meningkat untuk mencegah sistem imunisasi bagi menyerang embrio yang baru melekat pada dinding rahim. Kesannya, anda mudah diserang virus dan bakteria seperti influenza.

#6. Gusi bengkak dan sakit gigi

Tanda hamil juga boleh menyebabkan gusi menjadi bengkak dan cenderung rasa kurang selesa pada gigi.

Sistem imunisasi yang lemah dan darah yang menjadi banyak menyebabkan anda mengalami bengkak. Salah satunya di gusi. Jika gusi anda berdarah dan sakit atau mata anda bengkak. Ini mungkin petanda yang anda sedang hamil.

#7. Lendir di faraj

Tanda tanda awal kehamilan bagi haid tidak teratur juga menyebabkan keluarnya lendir dari vagina.

Jika anda lihat ada lendir yang pekat keluar pada vagina anda selama beberapa hari selepas ovulasi, ini mungkin tanda awal kehamilan. 

Lendiran ini adalah untuk menjaga kebersihan faraj dan mencegah bakteria dari menyentuh janin.

#8. Kejang di bahagian rahim

tanda awal kehamilan

Proses implantasi sel telur ke dinding rahim boleh menyebabkan rasa kejang seperti senggugut. Ramai wanita yang mengalami tanda awal kehamilan bagi haid tidak teratur sebegini.

Tanda tanda awal kehamilan ini biasanya membuatkan perut rasa seperti mengembung dan seakan-akan menstruasi akan datang. Perubahan hormon progesteron juga mengakibatkan pergerakan otot lebih perlahan serta boleh memberi kesan pada bahagian pencernaan: sembelit dan pedih ulu hati.

Pencernaan yang dilambatkan adalah supaya nutrisi di dalam makanan mempunyai lebih banyak masa untuk sampai ke kandungan anda.

#9. Spotting

Ketika embrio melekat pada dinding rahim dengan lebih mendalam, anda akan mengalami sedikit pendarahan atau spotting. Spotting juga merupakan tanda tanda mengandung yang sering membuatkan ibu keliru dengan gejala datang bulan.

Berikut ciri-ciri pendarahan awal kehamilan yang normal:

  • Pendarahan Implantasi: Kira-kira 6-12 hari selepas pembuahan, apabila telur yang disenyawakan melekat pada dinding rahim, anda mungkin mengalami pendarahan ringan atau bintik coklat. Ini dipanggil pendarahan implantasi dan biasanya singkat, berlangsung hanya beberapa jam hingga beberapa hari.

  • Pendarahan serviks yang sensitif: Semasa mengandung, perubahan hormon boleh menjadikan tisu di sekeliling serviks lebih sensitif dan terdedah kepada pendarahan awal kehamilan.

  • Pendarahan ringan selepas ujian kehamilan atau aktiviti fizikal yang sengit: Aktiviti fizikal yang berlebihan atau pemeriksaan perubatan seperti ultrasound transvaginal atau pemeriksaan pelvis boleh menyebabkan pendarahan awal kehamilan yang ringan pada sesetengah wanita hamil. Ini berlaku kerana kawasan sensitif dalam rahim boleh berdarah sedikit sebagai tindak balas kepada rangsangan fizikal.

#10. Penghasilan air liur berlebihan

Tanda tanda mengandung yang seterusnya anda akan menyedari bahawa air liur lebih banyak berbanding biasa.

Perkara ini terjadi kerana peningkatan asid perut yang kemudian akan buat anda mengalami morning sickness.

#11. Sembelit

Tanda hamil yang lain adalah kesukaran untuk membuang air besar. Peningkatan hormon progestoren juga menyebabkan kerja usus menjadi lambat.

Untuk mengatasinya, anda perlu minum air dengan banyak dan makan makanan tinggi magnesium.

#12. Emosi tak stabil

Tanda hamil turut membuatkan mood anda tidak menentu.

Cepat marah, sensitif dan mudah tersinggung adalah kesan sampingan perubahan hormon yang berlaku semasa anda mengandung. Biasanya ia akan disertai dengan mana-mana tanda2 mengandung di atas.

#13. Suhu badan meningkat

Ramai wanita tidak sedar bahawa suhu badan mereka boleh menjadi tanda tanda mengandung minggu pertama.

Jika anda telah mencatat suhu badan anda dan mendapat bacaan yang lebih tinggi daripada biasa, maka pertimbangkan untuk menggunakan ujian kehamilan.

Tanda tanda mengandung minggu pertama yang tidak normal

tanda tanda awal kehamilan

Tidak dinafikan, kehamilan adalah salah satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh setiap wanita yang sudah mendirikan rumah tangga.

Jika anda berasa diri menghadapi mengalami salah satu daripada tanda tanda mengandung minggu pertama yang kami kongsikan di atas, ketahui ada beberapa simptom kehamilan yang tidak normal dan boleh jadi tanda bahaya iaitu:

#1. Pendarahan vagina

Tanda tanda mengandung minggu pertama yang perlu anda waspada adalah apabila terjadinya pendarahan pada vagina.

Apabila pendarahan berlaku pada trimester pertama, maka ini boleh menandakan kehamilan ektopik atau keguguran. Di kemudian hari, perdarahan dalam kehamilan boleh disebabkan oleh jangkitan, keguguran, plasenta previa, atau penyelesaian plasenta.

Apabila pendarahan pada vagina berkaitan dengan masalah pada plasenta, maka ini boleh diatasi dengan bed-rest di rumah atau hospital. Dalam kes yang parah, bayi dalam kandungan mungkin perlu segera dilahirkan.

#2. Sakit kepala/ penglihatan kabur

Apabila si ibu hamil mengalami tanda tanda mengandung minggu pertama seperti sakit kepala atau penglihatan kabur, anda berisiko menghidapi preeklamsia.

Gangguan ini kebiasanya berlaku semasa kehamilan sudah memasuki usia 20 minggu dengan pemeriksaan tekanan darah tinggi dan serta berapa protein dalam air kencing.

Jika preeklamsia tidak dirawat, ia boleh menyebabkan komplikasi kehamilan yang serius. Ini sangat berbahaya bagi ibu dan bayi.

#3. Sakit pinggang berterusan

Kebanyakan wanita hamil akan mengalami tanda2 mengandung seperti sakit pinggang pada beberapa peringkat semasa kehamilan.

Tetapi jika keadaan ini berterusan, doktor harus memeriksanya untuk merawat jangkitan buah pinggang atau pundi kencing. Bersalin pramatang juga boleh disertai dengan sakit pinggang yang berterusan.

#4. Alahan teruk

Jika loya, muntah atau morning sickness tidak berhenti dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan, ini berisiko menyebabkan wanita hamil kehilangan berat badan dan mengalami dehidrasi.

Apabila tanda2 mengandung ini berlaku, ia boleh menyebabkan ibu hamil dan bayi dalam kandungan tidak mempunyai zat yang mencukupi, mineral dan bahan kimia dalam badan mungkin tidak seimbang.

Oleh itu, ibu hamil mungkin perlu dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan yang sewajarnya. Doktor anda akan memberi ubat atau mencadangkan menukar diet ibu mengandung yang lebih sihat.

Tanda-tanda period VS hamil 

Bagi membezakan antara tanda-tanda hamil atau simptom datang bulan tidak begitu sukar. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat perbezaan yang kami senaraikan di bawah ini:

#1. Sakit payudara

Tanda awal kehamilan sebelum haid adalah sakit pada bahagian payudara.

Hamil atau period akan membuatkan anda mengalami kesakitan payudara dan mungkin bengkak. Anda juga akan merasai payudara anda seperti lebih berat, padat dan keras apabila disentuh.

Hamil: Untuk tempoh satu hingga dua minggu selepas persenyawaan, kesakitan ini mungkin dirasai sepanjang tempoh kehamilan dan hanya akan berhenti selepas melahirkan anak.

Period: Ia hanya berlaku dalam tempoh sementara. Biasanya satu atau dua hari sebelum period. Rasa sakit pula akan mulai berhenti pada hari pertama period.

#2. Kejang perut

Majoriti wanita akan merasai kekejangan ini setiap kali tiba waktu period. Tetapi, ianya boleh juga menjadi tanda awal kehamilan sebelum haid.

Hamil: Situasi kekejangan abdomen kerana proses implantasi embrio. Kebiasaannya, kekejangan ini cenderung berpusat pada satu bahagian.

Contohnya, jika telur disenyawakan, ia dilekatkan pada sisi kanan rahim, kekejangan akan lebih ketara pada bahagian berkenaan. Kekejangan ini biasanya berlaku untuk tempoh sementara dan akan kembali reda selepas beberapa jam.

Period: Wanita yang mengalami PMS disebabkan oleh kekejangan pada bahagian otot-otot rahim. Kesakitan yang dirasai ini juga akan lebih tertumpu pada bahagian bawah dan ada kalanya sakit ini akan mulai merebak sehingga ke bahagian belakang badan.

#3. Spotting

Tompokan darah boleh berlaku pada awal kehamilan yang dipanggil pendarahan implan. Tetapi ada juga menganggap ianya sebagai hari pertama period.

Hamil: Jika tanda awal kehamilan sebelum haid biasanya menyebabkan darah keluar hanya setitik dua. Warna pula cenderung berwarna merah jambu atau cerah kekuningan.

Ia dipanggil sebagai implantasi dan berlaku dalam tempoh 10-14 hari selepas persenyawaan. Tempoh keluar darah ini kebiasaannya di antara 1-2 hari dan tidak akan berlanjutan sehingga 5-7 hari.

Period: Anda tidak akan mengalami sebarang tompokan atau bintik-bintik darah. Pendarahan hanya akan keluar pada hari pertama haid. Darah pula cenderung berwarna gelap dan pekat. Malah, ada masanya disertai gumpalan darah.

Antara simptom lainnya adalah mengidam, mual/muntah, sakit belakang, perubahan mood, dan juga kelewatan haid.

Oleh itu, untuk memastikan bahawa anda benar-benar positif hamil, cara terbaik adalah melakukan ujian kehamilan. Ini kerana ciri-ciri di atas mungkin berbeza dengan tindak balas badan seseorang.

Tanda-tanda hamil 1 hari

Agak sukar untuk menentukan tanda-tanda hamil 1 hari selepas persenyawaan, kerana pada peringkat awal ini, perkembangan embrio masih dalam peringkat yang sangat awal.

Walau bagaimanapun jika anda ingin mengetahui tanda-tanda hamil 1 hari, berikut adalah beberapa kemungkinan:

  • Persenyawaan: Pada hari pertama kehamilan, ovulasi telah berlaku dan telur matang telah disenyawakan oleh sperma. Walaupun tiada tanda-tanda fizikal yang boleh anda rasai pada peringkat ini, konsepsi adalah langkah pertama dalam proses kehamilan.
  • Perubahan Hormon: Selepas pembuahan, badan mula mengeluarkan hormon kehamilan seperti human chorionic gonadotropin (hCG). Walau bagaimanapun  tanda-tanda hamil 1 hari ini mungkin tidak cukup tinggi untuk menghasilkan tanda-tanda fizikal yang boleh anda kesan.
  • Tidak datang haid: Pada hari pertama kehamilan, kitaran haid biasanya akan berakhir kerana ovulasi telah berlaku. Oleh itu, jika anda memantau kitaran haid anda dengan kerap dan tidak datang haid pada masa yang sepatutnya, ini boleh menjadi petunjuk bahawa kehamilan mungkin berlaku.
  • Tiada tanda-tanda hamil 1 hari pada fizikal yang kelihatan: Semasa hari pertama kehamilan, tiada perubahan fizikal yang boleh dikaitkan dengan kehamilan dengan jelas. Biasanya, tanda fizikal awal, seperti loya, kepekaan payudara, atau keletihan, mula muncul beberapa minggu selepas pembuahan.

Tanda hamil 1 minggu

Pada peringkat kehamilan 1 minggu, persenyawaan biasanya belum berlaku. Minggu pertama kehamilan dikira dari hari pertama haid terakhir, walaupun persenyawaan belum berlaku pada masa itu.

Pada minggu pertama, ovulasi tidak berlaku, dan telur belum dikeluarkan dari ovari. Biasanya, ovulasi berlaku kira-kira 2 minggu selepas hari pertama haid terakhir. Semasa ovulasi, jika sperma terdapat dalam saluran pembiakan wanita, persenyawaan boleh berlaku.

Jadi, pada minggu pertama kehamilan, anda mungkin masih dalam peringkat pra-ovulasi dan tidak hamil secara teknikal.

Persenyawaan dan pembentukan embrio biasanya berlaku pada minggu-minggu berikutnya selepas ovulasi.

Pada peringkat kehamilan 1 minggu, embrio masih dalam proses perjalanan ke rahim selepas persenyawaan.

Pada masa ini, tanda hamil 1 minggu mungkin tidak dapat dilihat secara fizikal, dan ujian kehamilan mungkin tidak dapat mengesan kehamilan dengan ketepatan yang tinggi.

Tanda awal kehamilan 1 minggu

Walau bagaimanapun, berikut adalah beberapa tanda awal kehamilan 1 minggu secara umumnya:

  • Konsepsi: Pada minggu pertama kehamilan, persenyawaan berlaku apabila telur yang telah dikeluarkan oleh ovari bertemu dengan sperma. Persenyawaan ini adalah langkah pertama ke arah kehamilan.
  • Implantasi: Kira-kira 6 hingga 12 hari selepas persenyawaan, embrio yang terbentuk melekat pada dinding rahim dalam proses yang dipanggil implantasi. Ini boleh menyebabkan pendarahan implantasi ringan, yang mungkin kelihatan sebagai tompok coklat atau pendarahan lebih ringan daripada haid.
  • Perubahan hormon: Selepas implantasi, badan mula menghasilkan hormon kehamilan, termasuk human chorionic gonadotropin (hCG). Walaupun pada peringkat ini jumlah hCG mungkin belum mencapai tahap yang boleh dikesan oleh ujian kehamilan, perubahan hormon boleh menjejaskan badan dan mencetuskan perubahan selanjutnya pada peringkat seterusnya.
  • Tanda awal mengandung: Pada peringkat ini, sesetengah wanita mungkin mula mengalami gejala kehamilan awal, walaupun tidak semua wanita mengalaminya. Beberapa tanda awal kehamilan 1 minggu yang mungkin muncul pada peringkat ini termasuk keletihan yang berlebihan, payudara sensitif atau membesar, perubahan mood, atau perubahan selera makan seperti mengidam makanan tertentu atau mengidam makanan pelik.

Semoga bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Selain Suka Makanan Manis, Ini 11 Tanda Hamil Anak Perempuan Sering Dialami Ibu!

Baca juga: Waspada Tanda-Tanda Hamil Luar Rahim, Atau Kehamilan Anggur – Ramai Ibu Tak Sedar!

Baca juga:  Tanda Hamil Kembar Yang Mungkin Ibu Alami, Penat Melampau Salah Satu Petandanya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!